{"title":"Garis Panduan Islam Dalam Menghindari Gangguan Seksual Di Tempat Kerja","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.1.6","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Antara tahun 2013-2017, terdapat sebanyak 1,218 kes gangguan seksual di Malaysia yang melibatkan 961 mangsa wanita dan 257 mangsa lelaki. Dari jumlah ini, 1,187 kes sedang disiasat manakala 31 kes telah dituduh. Agak sukar untuk menentukan jumlah sebenar kes gangguan seksual kerana ramai mangsa yang tidak melaporkannya. Ada kajian yang mengatakan 80 peratus wanita tidak melaporkan kes gangguan seksual yang berlaku ke atas mereka. Menurut statistik UN Women, satu daripada tiga wanita pernah mengalami gangguan seksual sekali dalam seumur hidupnya. Rasa malu dan takutkan stigma masyarakat adalah dua punca utama mengapa mangsa tidak melaporkan kes gangguan seksual yang dialami. Di tempat kerja pula, kes-kes seumpama ini tidak dilaporkan kerana mangsa takutkan akibatnya seperti tidak mendapat kenaikan pangkat atau mangsa percaya bahawa perkara itu tidak akan ke mana sekiranya dilaporkan sekalipun, malah sebaliknya mangsa mungkin akan kehilangan pekerjaan kerana melaporkan kejadian tersebut. Pertimbangan untuk melapor atau tidak melaporkan kes gangguan seksual ini akan menjadi lebih sukar jika pelakunya adalah ketua mangsa di pejabat. Dalam situasi seperti ini, menghindari gangguan seksual adalah jauh lebih baik daripada menanganinya. Makalah ini akan melihat garis panduan Islam dalam menghindari gangguan seksual, khususnya di tempat kerja. Untuk itu, saranan-saranan daripada al-Qur’an dan hadith mengenai perkara ini akan dianalisa untuk mengenalpasti garis panduan tersebut. Kajian ini mendapati bahawa Islam memiliki etika pergaulan antara lelaki dan perempuannya yang tersendiri, yang jika diamalkan, mampu menghindari gangguan seksual.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"127 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2022-04-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"1","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pengurusan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.1.6","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 1
Abstract
Antara tahun 2013-2017, terdapat sebanyak 1,218 kes gangguan seksual di Malaysia yang melibatkan 961 mangsa wanita dan 257 mangsa lelaki. Dari jumlah ini, 1,187 kes sedang disiasat manakala 31 kes telah dituduh. Agak sukar untuk menentukan jumlah sebenar kes gangguan seksual kerana ramai mangsa yang tidak melaporkannya. Ada kajian yang mengatakan 80 peratus wanita tidak melaporkan kes gangguan seksual yang berlaku ke atas mereka. Menurut statistik UN Women, satu daripada tiga wanita pernah mengalami gangguan seksual sekali dalam seumur hidupnya. Rasa malu dan takutkan stigma masyarakat adalah dua punca utama mengapa mangsa tidak melaporkan kes gangguan seksual yang dialami. Di tempat kerja pula, kes-kes seumpama ini tidak dilaporkan kerana mangsa takutkan akibatnya seperti tidak mendapat kenaikan pangkat atau mangsa percaya bahawa perkara itu tidak akan ke mana sekiranya dilaporkan sekalipun, malah sebaliknya mangsa mungkin akan kehilangan pekerjaan kerana melaporkan kejadian tersebut. Pertimbangan untuk melapor atau tidak melaporkan kes gangguan seksual ini akan menjadi lebih sukar jika pelakunya adalah ketua mangsa di pejabat. Dalam situasi seperti ini, menghindari gangguan seksual adalah jauh lebih baik daripada menanganinya. Makalah ini akan melihat garis panduan Islam dalam menghindari gangguan seksual, khususnya di tempat kerja. Untuk itu, saranan-saranan daripada al-Qur’an dan hadith mengenai perkara ini akan dianalisa untuk mengenalpasti garis panduan tersebut. Kajian ini mendapati bahawa Islam memiliki etika pergaulan antara lelaki dan perempuannya yang tersendiri, yang jika diamalkan, mampu menghindari gangguan seksual.