{"title":"Kearifan Tempatan dalam Kulit Buku Sastera Kanak-kanak Terpilih Terbitan PTS","authors":"Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, R. Junaidi","doi":"10.37134/PERADABAN.VOL15.3.2020","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Cerita kanak-kanak dalam penerbitan sastera kanak-kanak semakin berkembang pesat seiring dengan perubahan zaman dan kepesatan dunia dalam arus teknologi maklumat. Perkembangan pesat teknologi turut memberi kesan positif terhadap perubahan reka bentuk (design) kulit buku dalam penerbitan sastera kanak-kanak pada masa kini. Reka bentuk kulit buku kanak-kanak dihubungkan dengan konsep kearifan tempatan. Oleh hal yang demikian, makalah ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah reka bentuk kulit buku sastera kanak-kanak di Malaysia menerapkan ciri-ciri kearifan tempatan? Kearifan tempatan merangkumi adat budaya, agama dan kepercayaan, cara hidup dan ilmu pengetahuan yang menjadi pegangan dari zaman berzaman dan identiti sesebuah masyarakat. Bahan kajian ini menggunakan reka bentuk kulit buku siri Young Aisyah dan Penulis Tunas Super yang diterbitkan oleh PTS Publishing House Sdn. Bhd. Justifikasi pemilihan ini kerana Syarikat PTS antara syarikat yang aktif menerbitkan buku sastera kanak-kanak di Malaysia. Kajian ini menggunakan konsep kearifan tempatan yang dikemukakan oleh Geertz (1973), Hiwasaki et al. (2014), Suraya Sintang, Khadijah Mohd Hambali @ Khambali (2015) dan The Center of Folklore Research (2007). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah perpustakaan dan analisis teks. Dapatan kajian memperlihatkan reka bentuk kulit buku sastera kanak-kanak terbitan Syarikat PTS masih mempunyai ciri-ciri kearifan tempatan walaupun tidak secara keseluruhannya. Kesimpulannya, reka bentuk kulit buku cerita kanak-kanak dapat menjadi medium untuk memperkenalkan dan mengangkat kearifan tempatan yang menjadi identiti dan kemegahan bangsa.","PeriodicalId":377337,"journal":{"name":"Jurnal Peradaban Melayu","volume":"48 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2020-12-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Peradaban Melayu","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.37134/PERADABAN.VOL15.3.2020","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Cerita kanak-kanak dalam penerbitan sastera kanak-kanak semakin berkembang pesat seiring dengan perubahan zaman dan kepesatan dunia dalam arus teknologi maklumat. Perkembangan pesat teknologi turut memberi kesan positif terhadap perubahan reka bentuk (design) kulit buku dalam penerbitan sastera kanak-kanak pada masa kini. Reka bentuk kulit buku kanak-kanak dihubungkan dengan konsep kearifan tempatan. Oleh hal yang demikian, makalah ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah reka bentuk kulit buku sastera kanak-kanak di Malaysia menerapkan ciri-ciri kearifan tempatan? Kearifan tempatan merangkumi adat budaya, agama dan kepercayaan, cara hidup dan ilmu pengetahuan yang menjadi pegangan dari zaman berzaman dan identiti sesebuah masyarakat. Bahan kajian ini menggunakan reka bentuk kulit buku siri Young Aisyah dan Penulis Tunas Super yang diterbitkan oleh PTS Publishing House Sdn. Bhd. Justifikasi pemilihan ini kerana Syarikat PTS antara syarikat yang aktif menerbitkan buku sastera kanak-kanak di Malaysia. Kajian ini menggunakan konsep kearifan tempatan yang dikemukakan oleh Geertz (1973), Hiwasaki et al. (2014), Suraya Sintang, Khadijah Mohd Hambali @ Khambali (2015) dan The Center of Folklore Research (2007). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah perpustakaan dan analisis teks. Dapatan kajian memperlihatkan reka bentuk kulit buku sastera kanak-kanak terbitan Syarikat PTS masih mempunyai ciri-ciri kearifan tempatan walaupun tidak secara keseluruhannya. Kesimpulannya, reka bentuk kulit buku cerita kanak-kanak dapat menjadi medium untuk memperkenalkan dan mengangkat kearifan tempatan yang menjadi identiti dan kemegahan bangsa.