STRATEGI PENGUKURAN UPAYA BERBAHASA MENERUSI KESANTUNAN BERBAHASA SEBAGAI INDIKATOR PROFESIONALISME GURU PELATIH BERASASKAN SKALA MORFOFONETIK, SOSIOLINGUISTIK DAN SOSIOPRAGMATIK
(LINGUISTIC POLITENESS AS AN INDICATOR OF TRAINEE TEACHER PROFESSIONALISM: A LANGUAGE ABILTY MEASUREMENT STRATEGY BASED O
Husna Faredza Mohamed Redzwan, Khairul Azam Bahari, Anida Sarudin, Z. Osman
{"title":"STRATEGI PENGUKURAN UPAYA BERBAHASA MENERUSI KESANTUNAN BERBAHASA SEBAGAI INDIKATOR PROFESIONALISME GURU PELATIH BERASASKAN SKALA MORFOFONETIK, SOSIOLINGUISTIK DAN SOSIOPRAGMATIK\n(LINGUISTIC POLITENESS AS AN INDICATOR OF TRAINEE TEACHER PROFESSIONALISM: A LANGUAGE ABILTY MEASUREMENT STRATEGY BASED O","authors":"Husna Faredza Mohamed Redzwan, Khairul Azam Bahari, Anida Sarudin, Z. Osman","doi":"10.32890/MJLI2020.17.1.9","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti upaya berbahasa menerusi penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dan Berbudaya (BMTB) dalam kalangan guru pelatih sebagai ciri kesantunan yang dapat diukur menerusi Indikator Profesionalisme Guru Pelatih berdasarkan skala morfofonetik, sosiolinguistik dan sosiopragmatik.\n \nMetodologi - Sembilan orang guru pelatih Bahasa Melayu daripada lima buah sekolah menengah terpilih di negeri Perak dijadikan responden. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang memberikan kefahaman mendalam berkaitan dengan upaya BMTB dalam kalangan guru pelatih berasaskan senarai semak pencerapan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dibina berpandukan penentuan skala morfofonetik; skala sosiolinguistik; dan skala sosiopragmatik mengikut kerangka konseptual Brown dan Levinson (1987). Pencerapan dilaksanakan terhadap sembilan orang guru pelatih dengan menganalisis rakaman sesi PdPc mereka yang berdurasi 540 minit dan telah ditranskripsikan.\n \nDapatan - Kajian ini menunjukkan bahawa masih terdapat ketidakpatuhan aspek morfofonetik terutamanya dalam mengartikulasikan perkataan-perkataan tertentu dalam bahasa Melayu dengan menggunakan sebutan baku dalam kalangan guru pelatih. Selain itu, ketidakpatuhan mereka terhadap peraturan sosiolinguistik juga dikesan, iaitu masih terdapat penggunaan bahasa yang kurang rapi kerana mengandungi percampuran kod. Ketidakpatuhan aspek morfofonetik dan sosiolinguistik ini perlu ditangani dengan baik agar upaya berbahasa dan tahap profesionalisme guru pelatih dapat ditingkatkan. Dari aspek sosiopragmatik pula, kesemua 15 substrategi kesantunan berbahasa di bawah Strategi Kesantunan Positif Brown dan Levinson (1987) didapati telah diamalkan oleh guru pelatih yang menunjukkan bahawa mereka memiliki upaya berbahasa yang positif dan memenuhi indikator profesionalisme sebagai bakal pendidik.\n \nSignifikan - Kajian ini menyumbang kepada saranan membina indikator profesionalisme guru pelatih UPSI khususnya dan bakal pendidik umumnya dalam perspektif upaya BMTB bagi mengukur amalan kesantunan berbahasa, khususnya dalam bidang Bahasa Melayu semasa mereka menjalani latihan mengajar.","PeriodicalId":346183,"journal":{"name":"Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) Vol. 17, No.1 Jan. 2020","volume":"C-20 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2020-01-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"7","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) Vol. 17, No.1 Jan. 2020","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.32890/MJLI2020.17.1.9","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 7
Abstract
Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti upaya berbahasa menerusi penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dan Berbudaya (BMTB) dalam kalangan guru pelatih sebagai ciri kesantunan yang dapat diukur menerusi Indikator Profesionalisme Guru Pelatih berdasarkan skala morfofonetik, sosiolinguistik dan sosiopragmatik.
Metodologi - Sembilan orang guru pelatih Bahasa Melayu daripada lima buah sekolah menengah terpilih di negeri Perak dijadikan responden. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang memberikan kefahaman mendalam berkaitan dengan upaya BMTB dalam kalangan guru pelatih berasaskan senarai semak pencerapan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dibina berpandukan penentuan skala morfofonetik; skala sosiolinguistik; dan skala sosiopragmatik mengikut kerangka konseptual Brown dan Levinson (1987). Pencerapan dilaksanakan terhadap sembilan orang guru pelatih dengan menganalisis rakaman sesi PdPc mereka yang berdurasi 540 minit dan telah ditranskripsikan.
Dapatan - Kajian ini menunjukkan bahawa masih terdapat ketidakpatuhan aspek morfofonetik terutamanya dalam mengartikulasikan perkataan-perkataan tertentu dalam bahasa Melayu dengan menggunakan sebutan baku dalam kalangan guru pelatih. Selain itu, ketidakpatuhan mereka terhadap peraturan sosiolinguistik juga dikesan, iaitu masih terdapat penggunaan bahasa yang kurang rapi kerana mengandungi percampuran kod. Ketidakpatuhan aspek morfofonetik dan sosiolinguistik ini perlu ditangani dengan baik agar upaya berbahasa dan tahap profesionalisme guru pelatih dapat ditingkatkan. Dari aspek sosiopragmatik pula, kesemua 15 substrategi kesantunan berbahasa di bawah Strategi Kesantunan Positif Brown dan Levinson (1987) didapati telah diamalkan oleh guru pelatih yang menunjukkan bahawa mereka memiliki upaya berbahasa yang positif dan memenuhi indikator profesionalisme sebagai bakal pendidik.
Signifikan - Kajian ini menyumbang kepada saranan membina indikator profesionalisme guru pelatih UPSI khususnya dan bakal pendidik umumnya dalam perspektif upaya BMTB bagi mengukur amalan kesantunan berbahasa, khususnya dalam bidang Bahasa Melayu semasa mereka menjalani latihan mengajar.