{"title":"Penerimaan Hadis Tafarrud menurut Aḥmad ibn Ḥanbal","authors":"Ahmad Zulkifli bin Yusof, Umar Muhammad Noor","doi":"10.53840/HADIS.V10I20.102","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Artikel ini secara umumnya mengkaji metodologi ulama hadis mutaqaddimīn dalam penerimaan hadis tafarrud. Dalam hal ini, kajian ditumpukan kepada Aḥmad ibn Ḥanbal. Menurut Ibn Rajab al-Ḥanbalī, Aḥmad dan kebanyakan ulama mutaqaddimīn menjadikan tafarrud sebagai tanda kewujudan ʿIllah padanya. Justeru, kajian ini bertujuan menjelaskan tiga aspek utama, iaitu konsep tafarrud menurut ahli hadis, ketokohan Aḥmad ibn Ḥanbal dalam ilmu hadis serta menganalisis metodologi beliau dalam penerimaan hadis tafarrud. Kajian ini berbentuk kualitatif dan dijalankan dengan menggunakan metod kajian kepustakaan. Data kajian diambil daripada kitab al-Muntakhab Min al-ʿIlal Li al-Khallāl yang mengumpulkan pandangan Aḥmad bin Ḥanbal. Data tersebut seterusnya dianalisis secara induktif untuk mengeluarkan metodologi yang diamalkan oleh Aḥmad ibn Ḥanbal dalam penerimaan hadis tafarrud. Hasil kajian mendapati Aḥmad ibn Ḥanbal tidak menerima hadis tafarrud secara pukul rata. Sebaliknya, beliau mengesahkannya dengan penuh kehati-hatian berdasarkan kewujudan qarā’in yang terdapat pada hadis.","PeriodicalId":32729,"journal":{"name":"Jurnal Living Hadis","volume":"63 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2020-12-16","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Living Hadis","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.53840/HADIS.V10I20.102","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Artikel ini secara umumnya mengkaji metodologi ulama hadis mutaqaddimīn dalam penerimaan hadis tafarrud. Dalam hal ini, kajian ditumpukan kepada Aḥmad ibn Ḥanbal. Menurut Ibn Rajab al-Ḥanbalī, Aḥmad dan kebanyakan ulama mutaqaddimīn menjadikan tafarrud sebagai tanda kewujudan ʿIllah padanya. Justeru, kajian ini bertujuan menjelaskan tiga aspek utama, iaitu konsep tafarrud menurut ahli hadis, ketokohan Aḥmad ibn Ḥanbal dalam ilmu hadis serta menganalisis metodologi beliau dalam penerimaan hadis tafarrud. Kajian ini berbentuk kualitatif dan dijalankan dengan menggunakan metod kajian kepustakaan. Data kajian diambil daripada kitab al-Muntakhab Min al-ʿIlal Li al-Khallāl yang mengumpulkan pandangan Aḥmad bin Ḥanbal. Data tersebut seterusnya dianalisis secara induktif untuk mengeluarkan metodologi yang diamalkan oleh Aḥmad ibn Ḥanbal dalam penerimaan hadis tafarrud. Hasil kajian mendapati Aḥmad ibn Ḥanbal tidak menerima hadis tafarrud secara pukul rata. Sebaliknya, beliau mengesahkannya dengan penuh kehati-hatian berdasarkan kewujudan qarā’in yang terdapat pada hadis.