{"title":"Format Imej Rumput dalam Peribahasa Tamil: Suatu Kajian Semantik Inkuisitif","authors":"Tangaprabu Murthy, Mary Fatimah Subet","doi":"10.33736/ILS.1616.2018","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Peribahasa Tamil merupakan cabang seni sastera lisan dalam budaya masyarakat India. Peribahasa juga dicipta hasil daripada pengamatan lapisan masyarakat terhadap keistimewaan alam semula jadi ciptaan Tuhan yang juga mempunyai makna tersurat dan tersirat. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti makna implisit di sebalik peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan, khususnya imej rumput serta pengaruh budaya yang menyebabkan lahirnya peribahasa yang melibatkan imej tumbuhan di samping mengenali makna harfiah peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan. Kajian ini bukan sahaja dilaksanakan untuk mengenal pasti dan menganalisis makna implisit di sebalik penggunaan 25 peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan malah juga untuk menganalisis pengaruh budaya dan akal budi dari aspek semantik inkuisitif dalam peribahasa Tamil yang mempunyai imej tumbuhan. Di samping itu, kajian ini juga dilaksanakan mengikut kaedah kualitatif iaitu melalui temu bual terhadap empat orang informan dan ulasan yang dibuat terhadap peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat India mencipta setiap peribahasa menggunakan alam semula jadi di sekeliling mereka. Selain itu, setiap peribahasa yang dicipta mempunyai makna implisit di sebaliknya dan setiap makna itu mempunyai satu ikatan yang kukuh dengan budaya serta akal budi masyarakat tersebut. Kesimpulannya, penelitian terhadap peribahasa Tamil telah menyerlahkan ketinggian pemikiran dan akal budi masyarakat India dalam penciptaan peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan.","PeriodicalId":36177,"journal":{"name":"Issues in Language Studies","volume":" ","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2019-07-03","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"7","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Issues in Language Studies","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.33736/ILS.1616.2018","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"Q3","JCRName":"Social Sciences","Score":null,"Total":0}
引用次数: 7
Abstract
Peribahasa Tamil merupakan cabang seni sastera lisan dalam budaya masyarakat India. Peribahasa juga dicipta hasil daripada pengamatan lapisan masyarakat terhadap keistimewaan alam semula jadi ciptaan Tuhan yang juga mempunyai makna tersurat dan tersirat. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti makna implisit di sebalik peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan, khususnya imej rumput serta pengaruh budaya yang menyebabkan lahirnya peribahasa yang melibatkan imej tumbuhan di samping mengenali makna harfiah peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan. Kajian ini bukan sahaja dilaksanakan untuk mengenal pasti dan menganalisis makna implisit di sebalik penggunaan 25 peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan malah juga untuk menganalisis pengaruh budaya dan akal budi dari aspek semantik inkuisitif dalam peribahasa Tamil yang mempunyai imej tumbuhan. Di samping itu, kajian ini juga dilaksanakan mengikut kaedah kualitatif iaitu melalui temu bual terhadap empat orang informan dan ulasan yang dibuat terhadap peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat India mencipta setiap peribahasa menggunakan alam semula jadi di sekeliling mereka. Selain itu, setiap peribahasa yang dicipta mempunyai makna implisit di sebaliknya dan setiap makna itu mempunyai satu ikatan yang kukuh dengan budaya serta akal budi masyarakat tersebut. Kesimpulannya, penelitian terhadap peribahasa Tamil telah menyerlahkan ketinggian pemikiran dan akal budi masyarakat India dalam penciptaan peribahasa Tamil yang menggunakan imej tumbuhan.