{"title":"Penguasaan Aplikasi Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Kalangan Pelajar Sejarah Tingkatan Enam","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.4.4","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan aplikasi kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar sejarah Tingkatan Enam. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan yang melibatkan seramai 170 orang pelajar sejarah Tingkatan Enam Semester Pertama (2022/2023). Soal selidik yang telah diadaptasi, disahkan oleh pakar serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik telah digunakan. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa tahap penguasaan aplikasi kemahiran pemikiran sejarah secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi walaupun hanya konstruk kemahiran membuat interpretasi sahaja yang berada pada tahap sederhana. Selain itu, tahap penguasaan aplikasi kemahiran pemikiran sejarah berada pada tahap tinggi bagi pelajar pemikiran kritis tinggi dan berada pada tahap sederhana bagi pelajar pemikiran kritis rendah walaupun tidak terdapat perbezaan penguasaan aplikasi kemahiran pemikiran sejarah berdasarkan pelajar berbeza pemikiran kritis. Namun, hanya konstruk kemahiran meneroka bukti dan kemahiran membuat rasionalisasi sahaja yang berbeza antara pelajar tahap pemikiran kritis tinggi dan pelajar pemikiran kritis rendah. Implikasi kajian ini telah mencadangkan terdapat suatu keperluan kepada para guru sejarah untuk merancang pedagogi yang sesuai bagi membolehkan para pelajar dapat menguasai aplikasi kemahiran pemikiran sejarah yang disarankan dalam kurikulum sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"8 1","pages":""},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-12-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.4.4","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan aplikasi kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar sejarah Tingkatan Enam. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan yang melibatkan seramai 170 orang pelajar sejarah Tingkatan Enam Semester Pertama (2022/2023). Soal selidik yang telah diadaptasi, disahkan oleh pakar serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik telah digunakan. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa tahap penguasaan aplikasi kemahiran pemikiran sejarah secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi walaupun hanya konstruk kemahiran membuat interpretasi sahaja yang berada pada tahap sederhana. Selain itu, tahap penguasaan aplikasi kemahiran pemikiran sejarah berada pada tahap tinggi bagi pelajar pemikiran kritis tinggi dan berada pada tahap sederhana bagi pelajar pemikiran kritis rendah walaupun tidak terdapat perbezaan penguasaan aplikasi kemahiran pemikiran sejarah berdasarkan pelajar berbeza pemikiran kritis. Namun, hanya konstruk kemahiran meneroka bukti dan kemahiran membuat rasionalisasi sahaja yang berbeza antara pelajar tahap pemikiran kritis tinggi dan pelajar pemikiran kritis rendah. Implikasi kajian ini telah mencadangkan terdapat suatu keperluan kepada para guru sejarah untuk merancang pedagogi yang sesuai bagi membolehkan para pelajar dapat menguasai aplikasi kemahiran pemikiran sejarah yang disarankan dalam kurikulum sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.