{"title":"Perlindungan Hak Asasi Manusia: Palestin sebagai Korban Dwistandard dan Hipokrasi Barat","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2023.5.1.3","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) yang mengorbankan antara 44,500,000-77,000,000 nyawa dan mengakibatkan penderitaan besar kepada penduduk dunia mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima UDHR pada 10 Disember 1948. Deklarasi ini sekaligus dapat memenuhi hasrat pemimpin dunia untuk menyempurnakan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada masa ia sama, UDHR menggariskan pelan hala tuju yang dapat menjamin hak setiap individu di mana juga ia berada. Deklarasi berkenaan antara lain meliputi jaminan hak untuk hidup, kebebasan manusia, perlindungan daripada diskriminasi dan penyeksaan, kesetaraan di sisi undang-undang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, jaminan perlindungan hak setiap individu dan masyarakat atau bangsa hanya tinggal dalam instrumen hak asasi manusia semata-mata. Pada hakikatnya, ia tidak terpakai atas sebahagian bangsa, penganut agama atau etnik. Masyarakat dunia sekian lama menjadi saksi bangsa dan etnik tertentu seperti Palestin yang menjadi korban kezaliman yang tiada noktah. Ironinya pula, pada tahun yang sama UDHR diratifikasi, rakyat Palestin ditimpa mala petaka besar, iaitu peristiwa Nakbah yang memusnahkan lanskap serta struktur masyarakat mereka. Perlindungan hak asasi yang tidak bersifat menyeluruh ini jelas menggambarkan hipokrasi dan sikap dwistandard barat terhadap perjuangan serta perlindungan hak asasi. Penulisan ini akan memberikan tumpuan pada instrumen dan isu semasa hak asasi manusia antarabangsa berkaitan yang menuntut ketegasan masyarakat dunia, khususnya dunia Islam untuk mengatasinya.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"2 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pengurusan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2023.5.1.3","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) yang mengorbankan antara 44,500,000-77,000,000 nyawa dan mengakibatkan penderitaan besar kepada penduduk dunia mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima UDHR pada 10 Disember 1948. Deklarasi ini sekaligus dapat memenuhi hasrat pemimpin dunia untuk menyempurnakan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada masa ia sama, UDHR menggariskan pelan hala tuju yang dapat menjamin hak setiap individu di mana juga ia berada. Deklarasi berkenaan antara lain meliputi jaminan hak untuk hidup, kebebasan manusia, perlindungan daripada diskriminasi dan penyeksaan, kesetaraan di sisi undang-undang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, jaminan perlindungan hak setiap individu dan masyarakat atau bangsa hanya tinggal dalam instrumen hak asasi manusia semata-mata. Pada hakikatnya, ia tidak terpakai atas sebahagian bangsa, penganut agama atau etnik. Masyarakat dunia sekian lama menjadi saksi bangsa dan etnik tertentu seperti Palestin yang menjadi korban kezaliman yang tiada noktah. Ironinya pula, pada tahun yang sama UDHR diratifikasi, rakyat Palestin ditimpa mala petaka besar, iaitu peristiwa Nakbah yang memusnahkan lanskap serta struktur masyarakat mereka. Perlindungan hak asasi yang tidak bersifat menyeluruh ini jelas menggambarkan hipokrasi dan sikap dwistandard barat terhadap perjuangan serta perlindungan hak asasi. Penulisan ini akan memberikan tumpuan pada instrumen dan isu semasa hak asasi manusia antarabangsa berkaitan yang menuntut ketegasan masyarakat dunia, khususnya dunia Islam untuk mengatasinya.