{"title":"Pemodenan Angkatan Tentera China (2010-2020): Kesan Terhadap ASEAN","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.4.6","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Dalam tahun 2010 hingga 2020, banyak perubahan yang berlaku terhadap angkatan tentera China – People’s Liberation Army (PLA). Pemodenan angkatan tentera China – PLA memberikan banyak kesan yang positif kepada negara serantau seperti negaranegara ASEAN termasuklah memberikan ancaman kepada negara ASEAN yang membangun seperti Filipina. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada pemodenan angkatan tentera China dan kesannya terhadap ASEAN. Dalam kajian ini, terdapat tiga (3) objektif iaitu (1) mengenal pasti faktor yang menjadi pemangkin kepada pemodenan angkatan tentera China; (2) menyenaraikan kesan-kesan yang mungkin ASEAN hadapi sama ada kesan yang positif dan juga negatif; (3) menganalisis usaha yang boleh dijalankan bersama demi mencapai kata sepakat agar aktor-aktor yang terlibat terus maju dan membangun. Untuk mencapai obejktif kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif serta konsep regionalisme sebagai panduan untuk menyiapkan tajuk. Hasil kajian ini mendapati terdapat tiga faktor yang menjadi pemangkin kepada pemodenan angkatan tentera China iaitu (1) kekerapan aktiviti ekonomi yang negara China jalankan dalam seharian. Ia juga menjadi sebab mengapa PLA berkambang maju kerana aset-aset yang dibawa merantau dari negara lain ke negara lain perlulah dilindungi daripada serangan luar; (2) konflik di Laut China Selatan membuatkan tentera laut China menjadi semakin kuat agar tiada negara dapat tandingi PRC dalam menuntut wilayah di kawasan tersebut; (3) untuk menjadi pemain global agar dunia dapat lihat sumbangan positif yang diberikan oleh China lantas mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah non-government organization (NGO). Kesimpulannya, pimpinan presiden China memainkan peranan yang penting dalam memastikan China dapat bergerak kehadapan sambil mengurangkan ancaman dan dalam masa yang sama mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin antara negara.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"31 4","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-01-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pengurusan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.4.6","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Dalam tahun 2010 hingga 2020, banyak perubahan yang berlaku terhadap angkatan tentera China – People’s Liberation Army (PLA). Pemodenan angkatan tentera China – PLA memberikan banyak kesan yang positif kepada negara serantau seperti negaranegara ASEAN termasuklah memberikan ancaman kepada negara ASEAN yang membangun seperti Filipina. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada pemodenan angkatan tentera China dan kesannya terhadap ASEAN. Dalam kajian ini, terdapat tiga (3) objektif iaitu (1) mengenal pasti faktor yang menjadi pemangkin kepada pemodenan angkatan tentera China; (2) menyenaraikan kesan-kesan yang mungkin ASEAN hadapi sama ada kesan yang positif dan juga negatif; (3) menganalisis usaha yang boleh dijalankan bersama demi mencapai kata sepakat agar aktor-aktor yang terlibat terus maju dan membangun. Untuk mencapai obejktif kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif serta konsep regionalisme sebagai panduan untuk menyiapkan tajuk. Hasil kajian ini mendapati terdapat tiga faktor yang menjadi pemangkin kepada pemodenan angkatan tentera China iaitu (1) kekerapan aktiviti ekonomi yang negara China jalankan dalam seharian. Ia juga menjadi sebab mengapa PLA berkambang maju kerana aset-aset yang dibawa merantau dari negara lain ke negara lain perlulah dilindungi daripada serangan luar; (2) konflik di Laut China Selatan membuatkan tentera laut China menjadi semakin kuat agar tiada negara dapat tandingi PRC dalam menuntut wilayah di kawasan tersebut; (3) untuk menjadi pemain global agar dunia dapat lihat sumbangan positif yang diberikan oleh China lantas mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah non-government organization (NGO). Kesimpulannya, pimpinan presiden China memainkan peranan yang penting dalam memastikan China dapat bergerak kehadapan sambil mengurangkan ancaman dan dalam masa yang sama mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin antara negara.