Rahim Kamarul Zaman, Khairulnazrin Nasir, Abdul Azib Hussain, Muhammad Adam Abd. Azid
{"title":"Kesejahteraan psikologi berdasarkan praktik al-tafakkur generasi salaf: analisis perspektif hadis","authors":"Rahim Kamarul Zaman, Khairulnazrin Nasir, Abdul Azib Hussain, Muhammad Adam Abd. Azid","doi":"10.53840/hadis.v11i22.167","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kelestarian kesejahteraan psikologi masyarakat merupakan wacana penting pasca pandemik Covid-19. Impak pandemik ini menyebabkan indeks kesejahteraan psikologi Malaysia berada pada tahap sederhana dengan skor keseluruhan 7.2. Sehubungan dengan itu, inisiatif bagi mengawal kelestarian kesejahteraan psikologi giat diusahakan pelbagai pihak. Kualiti emosi, kepuasan hidup, kefungsian psikologi dan keupayaan berinteraksi dengan persekitaran merupakan sebahagian indikator utama tahap kesejahteraan psikologi. Justeru, kajian ini mengemukakan analisis perspektif hadis terhadap praktik al-tafakkur generasi salaf dalam memelihara kelestarian kesejahteraan psikologi. Kajian berbentuk aplikasi teori ini, digarap berasaskan metode kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati praktik al-tafakkur oleh generasi salaf seperti Ibn ‘Abbās, Abū Dardā’, Sufyān al-Thawrī dan Abū Sulaymān al-Dārānī RA mengandungi teladan terbaik dalam memelihara kesejahteraan psikologi. Kesimpulannya, adunan kombinasi praktik al-tafakkur generasi salaf sesuai digunakan sebagai mekanisme komplementari kawalan kesejahteraan psikologi masyarakat. ","PeriodicalId":32729,"journal":{"name":"Jurnal Living Hadis","volume":"13 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2021-12-19","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Living Hadis","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.53840/hadis.v11i22.167","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kelestarian kesejahteraan psikologi masyarakat merupakan wacana penting pasca pandemik Covid-19. Impak pandemik ini menyebabkan indeks kesejahteraan psikologi Malaysia berada pada tahap sederhana dengan skor keseluruhan 7.2. Sehubungan dengan itu, inisiatif bagi mengawal kelestarian kesejahteraan psikologi giat diusahakan pelbagai pihak. Kualiti emosi, kepuasan hidup, kefungsian psikologi dan keupayaan berinteraksi dengan persekitaran merupakan sebahagian indikator utama tahap kesejahteraan psikologi. Justeru, kajian ini mengemukakan analisis perspektif hadis terhadap praktik al-tafakkur generasi salaf dalam memelihara kelestarian kesejahteraan psikologi. Kajian berbentuk aplikasi teori ini, digarap berasaskan metode kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati praktik al-tafakkur oleh generasi salaf seperti Ibn ‘Abbās, Abū Dardā’, Sufyān al-Thawrī dan Abū Sulaymān al-Dārānī RA mengandungi teladan terbaik dalam memelihara kesejahteraan psikologi. Kesimpulannya, adunan kombinasi praktik al-tafakkur generasi salaf sesuai digunakan sebagai mekanisme komplementari kawalan kesejahteraan psikologi masyarakat.