{"title":"Sikap Dan Motivasi Murid Sekolah Rendah Selepas Era Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.24","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Penularan virus korona atau lebih dikenali sebagai COVID-19 telah menyebabkan penutupan kesemua institusi pendidikan. Ini memberi kesan terhadap sistem pendidikan. Kajian lepas menunjukkan pelajar mengalami pelbagai masalah seperti menghadapi tekanan, kebimbangan dan keresahan akibat pembelajaran secara atas talian yang dijalankan sepanjang Perintah Kawalan Berkurung (PKP) akibat COVID-19. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap sikap dan motivasi murid sekolah rendah selepas era perintah kawalan pergerakan (PKP) COVID-19. Kajian merupakan kajian tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif bagi tujuan pengutipan data. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal dan seramai seramai 370 orang murid tahun 5 sekolah rendah kebangsaan di daerah Hulu Langat dipilih secara rawak. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan skor tahap motivasi dan sikap pelajar sekolah rendah selepas era PKP adalah pada tahap yang sederhana dan terdapat hubungan antara sikap dan tahap motivasi murid. Oleh itu, diharapkan agar kajian ini memberi manfaat kepada semua pihak dalam mendepani isu dan cabaran yang timbul agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih efektif pada masa akan datang.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-03-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.24","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
Sikap Dan Motivasi Murid Sekolah Rendah Selepas Era Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19
Penularan virus korona atau lebih dikenali sebagai COVID-19 telah menyebabkan penutupan kesemua institusi pendidikan. Ini memberi kesan terhadap sistem pendidikan. Kajian lepas menunjukkan pelajar mengalami pelbagai masalah seperti menghadapi tekanan, kebimbangan dan keresahan akibat pembelajaran secara atas talian yang dijalankan sepanjang Perintah Kawalan Berkurung (PKP) akibat COVID-19. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap sikap dan motivasi murid sekolah rendah selepas era perintah kawalan pergerakan (PKP) COVID-19. Kajian merupakan kajian tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif bagi tujuan pengutipan data. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal dan seramai seramai 370 orang murid tahun 5 sekolah rendah kebangsaan di daerah Hulu Langat dipilih secara rawak. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan skor tahap motivasi dan sikap pelajar sekolah rendah selepas era PKP adalah pada tahap yang sederhana dan terdapat hubungan antara sikap dan tahap motivasi murid. Oleh itu, diharapkan agar kajian ini memberi manfaat kepada semua pihak dalam mendepani isu dan cabaran yang timbul agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih efektif pada masa akan datang.