{"title":"Pengurusan Pencemaran Bandar: Satu Analisis Bibliometrik","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.4.7","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Pencemaran yang tidak terkawal hasil daripada kegiatan aktif di kawasan bandar seperti pelepasan asap kenderaan dan aktiviti perindustrian berupaya menimbulkan pencemaran alam sekitar yang ketara. Kajian ini bertujuan menganalisis maklumat penyelidikan dan kadar pertumbuhan penerbitan pengurusan pencemaran bandar dalam pangkalan data Scopus dan Web of Science (WoS). Maklumat bibliometrik berkaitan kadar penerbitan, negara, institusi, dan kata kunci dianalisis menggunakan perisian ScientoPy dan VOSviewer. Analisis ini mendedahkan trend penerbitan pengurusan pencemaran bandar adalah bersifat fluktuasi (turun naik) dalam kedua-dua pangkalan data. Namun, bilangan penerbitan dalam pangkalan data Scopus meningkat secara signifikan selepas tahun 2008. Dalam kajian ini, “Environmental Science and Ecology” bertindak sebagai bidang penyelidikan yang paling penting. Manakala, penyelidik dari China didapati memonopoli bilangan penerbitan tertinggi serta membina rangkaian kerjasama yang baik dengan negara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Kata kunci “urban pollution”, “air pollution”, dan “pollution” disenaraikan sebagai tiga kata kunci utama dalam penerbitan pengurusan pencemaran bandar. Kajian ini mempunyai beberapa batasan antaranya analisis penerbitan hanya berfokus kepada pangkalan data Scopus dan WoS. Justeru, kualiti data bergantung sepenuhnya kepada dua pangkalan data tersebut. Secara keseluruhan, kajian ini mempersembahkan intipati utama penyelidikan dan corak penerbitan pengurusan pencemaran bandar yang dapat dijadikan sumber rujukan tuntas kepada pembaca, penyelidik, dan penggubal dasar. Maklumat berkaitan skop dan agenda pengurusan pencemaran bandar yang diperoleh dalam analisis ini dapat mengisi jurang penyelidikan serta meningkatkan strategi pengurusan pencemaran bandar dengan cekap dan berkesan.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"3 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-01-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pengurusan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.4.7","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
Pengurusan Pencemaran Bandar: Satu Analisis Bibliometrik
Pencemaran yang tidak terkawal hasil daripada kegiatan aktif di kawasan bandar seperti pelepasan asap kenderaan dan aktiviti perindustrian berupaya menimbulkan pencemaran alam sekitar yang ketara. Kajian ini bertujuan menganalisis maklumat penyelidikan dan kadar pertumbuhan penerbitan pengurusan pencemaran bandar dalam pangkalan data Scopus dan Web of Science (WoS). Maklumat bibliometrik berkaitan kadar penerbitan, negara, institusi, dan kata kunci dianalisis menggunakan perisian ScientoPy dan VOSviewer. Analisis ini mendedahkan trend penerbitan pengurusan pencemaran bandar adalah bersifat fluktuasi (turun naik) dalam kedua-dua pangkalan data. Namun, bilangan penerbitan dalam pangkalan data Scopus meningkat secara signifikan selepas tahun 2008. Dalam kajian ini, “Environmental Science and Ecology” bertindak sebagai bidang penyelidikan yang paling penting. Manakala, penyelidik dari China didapati memonopoli bilangan penerbitan tertinggi serta membina rangkaian kerjasama yang baik dengan negara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Kata kunci “urban pollution”, “air pollution”, dan “pollution” disenaraikan sebagai tiga kata kunci utama dalam penerbitan pengurusan pencemaran bandar. Kajian ini mempunyai beberapa batasan antaranya analisis penerbitan hanya berfokus kepada pangkalan data Scopus dan WoS. Justeru, kualiti data bergantung sepenuhnya kepada dua pangkalan data tersebut. Secara keseluruhan, kajian ini mempersembahkan intipati utama penyelidikan dan corak penerbitan pengurusan pencemaran bandar yang dapat dijadikan sumber rujukan tuntas kepada pembaca, penyelidik, dan penggubal dasar. Maklumat berkaitan skop dan agenda pengurusan pencemaran bandar yang diperoleh dalam analisis ini dapat mengisi jurang penyelidikan serta meningkatkan strategi pengurusan pencemaran bandar dengan cekap dan berkesan.