{"title":"Meningkatkan Kemahiran Mempersembahkan Maklumat Multimedia dalam Kalangan Guru Dengan Membina dan Melaksanakan Modul Google Slides","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.12","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kemahiran mempersembahkan maklumat multimedia digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dalam bentuk persembahan yang ringkas dan padat dengan bantuan pelbagai media atau multimedia dalam komputer. Guru memerlukan kemahiran ini dalam merancang pengajaran dan menghasilkan bahan bantu mengajar. Kajian ini bertujuan untuk membina dan melaksanakan modul Google Slides bagi meningkatkan kemahiran mempersembahkan maklumat multimedia dalam kalangan guru sekolah rendah. Kajian reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang melibatkan tiga fasa utama, iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa penilaian diaplikasikan dalam kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada sepuluh orang guru yang mengajar di WP Labuan melalui pemerhatian. Data dikumpulkan melalui kaedah temu bual, analisis dokumen, ujian pra dan pasca. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mempersembahkan maklumat multimedia guru peserta selepas pelaksanaan Modul Google Slides. Ia didapati Modul dalam Talian Google Slides banyak membantu guru dalam menghasilkan bahan multimedia. Kesimpulannya, setiap guru perlu menguasai kemahiran mempersembahkan maklumat multimedia bagi menarik perhatian murid dalam kelas. Oleh itu, diharapkan modul dalam talian Google Slides dapat dijadikan rujukan kepada pendidik dan pentadbir sekolah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"90 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-03-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.12","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kemahiran mempersembahkan maklumat multimedia digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dalam bentuk persembahan yang ringkas dan padat dengan bantuan pelbagai media atau multimedia dalam komputer. Guru memerlukan kemahiran ini dalam merancang pengajaran dan menghasilkan bahan bantu mengajar. Kajian ini bertujuan untuk membina dan melaksanakan modul Google Slides bagi meningkatkan kemahiran mempersembahkan maklumat multimedia dalam kalangan guru sekolah rendah. Kajian reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang melibatkan tiga fasa utama, iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa penilaian diaplikasikan dalam kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada sepuluh orang guru yang mengajar di WP Labuan melalui pemerhatian. Data dikumpulkan melalui kaedah temu bual, analisis dokumen, ujian pra dan pasca. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mempersembahkan maklumat multimedia guru peserta selepas pelaksanaan Modul Google Slides. Ia didapati Modul dalam Talian Google Slides banyak membantu guru dalam menghasilkan bahan multimedia. Kesimpulannya, setiap guru perlu menguasai kemahiran mempersembahkan maklumat multimedia bagi menarik perhatian murid dalam kelas. Oleh itu, diharapkan modul dalam talian Google Slides dapat dijadikan rujukan kepada pendidik dan pentadbir sekolah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran