{"title":"Aspek Pertimbangan Pilih Video Youtube Oleh Guru Sejarah Di Perlis","authors":"","doi":"10.55057/ijares.2023.5.1.22","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Video Sejarah YouTube telah digunakan oleh guru Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Memandangkan bilangan video Sejarah adalah semakin banyak dalam YouTube, guru Sejarah perlu memilih video Sejarah yang sesuai untuk digunakan dalam PdP Sejarah. Dengan ini, kajian ini fokus kepada aspek pemilihan video YouTube Sejarah oleh guru Sejarah di Perlis. Kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik telah dijalankan di negeri Perlis dan melibatkan 158 guru Sejarah. 27 soalan telah disediakan untuk mengetahui pertimbangan guru Sejarah dari segi populariti, isi kandungan, penghasilan video, tempoh masa serta penghasil video. Dapatan secara deskriptif melalui skor min dan sisihan piawai menunjukkan aspek pertimbangan bagi isi kandungan dan penghasilan video adalah tinggi, manakala aspek populariti dan penghasil video adalah rendah. Tempoh masa yang paling disukai oleh guru Sejarah adalah dalam lingkungan masa 3-5 minit. Kajian ini boleh disasarkan kepada guru Sejarah di seluruh Malaysia.","PeriodicalId":426882,"journal":{"name":"International Journal of Advanced Research in Education and Society","volume":"151 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-04-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"International Journal of Advanced Research in Education and Society","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.1.22","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
Aspek Pertimbangan Pilih Video Youtube Oleh Guru Sejarah Di Perlis
Video Sejarah YouTube telah digunakan oleh guru Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Memandangkan bilangan video Sejarah adalah semakin banyak dalam YouTube, guru Sejarah perlu memilih video Sejarah yang sesuai untuk digunakan dalam PdP Sejarah. Dengan ini, kajian ini fokus kepada aspek pemilihan video YouTube Sejarah oleh guru Sejarah di Perlis. Kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik telah dijalankan di negeri Perlis dan melibatkan 158 guru Sejarah. 27 soalan telah disediakan untuk mengetahui pertimbangan guru Sejarah dari segi populariti, isi kandungan, penghasilan video, tempoh masa serta penghasil video. Dapatan secara deskriptif melalui skor min dan sisihan piawai menunjukkan aspek pertimbangan bagi isi kandungan dan penghasilan video adalah tinggi, manakala aspek populariti dan penghasil video adalah rendah. Tempoh masa yang paling disukai oleh guru Sejarah adalah dalam lingkungan masa 3-5 minit. Kajian ini boleh disasarkan kepada guru Sejarah di seluruh Malaysia.