{"title":"Kesan Konflik Dalam Organisasi Dan Kesihatan Mental Pekerja","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.3.4","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Artikel ini membincangkan secara terperinci mengenai pengaruh konflik dalam sesebuah organisasi dan kesan kepada kesihatan mental seseorang pekerja. Oleh itu, terdapat beberapa perincian yang akan diberikan perhatian iaitu melibatkan punca dan kesan konflik yang terjadi di sesebuah organisasi, kesan konflik organisasi kepada psikologi pekerja terutama melibatkan kesihatan mental serta perbincangan model konflik Thomas-Kilmann dalam menangani isu konflik dalam peringkat organisasi. Sehubungan itu, perbincangan dalam artikel turut memfokuskan berkaitan beberapa petunjuk dalam konflik organisasi melibatkan perbezaan personaliti, isu keterbukaan dalam penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi antara pihak pengurusan dan pekerja, percanggahan idea certa gaya kerja serta perbezaan matlamat antara individu atau pasukan dalam sesebuah organisasi juga boleh menyumbang kepada konflik organisasi. Bagi konteks kesihatan mental, pelbagai kesan psikologi kepada pekerja melibatkan masalah tekanan, kebimbangan serta kemurungan berlaku dan ini akhirnya memberi kesan kepada kefungsian kepada pekerja untuk berfungsi dan bertindak secara produktif dalam organisasi. Sehubungan itu, fungsi pihak pengurusan juga perlu diperincikan bagi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pekerja terutamanya melibatkan isu konflik dalam sesebuah organisasi.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"39 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2022-11-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pengurusan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.3.4","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
Kesan Konflik Dalam Organisasi Dan Kesihatan Mental Pekerja
Artikel ini membincangkan secara terperinci mengenai pengaruh konflik dalam sesebuah organisasi dan kesan kepada kesihatan mental seseorang pekerja. Oleh itu, terdapat beberapa perincian yang akan diberikan perhatian iaitu melibatkan punca dan kesan konflik yang terjadi di sesebuah organisasi, kesan konflik organisasi kepada psikologi pekerja terutama melibatkan kesihatan mental serta perbincangan model konflik Thomas-Kilmann dalam menangani isu konflik dalam peringkat organisasi. Sehubungan itu, perbincangan dalam artikel turut memfokuskan berkaitan beberapa petunjuk dalam konflik organisasi melibatkan perbezaan personaliti, isu keterbukaan dalam penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi antara pihak pengurusan dan pekerja, percanggahan idea certa gaya kerja serta perbezaan matlamat antara individu atau pasukan dalam sesebuah organisasi juga boleh menyumbang kepada konflik organisasi. Bagi konteks kesihatan mental, pelbagai kesan psikologi kepada pekerja melibatkan masalah tekanan, kebimbangan serta kemurungan berlaku dan ini akhirnya memberi kesan kepada kefungsian kepada pekerja untuk berfungsi dan bertindak secara produktif dalam organisasi. Sehubungan itu, fungsi pihak pengurusan juga perlu diperincikan bagi menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pekerja terutamanya melibatkan isu konflik dalam sesebuah organisasi.