{"title":"Kota Bukit Meriam: Merungkai Sejarah Tamadun Kerajaan Kedah Tua","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2023.5.2.1","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kajian ini bertujuan menelusuri sejarah kota purba Bukit Meriam sebagai salah sebuah dari kota-kota lama pemerintahan kerajaan Melayu Kedah Tua pada zaman pra dan pasca perkembangan Islam. Kota ini pernah memainkan peranan penting sebagai sebuah kota pemerintahan, pertahanan serta perdagangan bagi kerajaan Kedah sepanjang pemerintahan beberapa orang Raja Kedah pada abad ke 8 hingga 12 masihi. Keagungannya pernah dicatatkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (ASNK) dan lain-lain sumber dokumentasi. Hasil kajian ini mendapati akibat faktor perubahan geologi jangka masa panjang, tindakan pengambilan dan penjarahan artifak berharga serta aktiviti kuari yang dijalankan selama beberapa tahun sebelum ia diberhentikan telah menghilangkan banyak peninggalan sejarah di tapak kota bersejarah tersebut. Justeru tapak bersejarah ini perlu dipulihara dan pengisahannya perlu disebarluaskan dengan mengambil kira penceritaan masyarakat tempatan.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-06-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pengurusan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2023.5.2.1","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kajian ini bertujuan menelusuri sejarah kota purba Bukit Meriam sebagai salah sebuah dari kota-kota lama pemerintahan kerajaan Melayu Kedah Tua pada zaman pra dan pasca perkembangan Islam. Kota ini pernah memainkan peranan penting sebagai sebuah kota pemerintahan, pertahanan serta perdagangan bagi kerajaan Kedah sepanjang pemerintahan beberapa orang Raja Kedah pada abad ke 8 hingga 12 masihi. Keagungannya pernah dicatatkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (ASNK) dan lain-lain sumber dokumentasi. Hasil kajian ini mendapati akibat faktor perubahan geologi jangka masa panjang, tindakan pengambilan dan penjarahan artifak berharga serta aktiviti kuari yang dijalankan selama beberapa tahun sebelum ia diberhentikan telah menghilangkan banyak peninggalan sejarah di tapak kota bersejarah tersebut. Justeru tapak bersejarah ini perlu dipulihara dan pengisahannya perlu disebarluaskan dengan mengambil kira penceritaan masyarakat tempatan.