{"title":"Pembangunan Video Animasi Dalam Mempertingkatkan Pencapaian Murid Bagi Matapelajaran Sains","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.16","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Pembaharuan pendidikan terkini di Malaysia bertujuan untuk merebut peluang dan melengkapkan semua pelajar di negara ini dengan semua kemahiran baharu yang mereka perlukan untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus kajian adalah untuk melihat sejauhmana tahap pencapaian dan minat murid tahun 3 dengan membangunkan video animasi bagi matapelajaran Sains dalam topik Pencernaan Makanan. Video animasi telah dibangunkan berdasarkan model ADDIE. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah analisis deskriptif yang berbentuk kuantitatif. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen seperti ujian pra, pasca dan borang soal selidik. Perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) Versi 26 digunakan bagi menganalisis data. Dapatan analisis memaparkan terdapat hubungan yang berbentuk signifikan antara pencapaian akademik dan penggunaan video animasi kerana terdapat peningkatan min markah murid. Selain itu, perolehan analisis soal selidik pula menunjukkan min keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan murid-murid lebih berminat mengikuti pengajaran yang menggunakan video animasi. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan video animasi dapat meningkatkan pencapaian akademik dan tahap minat murid terhadap matapelajaran Sains terutamanya dalam topik Proses Pencernaan Makanan. Cadangan kajian lanjutan adalah dengan membangunkan video animasi melalui pendekatan Augmented Reality (AR) bagi matapelajaran yang lebih kompleks yang memerlukan murid mengingati fakta seperti matapelajaran Sejarah. Ringkasnya, kaedah penyampaian isi pembelajaran melalui video animasi ini memberikan implikasi positif terhadap peningkatan tahap kefahaman, daya ingatan, semangat belajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"121 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-03-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.16","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Pembaharuan pendidikan terkini di Malaysia bertujuan untuk merebut peluang dan melengkapkan semua pelajar di negara ini dengan semua kemahiran baharu yang mereka perlukan untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus kajian adalah untuk melihat sejauhmana tahap pencapaian dan minat murid tahun 3 dengan membangunkan video animasi bagi matapelajaran Sains dalam topik Pencernaan Makanan. Video animasi telah dibangunkan berdasarkan model ADDIE. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah analisis deskriptif yang berbentuk kuantitatif. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen seperti ujian pra, pasca dan borang soal selidik. Perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) Versi 26 digunakan bagi menganalisis data. Dapatan analisis memaparkan terdapat hubungan yang berbentuk signifikan antara pencapaian akademik dan penggunaan video animasi kerana terdapat peningkatan min markah murid. Selain itu, perolehan analisis soal selidik pula menunjukkan min keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan murid-murid lebih berminat mengikuti pengajaran yang menggunakan video animasi. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan video animasi dapat meningkatkan pencapaian akademik dan tahap minat murid terhadap matapelajaran Sains terutamanya dalam topik Proses Pencernaan Makanan. Cadangan kajian lanjutan adalah dengan membangunkan video animasi melalui pendekatan Augmented Reality (AR) bagi matapelajaran yang lebih kompleks yang memerlukan murid mengingati fakta seperti matapelajaran Sejarah. Ringkasnya, kaedah penyampaian isi pembelajaran melalui video animasi ini memberikan implikasi positif terhadap peningkatan tahap kefahaman, daya ingatan, semangat belajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.