{"title":"Sosioekonomi Mempengaruhi Kesejahteraan Kewangan Ibu Tunggal di Terengganu","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2023.5.1.4","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kajian ini memfokuskan kepada sejauhmana perkaitan antara sosioekonomi dengan kesejahteraan kewangan ibu tunggal di Terengganu. Sosioekonomi yang dimaksudkan adalah tahap pendidikan, pekerjaan, pendapatan bulanan, dan jumlah tanggungan yang merupakan faktor utama kepada kemiskinan ibu tunggal. Kos sara hidup yang meningkat telah merisaukan ibu tunggal. Maka, kajian ini perlu dikaji untuk mengetahui sejauhmana faktor sosioekonomi mempengaruhi tahap kemiskinan dan kesejahteraan kewangan ibu tunggal. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 612 orang ibu tunggal yang dipilih berdasarkan kepada ibu tunggal bercerai hidup dan kematian suami. Dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif. Hasil analisis deskriptif mendapati, majoriti respondan kajian telah menamatkan persekolahan pada peringkat PMR/SRP, dan bekerja sendiri dengan jumlah pendapatan adalah kurang daripada RM 1200 sebulan. Manakala jumlah tanggungan yang terpaksa ditanggung adalah seramai 4-5 orang isi rumah. Daripada hasil analisis kajian yang telah dibuat, jelas menunjukkan taraf pendidikan yang rendah, jenis pekerjaan, jumlah pendapatan bulanan, dan jumlah tanggungan sangat mempengaruhi kesejahteraan kewangan ibu tunggal. Dapatan kajian ini relevan untuk penambahbaikan polisi dan dasar sosial kerajaan untuk lebih peka kepada keperluan ibu tunggal. Program sokongan juga perlu dipergiatkan kepada ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Agensi berkaitan perlu mengenal pasti keperluan bagi setiap keluarga yang mempunyai ibu tunggal sebagai ketua keluarga. Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan bahawa faktor sosioekonomi sangat mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan ibu tunggal.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"17 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pengurusan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2023.5.1.4","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
Sosioekonomi Mempengaruhi Kesejahteraan Kewangan Ibu Tunggal di Terengganu
Kajian ini memfokuskan kepada sejauhmana perkaitan antara sosioekonomi dengan kesejahteraan kewangan ibu tunggal di Terengganu. Sosioekonomi yang dimaksudkan adalah tahap pendidikan, pekerjaan, pendapatan bulanan, dan jumlah tanggungan yang merupakan faktor utama kepada kemiskinan ibu tunggal. Kos sara hidup yang meningkat telah merisaukan ibu tunggal. Maka, kajian ini perlu dikaji untuk mengetahui sejauhmana faktor sosioekonomi mempengaruhi tahap kemiskinan dan kesejahteraan kewangan ibu tunggal. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 612 orang ibu tunggal yang dipilih berdasarkan kepada ibu tunggal bercerai hidup dan kematian suami. Dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif. Hasil analisis deskriptif mendapati, majoriti respondan kajian telah menamatkan persekolahan pada peringkat PMR/SRP, dan bekerja sendiri dengan jumlah pendapatan adalah kurang daripada RM 1200 sebulan. Manakala jumlah tanggungan yang terpaksa ditanggung adalah seramai 4-5 orang isi rumah. Daripada hasil analisis kajian yang telah dibuat, jelas menunjukkan taraf pendidikan yang rendah, jenis pekerjaan, jumlah pendapatan bulanan, dan jumlah tanggungan sangat mempengaruhi kesejahteraan kewangan ibu tunggal. Dapatan kajian ini relevan untuk penambahbaikan polisi dan dasar sosial kerajaan untuk lebih peka kepada keperluan ibu tunggal. Program sokongan juga perlu dipergiatkan kepada ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Agensi berkaitan perlu mengenal pasti keperluan bagi setiap keluarga yang mempunyai ibu tunggal sebagai ketua keluarga. Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan bahawa faktor sosioekonomi sangat mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan ibu tunggal.