Raihan Mohd Isa, F. N. Nordin, S. Man, Noor Naemah Abdul Rahman
{"title":"Pertimbangan Antara Mudarat dan Manfaat Dalam Penggunaan Produk Kecantikan","authors":"Raihan Mohd Isa, F. N. Nordin, S. Man, Noor Naemah Abdul Rahman","doi":"10.33102/jfatwa.vol28no2.468","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Produk kecantikan merupakan campuran bahan kimia yang berasal daripada sumber semula jadi atau sintetik yang boleh diperoleh daripada pelbagai sumber. Titik kawalan utama untuk ramuan produk kecantikan adalah sumber bahan dan keselamatan. Kedua-dua aspek ini juga perlu selari dan memenuhi keperluan halal-tayyib selari dengan hukum syarak yang membenarkan bahan-bahan yang suci dan selamat dalam sesuatu produk. Justeru, kajian ini mengkaji keselamatan dan status halal ramuan produk kesihatan dan kecantikan dengan merujuk kepada peraturan yang dikuatkuasakan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia dan Hub-Halal JAKIM, Malaysia. Kajian ini mendapati penggunaan produk kecantikan dikategorikan sebagai tahsiniyyah atau pelengkap untuk manusia menjalani kehidupan dengan lebih baik. Penggunaan produk kecantikan memberi keselesaan dan keyakinan kepada penampilan pengguna dalam interaksi seharian. Oleh itu, produk kecantikan mestilah bebas daripada bahan yang haram, najis, dan bahan terlarang yang boleh membahayakan pengguna. Penggunaan produk kecantikan yang mengandungi unsur-unsur ini adalah dilarang oleh hukum syarak. Islam menggalakkan umatnya menjauhi sebarang bentuk kemudaratan demi memelihara kesejahteraan manusia termasuk aspek rohani, jasmani, emosi, dan intelek. Penilaian terhadap keselamatan dan status halal bahan-bahan tersebut akan menjadi lebih mudah melalui pengkategorian berdasarkan spesifikasi yang dikenal pasti mengikut keperluan kosmetik Halal dan peraturan kosmetik badan-badan berkuasa.","PeriodicalId":15807,"journal":{"name":"Journal of Fatwa Management and Research","volume":"33 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-05-22","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Journal of Fatwa Management and Research","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol28no2.468","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Produk kecantikan merupakan campuran bahan kimia yang berasal daripada sumber semula jadi atau sintetik yang boleh diperoleh daripada pelbagai sumber. Titik kawalan utama untuk ramuan produk kecantikan adalah sumber bahan dan keselamatan. Kedua-dua aspek ini juga perlu selari dan memenuhi keperluan halal-tayyib selari dengan hukum syarak yang membenarkan bahan-bahan yang suci dan selamat dalam sesuatu produk. Justeru, kajian ini mengkaji keselamatan dan status halal ramuan produk kesihatan dan kecantikan dengan merujuk kepada peraturan yang dikuatkuasakan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia dan Hub-Halal JAKIM, Malaysia. Kajian ini mendapati penggunaan produk kecantikan dikategorikan sebagai tahsiniyyah atau pelengkap untuk manusia menjalani kehidupan dengan lebih baik. Penggunaan produk kecantikan memberi keselesaan dan keyakinan kepada penampilan pengguna dalam interaksi seharian. Oleh itu, produk kecantikan mestilah bebas daripada bahan yang haram, najis, dan bahan terlarang yang boleh membahayakan pengguna. Penggunaan produk kecantikan yang mengandungi unsur-unsur ini adalah dilarang oleh hukum syarak. Islam menggalakkan umatnya menjauhi sebarang bentuk kemudaratan demi memelihara kesejahteraan manusia termasuk aspek rohani, jasmani, emosi, dan intelek. Penilaian terhadap keselamatan dan status halal bahan-bahan tersebut akan menjadi lebih mudah melalui pengkategorian berdasarkan spesifikasi yang dikenal pasti mengikut keperluan kosmetik Halal dan peraturan kosmetik badan-badan berkuasa.