{"title":"Analisis hadis Rasulullah SAW berkaitan musibah dalam Kitāb al-Marḍā Ṣaḥīḥ Imam al-Bukhārī","authors":"Muhammad Aizat Syimir Rozani, Ahmad Fuad","doi":"10.53840/hadis.v11i21.140","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Dunia tidak akan pernah berhenti dengan ujian-ujian kehidupan yang berbentuk musibah sama ada ia ditimpakan ke atas individu atau secara keseluruhan. Walaupun berat musibah yang menimpa namun sebagai orang yang beriman perlu meyakini bahawa terdapat hikmah di sebalik setiap yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Nabi Muhammad SAW misalnya merupakan di antara insan yang paling berat diuji dengan musibah yang pelbagai. Tidak cukup dengan musibah peribadi yang menimpa dirinya seperti kematian ahli keluarga yang terdekat, baginda SAW juga ditimpa musibah dengan diuji dalam perjalanan menyebarkan agama Allah SWT. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW sewajarnya dijadikan teladan dalam kehidupan khususnya apabila melibatkan musibah yang menimpa diri. Oleh itu, artikel ini hadir untuk mengupas isu berkaitan musibah mengikut perspektif Islam serta menganalisis hadis-hadis Rasulullah SAW berkaitannya. Kajian ini juga memfokuskan kepada hadis-hadis Nabi SAW yang terdapat di dalam Kitāb al-Marḍā, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī yang telah dikarang oleh Imam al-Bukhārī. Metodologi yang digunakan adalah secara kualitatif dengan kaedah analisis kandungan secara tematik dengan mengkaji hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan musibah di dalam Kitāb al-Marḍā, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Pemilihan hadis pula adalah merujuk kepada hadis yang mengandungi perkataan yang berasal daripada أَصَابَ – يُصِيبُ - إِصَابَةً. Kajian mendapati bahawa Nabi SAW melalui hadis-hadisnya telah mengajar bahawa musibah merupakan penghapus dosa, permulaan kebaikan dan Baginda SAW juga telah mengajar untuk tidak berputus asa disebabkan musibah yang melanda.","PeriodicalId":32729,"journal":{"name":"Jurnal Living Hadis","volume":"39 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2021-06-14","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Living Hadis","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.53840/hadis.v11i21.140","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Dunia tidak akan pernah berhenti dengan ujian-ujian kehidupan yang berbentuk musibah sama ada ia ditimpakan ke atas individu atau secara keseluruhan. Walaupun berat musibah yang menimpa namun sebagai orang yang beriman perlu meyakini bahawa terdapat hikmah di sebalik setiap yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Nabi Muhammad SAW misalnya merupakan di antara insan yang paling berat diuji dengan musibah yang pelbagai. Tidak cukup dengan musibah peribadi yang menimpa dirinya seperti kematian ahli keluarga yang terdekat, baginda SAW juga ditimpa musibah dengan diuji dalam perjalanan menyebarkan agama Allah SWT. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW sewajarnya dijadikan teladan dalam kehidupan khususnya apabila melibatkan musibah yang menimpa diri. Oleh itu, artikel ini hadir untuk mengupas isu berkaitan musibah mengikut perspektif Islam serta menganalisis hadis-hadis Rasulullah SAW berkaitannya. Kajian ini juga memfokuskan kepada hadis-hadis Nabi SAW yang terdapat di dalam Kitāb al-Marḍā, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī yang telah dikarang oleh Imam al-Bukhārī. Metodologi yang digunakan adalah secara kualitatif dengan kaedah analisis kandungan secara tematik dengan mengkaji hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan musibah di dalam Kitāb al-Marḍā, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Pemilihan hadis pula adalah merujuk kepada hadis yang mengandungi perkataan yang berasal daripada أَصَابَ – يُصِيبُ - إِصَابَةً. Kajian mendapati bahawa Nabi SAW melalui hadis-hadisnya telah mengajar bahawa musibah merupakan penghapus dosa, permulaan kebaikan dan Baginda SAW juga telah mengajar untuk tidak berputus asa disebabkan musibah yang melanda.