Saimi Bujang, Abdul Razak Abdul Kadir, Noranizah Yusuf, Fatimah Hamrie, Wan Ariffin Wan Yon
{"title":"Sejarah dan Perkembangan Pentadbiran Islam Pada Era Pemerintahan Brooke di Sarawak","authors":"Saimi Bujang, Abdul Razak Abdul Kadir, Noranizah Yusuf, Fatimah Hamrie, Wan Ariffin Wan Yon","doi":"10.22452/jat.vol17no2.5","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kertas ini bertujuan untuk menjelaskan secara sepintas lalu tentang kewujudan dan perlaksanaan perundangan Islam sepanjang tempoh pemerintahan Brooke di Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan historiografi iaitu penulisan sejarah, prinsip atau kaedah penulisan sejarah dan karya atau hasil penulisan yang berkaitan dengan perundangan Islam Sarawak sepanjang tempoh pemerintahan Brooke. Pendekatan kajian historiografi yang digunakan dalam kajian ini melalui empat langkah, iaitu; heuristik; kritikan sumber; interpretasi; dan historiografi. Masalah yang dijawab dalam kertas ini adalah berkaitan dengan kewujudan perundangan Islam sepanjang tempoh pemerintahan Brooke. Manuskrip, catatan Brooke dan catatan pegawai British dari Barat berkaitan dengan perundangan Islam di Sarawak sepanjang pemerintahan Brooke dikumpul, dikritik dan diinterpretasikan bagi menghasilkan pensejarahan baru tentang perkembangan perundangan Islam di negeri Sarawak. Kesemua maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan sejarah dilakukan semak silang (cross check) atau jejak audit (audit trail) bagi menguji kesahan maklumat tersebut. Pendekatan analisis induktif dan deduktif digunakan dalam analisis kandungan bahan-bahan sejarah bagi memberi makna kepada fakta-fakta sejarah yang dijumpai. Kajian ini berjaya menjelaskan tentang kewujudan dan perlaksanaan perundangan Islam dari mula era pemerintahan James Brooke sehingga Rajah Brooke terakhir di Sarawak. Bahan-bahan sejarah tersebut juga berjaya membuktikan bahawa kewujudan dan perlaksanaan perundangan Islam tersebut adalah hasil daripada warisan kerajaan-kerajaan yang terdapat di Sarawak sebelum perlantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak pada tahun 1841.","PeriodicalId":40895,"journal":{"name":"Journal of Al-Tamaddun","volume":" ","pages":""},"PeriodicalIF":0.4000,"publicationDate":"2022-12-21","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Journal of Al-Tamaddun","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.22452/jat.vol17no2.5","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"0","JCRName":"RELIGION","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kertas ini bertujuan untuk menjelaskan secara sepintas lalu tentang kewujudan dan perlaksanaan perundangan Islam sepanjang tempoh pemerintahan Brooke di Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan historiografi iaitu penulisan sejarah, prinsip atau kaedah penulisan sejarah dan karya atau hasil penulisan yang berkaitan dengan perundangan Islam Sarawak sepanjang tempoh pemerintahan Brooke. Pendekatan kajian historiografi yang digunakan dalam kajian ini melalui empat langkah, iaitu; heuristik; kritikan sumber; interpretasi; dan historiografi. Masalah yang dijawab dalam kertas ini adalah berkaitan dengan kewujudan perundangan Islam sepanjang tempoh pemerintahan Brooke. Manuskrip, catatan Brooke dan catatan pegawai British dari Barat berkaitan dengan perundangan Islam di Sarawak sepanjang pemerintahan Brooke dikumpul, dikritik dan diinterpretasikan bagi menghasilkan pensejarahan baru tentang perkembangan perundangan Islam di negeri Sarawak. Kesemua maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan sejarah dilakukan semak silang (cross check) atau jejak audit (audit trail) bagi menguji kesahan maklumat tersebut. Pendekatan analisis induktif dan deduktif digunakan dalam analisis kandungan bahan-bahan sejarah bagi memberi makna kepada fakta-fakta sejarah yang dijumpai. Kajian ini berjaya menjelaskan tentang kewujudan dan perlaksanaan perundangan Islam dari mula era pemerintahan James Brooke sehingga Rajah Brooke terakhir di Sarawak. Bahan-bahan sejarah tersebut juga berjaya membuktikan bahawa kewujudan dan perlaksanaan perundangan Islam tersebut adalah hasil daripada warisan kerajaan-kerajaan yang terdapat di Sarawak sebelum perlantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak pada tahun 1841.