{"title":"Hubungan Antara Konsep Kendiri, Motivasi dan Pencapaian Matematik Murid Sekolah Rendah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.4.1","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kajian ini mengenal pasti hubungan antara konsep kendiri dan motivasi dengan pencapaian akademik Matematik dalam kalangan murid di sekolah rendah. Teori Konsep Kendiri Rogers dan Teori Motivasi Abraham Maslow telah digunakan untuk mendasari kajian ini. Seramai 95 orang murid sekolah rendah telah dipilih secara rawak mudah. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik. Kebolehpercayaan instrumen konsep kendiri dan motivasi telah diuji dan memperoleh nilai Alpha Cronbach=0.83 iaitu menunjukkan tahap yang tinggi. Data seterusnya telah dianalisis dengan menggunakan perisian Minitab versi 21. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap konsep kendiri dalam kalangan murid adalah sederhana (Skor Min=2.67, SP=1.15). Tahap motivasi dalam kalangan murid pula mencapai tahap yang tinggi (Skor min=3.92, SP=1.08). Bagi melihat hubungan antara konsep kendiri dan motivasi dengan pencapaian akademik murid, ujian korelasi Pearson telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik Matematik murid (p=0.29). Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara motivasi dengan pencapaian akademik murid (p=0.49). Walaupun tahap konsep kendiri dan motivasi dalam kalangan murid adalah sederhana dan tinggi, namun tiada hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah terhadap pencapaian akademik. Hal ini dapat dikaitkan dengan perbezaan latar belakang responden kajian dan mata pelajaran Matematik yang bersifat abstrak dan memerlukan pemikiran logik, analitikal dan penyelesaian masalah yang kompleks.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"162 ","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-12-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.4.1","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kajian ini mengenal pasti hubungan antara konsep kendiri dan motivasi dengan pencapaian akademik Matematik dalam kalangan murid di sekolah rendah. Teori Konsep Kendiri Rogers dan Teori Motivasi Abraham Maslow telah digunakan untuk mendasari kajian ini. Seramai 95 orang murid sekolah rendah telah dipilih secara rawak mudah. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik. Kebolehpercayaan instrumen konsep kendiri dan motivasi telah diuji dan memperoleh nilai Alpha Cronbach=0.83 iaitu menunjukkan tahap yang tinggi. Data seterusnya telah dianalisis dengan menggunakan perisian Minitab versi 21. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap konsep kendiri dalam kalangan murid adalah sederhana (Skor Min=2.67, SP=1.15). Tahap motivasi dalam kalangan murid pula mencapai tahap yang tinggi (Skor min=3.92, SP=1.08). Bagi melihat hubungan antara konsep kendiri dan motivasi dengan pencapaian akademik murid, ujian korelasi Pearson telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik Matematik murid (p=0.29). Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara motivasi dengan pencapaian akademik murid (p=0.49). Walaupun tahap konsep kendiri dan motivasi dalam kalangan murid adalah sederhana dan tinggi, namun tiada hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah terhadap pencapaian akademik. Hal ini dapat dikaitkan dengan perbezaan latar belakang responden kajian dan mata pelajaran Matematik yang bersifat abstrak dan memerlukan pemikiran logik, analitikal dan penyelesaian masalah yang kompleks.