{"title":"Penggunaan Pentaksiran Tingkah Laku Fungsional (FBA) Dalam Kalangan Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.20","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"entaksiran tingkah laku fungsional (FBA) adalah satu kaedah yang sering digunakan oleh pendidik untuk mengurangkan tingkah laku bermasalah dalam kalangan MBPK. Tujuan kajian adalah untuk melihat tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta mengkaji perbezaannya berdasarkan faktor demografi. Kajian juga akan mengkaji hubungan antara tahap penggunaan FBA dengan persepsi guru terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 217 orang guru PPKI sekolah rendah yang berkhidmat di negeri Melaka. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Data daripada soal selidik dianalisis dengan statistik deskriptif, Anova satu hala dan korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan bahawa tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI adalah pada tahap sederhana tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang siginifikan dalam tahap penggunaan FBA berdasarkan pengalaman guru PPKI mengajar dalam bidang pendidikan khas. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan linear positif yang sederhana dan signifikan antara tahap penggunaan FBA dengan persepsi guru PPKI terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan. Program pembangunan profesional dicadangkan untuk meningkatkan pengetahuan dan penggunaan FBA dalam kalangan guru pendidikan khas. Kesimpulannya, tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI perlu dipertingkatkan lagi.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"52 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-03-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.20","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
entaksiran tingkah laku fungsional (FBA) adalah satu kaedah yang sering digunakan oleh pendidik untuk mengurangkan tingkah laku bermasalah dalam kalangan MBPK. Tujuan kajian adalah untuk melihat tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta mengkaji perbezaannya berdasarkan faktor demografi. Kajian juga akan mengkaji hubungan antara tahap penggunaan FBA dengan persepsi guru terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 217 orang guru PPKI sekolah rendah yang berkhidmat di negeri Melaka. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Data daripada soal selidik dianalisis dengan statistik deskriptif, Anova satu hala dan korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan bahawa tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI adalah pada tahap sederhana tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang siginifikan dalam tahap penggunaan FBA berdasarkan pengalaman guru PPKI mengajar dalam bidang pendidikan khas. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan linear positif yang sederhana dan signifikan antara tahap penggunaan FBA dengan persepsi guru PPKI terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan. Program pembangunan profesional dicadangkan untuk meningkatkan pengetahuan dan penggunaan FBA dalam kalangan guru pendidikan khas. Kesimpulannya, tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI perlu dipertingkatkan lagi.