{"title":"Tahap Komunikasi Interpersonal Dalam Kalangan Belia","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.25","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Komunikasi interpersonal merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua belia kerana mereka merupakan generasi yang akan memimpin dan menjaga negara di masa depan dan kemahiran komunikasi interpersonal yang baik mencerminkan keperibadiaan diri mereka. Artikel ini membincangkan hasil penyelidikan kuantitatif berhubung tahap komunikasi interpersonal dalam kalangan belia di Bangi Selangor. Soal selidik diberikan secara rawak kepada 123 orang responden yang berumur antara 19 hingga 25 tahun. Konstruk utama dalam kajian ini ialah kemahiran komunikasi interpersonal yang diukur menggunakan alat ujian yang dibangunkan oleh Armstrong (1981) yang terdiri daripada 52 item soalan yang menggunakan skala empat likert dengan pilihan jawapan (1) sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) setuju dan (4) sangat setuju. Item – item dibahagikan kepada dua bahagian iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan dengan nilai kebolehpercayaan 0.89. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap komunikasi interpersonal belia adalah pada tahap sederhana. Ini bermakna perlunya pemerkasaan penggunaan bahasa baku dan program pengucapan umum dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan. Seterusnya, hasil kajian ini mencadangkan bahawa pihak insitusi pendidikan perlu menggalakkan aktiviti kokurikulum seperti pengucapan awam dan menyediakan kelas kemahiran komunikasi,kepimpinan dan kemahiran berkumpulan sebagai alternatif membantu belia meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal mereka.Artikel ini turut memaparkan konsep dan pengertian komunikasi secara umum dan krusus kepada komunikasi interpersonal, komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal).","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"24 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-03-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.25","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Komunikasi interpersonal merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua belia kerana mereka merupakan generasi yang akan memimpin dan menjaga negara di masa depan dan kemahiran komunikasi interpersonal yang baik mencerminkan keperibadiaan diri mereka. Artikel ini membincangkan hasil penyelidikan kuantitatif berhubung tahap komunikasi interpersonal dalam kalangan belia di Bangi Selangor. Soal selidik diberikan secara rawak kepada 123 orang responden yang berumur antara 19 hingga 25 tahun. Konstruk utama dalam kajian ini ialah kemahiran komunikasi interpersonal yang diukur menggunakan alat ujian yang dibangunkan oleh Armstrong (1981) yang terdiri daripada 52 item soalan yang menggunakan skala empat likert dengan pilihan jawapan (1) sangat tidak setuju, (2) tidak setuju, (3) setuju dan (4) sangat setuju. Item – item dibahagikan kepada dua bahagian iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan dengan nilai kebolehpercayaan 0.89. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap komunikasi interpersonal belia adalah pada tahap sederhana. Ini bermakna perlunya pemerkasaan penggunaan bahasa baku dan program pengucapan umum dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan. Seterusnya, hasil kajian ini mencadangkan bahawa pihak insitusi pendidikan perlu menggalakkan aktiviti kokurikulum seperti pengucapan awam dan menyediakan kelas kemahiran komunikasi,kepimpinan dan kemahiran berkumpulan sebagai alternatif membantu belia meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal mereka.Artikel ini turut memaparkan konsep dan pengertian komunikasi secara umum dan krusus kepada komunikasi interpersonal, komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal).