{"title":"Penelitian Terhadap Peranan Mikro Kredit dalam Membasmi Kemiskinan: Kajian Kes ke atas Peminjam Mikro Kredit Formal dan Tidak Formal di Pulau Pinang","authors":"Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid, Narimah Samat","doi":"10.21315/km2023.41.2.11","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Program mikro kredit merupakan inisiatif pembiayaan mikro bertujuan untuk memupuk keusahawanan dalam kalangan masyarakat, menghasilkan aktiviti perniagaan, mencipta peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi. Program mikro kredit formal sama ada daripada institusi, bank perdagangan atau bank pembangunan didapati telah berjaya dalam usaha membasmi kemiskinan. Selain itu, terdapat juga skim mikro kredit tidak formal yang menawarkan pinjaman kepada peniaga. Hal ini menggambarkan berlakunya pertindihan kuasa dalam menilai sejauh mana keberkesanan program mikro kredit sama ada yang ditawarkan oleh insitusi formal atau tidak formal. Oleh itu, artikel ini mengenal pasti sejauh mana keberkesanan pembiaya mikro kredit formal dan tidak formal yang menawarkan pembiayaan kepada golongan peniaga kecil di Pulau Pinang dalam usaha mengatasi isu kemiskinan dalam kalangan mereka. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kualitatif di mana instrumen kajian menggunakan soalan temu ramah secara terbuka. Sampel responden dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan melibatkan 20 responden yang mengusahakan perniagaan serta mendapat pinjaman mikro kredit sama ada melalui institusi formal atau tidak formal. Analisis data untuk kajian ini adalah berdasarkan nota lapangan. Kajian turut menggunakan analisis kuantitatif untuk mempersembahkan profil responden. Manakala analisis sebenar adalah melalui data kualitatif. Hasil kajian mendapati 100% responden cenderung memilih skim mikro kredit formal berbanding tidak formal walaupun timbul isu dan masalah dalam prosedur pinjaman mikro kredit formal. Dapatan menunjukkan mikro kredit memberi kesan ke atas pengurangan kemiskinan dalam kalangan responden. Sebanyak 60% responden memperoleh pendapatan lebih daripada RM2500 sebulan. Seterusnya, terdapat cadangan yang dikemukakan oleh responden untuk penambahbaikan institusi mikro kredit. Antara cadangan tersebut ialah mempermudahkan prosedur pinjaman, meningkatkan jumlah pinjaman serta menawarkan geran untuk pembelian peralatan atau perkakasan perniagaan. Justeru, kajian ini diharapkan dapat memberi input kepada institusi mikro kredit sama ada formal atau tidak formal untuk menyusun strategi terhadap penambahbaikan prosedur pinjaman institusi mikro kredit di Malaysia.","PeriodicalId":43145,"journal":{"name":"Kajian Malaysia","volume":"36 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.3000,"publicationDate":"2023-10-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Kajian Malaysia","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.21315/km2023.41.2.11","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"Q3","JCRName":"AREA STUDIES","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Program mikro kredit merupakan inisiatif pembiayaan mikro bertujuan untuk memupuk keusahawanan dalam kalangan masyarakat, menghasilkan aktiviti perniagaan, mencipta peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi. Program mikro kredit formal sama ada daripada institusi, bank perdagangan atau bank pembangunan didapati telah berjaya dalam usaha membasmi kemiskinan. Selain itu, terdapat juga skim mikro kredit tidak formal yang menawarkan pinjaman kepada peniaga. Hal ini menggambarkan berlakunya pertindihan kuasa dalam menilai sejauh mana keberkesanan program mikro kredit sama ada yang ditawarkan oleh insitusi formal atau tidak formal. Oleh itu, artikel ini mengenal pasti sejauh mana keberkesanan pembiaya mikro kredit formal dan tidak formal yang menawarkan pembiayaan kepada golongan peniaga kecil di Pulau Pinang dalam usaha mengatasi isu kemiskinan dalam kalangan mereka. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kualitatif di mana instrumen kajian menggunakan soalan temu ramah secara terbuka. Sampel responden dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan melibatkan 20 responden yang mengusahakan perniagaan serta mendapat pinjaman mikro kredit sama ada melalui institusi formal atau tidak formal. Analisis data untuk kajian ini adalah berdasarkan nota lapangan. Kajian turut menggunakan analisis kuantitatif untuk mempersembahkan profil responden. Manakala analisis sebenar adalah melalui data kualitatif. Hasil kajian mendapati 100% responden cenderung memilih skim mikro kredit formal berbanding tidak formal walaupun timbul isu dan masalah dalam prosedur pinjaman mikro kredit formal. Dapatan menunjukkan mikro kredit memberi kesan ke atas pengurangan kemiskinan dalam kalangan responden. Sebanyak 60% responden memperoleh pendapatan lebih daripada RM2500 sebulan. Seterusnya, terdapat cadangan yang dikemukakan oleh responden untuk penambahbaikan institusi mikro kredit. Antara cadangan tersebut ialah mempermudahkan prosedur pinjaman, meningkatkan jumlah pinjaman serta menawarkan geran untuk pembelian peralatan atau perkakasan perniagaan. Justeru, kajian ini diharapkan dapat memberi input kepada institusi mikro kredit sama ada formal atau tidak formal untuk menyusun strategi terhadap penambahbaikan prosedur pinjaman institusi mikro kredit di Malaysia.