{"title":"Revolusi Industri 4.0 Dalam Pengajian Hadis di IPT Malaysia","authors":"Suriani Sudi","doi":"10.53840/hadis.v13i24.190","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Perkembangan Revolusi Industri 4.0 memberikan kesan secara langsung kepada pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan kerana menjadi asas kepada penyedia tenaga kerja di masa hadapan. Oleh itu, penekanan terhadap sektor pendidikan merupakan satu keperluan agar tenaga kerja yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan berteraskan Revolusi Industri 4.0. Institut pendidikan tinggi juga perlu lebih fleksibel dan sedia mengharungi cabaran agar tiada golongan masyarakat tidak terpinggir dalam era globalisasi dan digital tidak terkecuali kepada pengajian hadis. Oleh itu, kajian ini bertujuan melihat tinjauan literatur berkaitan sejauh mana pengajian hadis di Universiti di Malaysia bergerak seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Kajian ini adalah kajian kualitatif secara analisa kandungan dengan menggunakan kaedah tinjauan literatur. Kajian akan mengupas dan menganalisis pengajian hadis di Universiti di Malaysia meliputi kaedah pengajaran yang digunakan oleh pensyarah, alat bantu mengajar yang digunakan, sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang digunakan. Hasil kajian mendapati, pengajian hadis di institut pengajian hadis di Universiti di Malaysia perlu lebih bersedia untuk menghadapi perkembangan revolusi ini dan menerapkan elemen-elemen Revolusi Industri 4.0 dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan.","PeriodicalId":32729,"journal":{"name":"Jurnal Living Hadis","volume":"64 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2022-12-29","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Living Hadis","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.53840/hadis.v13i24.190","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Perkembangan Revolusi Industri 4.0 memberikan kesan secara langsung kepada pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan kerana menjadi asas kepada penyedia tenaga kerja di masa hadapan. Oleh itu, penekanan terhadap sektor pendidikan merupakan satu keperluan agar tenaga kerja yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan berteraskan Revolusi Industri 4.0. Institut pendidikan tinggi juga perlu lebih fleksibel dan sedia mengharungi cabaran agar tiada golongan masyarakat tidak terpinggir dalam era globalisasi dan digital tidak terkecuali kepada pengajian hadis. Oleh itu, kajian ini bertujuan melihat tinjauan literatur berkaitan sejauh mana pengajian hadis di Universiti di Malaysia bergerak seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Kajian ini adalah kajian kualitatif secara analisa kandungan dengan menggunakan kaedah tinjauan literatur. Kajian akan mengupas dan menganalisis pengajian hadis di Universiti di Malaysia meliputi kaedah pengajaran yang digunakan oleh pensyarah, alat bantu mengajar yang digunakan, sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang digunakan. Hasil kajian mendapati, pengajian hadis di institut pengajian hadis di Universiti di Malaysia perlu lebih bersedia untuk menghadapi perkembangan revolusi ini dan menerapkan elemen-elemen Revolusi Industri 4.0 dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan.