SALASILAH SANAD KITAB TURATH HADIS DALAM AL-ATHBAT WA AL-MASANID (AWM) NUSANTARA: ANALISIS GHAYAH AL-RUSUKH FI MU‘JAM AL-SHUYUKH KARYA AL-MUSNID SYEIKH MUHAMMAD HUSNI GINTING AL-LANGKATI (1980-2020M)
{"title":"SALASILAH SANAD KITAB TURATH HADIS DALAM AL-ATHBAT WA AL-MASANID (AWM) NUSANTARA: ANALISIS GHAYAH AL-RUSUKH FI MU‘JAM AL-SHUYUKH KARYA AL-MUSNID SYEIKH MUHAMMAD HUSNI GINTING AL-LANGKATI (1980-2020M)","authors":"Farhah Zaidar MOHAMED RAMLI","doi":"10.53840/hadis.v13i25.225","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Al-Athbat wa al-masanid (AWM) merupakan kumpulan karya penting yang merekodkan salasilah sanad keilmuan Islam berteraskan kitab-kitab turath dalam pelbagai bidang termasuk hadis. Pengkaryaan ini muncul hasil implementasi daripada pengaruh periwayatan salasilah sanad yang masih diaplikasikan oleh ilmuwan Islam setiap kurun sehingga kini. Dampak ketara kelansungan kegiatan ini dipertahankan adalah demi pengekalan kesinambungan sanad kepada Rasulullah SAW berwasilahkan pengarang kitab turath hadis terutamanya. Namun dalam konteks Nusantara, jaringan salasilah sanad kitab-kitab turath hadis yang terkandung dalam kumpulan karya ini amat jarang diterokai. Sedangkan ia mustahak dikenal pasti membabitkan pembuktian empirikal kelangsungan ilmu periwayatan hadis berdasarkan penglibatan ilmuwan nusantara terbabit. Justeru kajian ini bertujuan untuk menganalisis salasilah sanad kitab turath hadis yang terkandung dalam Ghayah al-Rusukh fi Mu‘jam al-Shuyukh karya al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting al-Langkati (1980-2020M). Data kajian dikumpulkan berasaskan metode analisis dokumen dan temu bual mendalam terhadap pengarang (partisipan). Analisis data dilakukan secara deskriptif. Perbincangan melibatkan profil pengarang, profil karya, analisis salasilah sanad kitab turath hadis dan faktor kelangsungan karya. Kajian merumuskan bahawa karya ini merupakan karya thabat terpenting Nusantara pada masa mutakhir. Rentetan isi kandungannya yang merekodkan sanad keilmuan berteraskan 12 buah kitab turath hadis berlatarkan pelbagai kesinambungan rantaian bersumberkan daripada 165 orang guru ijazah yang terdiri daripada timur dan barat dunia Islam. Jarang-jarang pengamal sanad nusantara mutakhir berusaha untuk memperbanyakkan guru ijazah dalam jumlah ratusan orang. Guru-guru tersebut pula merupakan tokoh al-musnid abad ini yang sukar dicari ganti. Justeru salasilah keilmuan yang bersambung menerusi para tokoh terbabit adalah memiliki harga yang tinggi dalam konteks riwayat dan sanad ilmu-ilmu agama khususnya ilmu hadis.","PeriodicalId":32729,"journal":{"name":"Jurnal Living Hadis","volume":"2 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-06-29","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Living Hadis","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.53840/hadis.v13i25.225","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Al-Athbat wa al-masanid (AWM) merupakan kumpulan karya penting yang merekodkan salasilah sanad keilmuan Islam berteraskan kitab-kitab turath dalam pelbagai bidang termasuk hadis. Pengkaryaan ini muncul hasil implementasi daripada pengaruh periwayatan salasilah sanad yang masih diaplikasikan oleh ilmuwan Islam setiap kurun sehingga kini. Dampak ketara kelansungan kegiatan ini dipertahankan adalah demi pengekalan kesinambungan sanad kepada Rasulullah SAW berwasilahkan pengarang kitab turath hadis terutamanya. Namun dalam konteks Nusantara, jaringan salasilah sanad kitab-kitab turath hadis yang terkandung dalam kumpulan karya ini amat jarang diterokai. Sedangkan ia mustahak dikenal pasti membabitkan pembuktian empirikal kelangsungan ilmu periwayatan hadis berdasarkan penglibatan ilmuwan nusantara terbabit. Justeru kajian ini bertujuan untuk menganalisis salasilah sanad kitab turath hadis yang terkandung dalam Ghayah al-Rusukh fi Mu‘jam al-Shuyukh karya al-Musnid Syeikh Muhammad Husni Ginting al-Langkati (1980-2020M). Data kajian dikumpulkan berasaskan metode analisis dokumen dan temu bual mendalam terhadap pengarang (partisipan). Analisis data dilakukan secara deskriptif. Perbincangan melibatkan profil pengarang, profil karya, analisis salasilah sanad kitab turath hadis dan faktor kelangsungan karya. Kajian merumuskan bahawa karya ini merupakan karya thabat terpenting Nusantara pada masa mutakhir. Rentetan isi kandungannya yang merekodkan sanad keilmuan berteraskan 12 buah kitab turath hadis berlatarkan pelbagai kesinambungan rantaian bersumberkan daripada 165 orang guru ijazah yang terdiri daripada timur dan barat dunia Islam. Jarang-jarang pengamal sanad nusantara mutakhir berusaha untuk memperbanyakkan guru ijazah dalam jumlah ratusan orang. Guru-guru tersebut pula merupakan tokoh al-musnid abad ini yang sukar dicari ganti. Justeru salasilah keilmuan yang bersambung menerusi para tokoh terbabit adalah memiliki harga yang tinggi dalam konteks riwayat dan sanad ilmu-ilmu agama khususnya ilmu hadis.