{"title":"Penerimaan Guru Tadika Terhadap Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Di Kota Bharu, Kelantan","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.56","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Dasar berkenaan pendidikan inklusif menggalakkan penempatan kanak-kanak berkeperluan khas bersama rakan sebaya yang lain di peringkat tadika. Kejayaan pendidikan inklusif bergantung kepada penerimaan guru tadika bagi memudahkan suasana pembelajaran yang baik untuk semua kanak-kanak. Rasa diterima membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas merasakan diri mereka tidak berbeza dengan kanak-kanak lain. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penerimaan guru tadika daripada segi pengetahuan, sikap dan amalan mereka terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan kaedah kuantitatif. Teknik persampelan rawak mudah digunakan untuk mendapatkan 80 orang responden daripada populasi guru-guru tadika di sekitar daerah Kota Bharu, Kelantan. Instrumen kajian ini adalah diadaptasikan daripada kajian lepas. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan guru tadika terhadap kanak-kanak berkeperluan khas berada pada tahap sederhana tinggi. Ini menunjukkan pentingnya guru-guru tadika mengikuti latihan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas bagi meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan dalam perancangan pembelajaran yang lebih sesuai untuk semua murid, termasuklah mereka yang berkeperluan khas. Pelbagai pihak yang berkaitan boleh memberi sokongan dari aspek-aspek yang berbeza, seperti latihan, kemahiran, kemudahan asas, untuk membantu guru-guru tadika dalam pengajaran mereka, justeru meningkatkan tahap penerimaan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"4 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-04-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.56","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Dasar berkenaan pendidikan inklusif menggalakkan penempatan kanak-kanak berkeperluan khas bersama rakan sebaya yang lain di peringkat tadika. Kejayaan pendidikan inklusif bergantung kepada penerimaan guru tadika bagi memudahkan suasana pembelajaran yang baik untuk semua kanak-kanak. Rasa diterima membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas merasakan diri mereka tidak berbeza dengan kanak-kanak lain. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penerimaan guru tadika daripada segi pengetahuan, sikap dan amalan mereka terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan kaedah kuantitatif. Teknik persampelan rawak mudah digunakan untuk mendapatkan 80 orang responden daripada populasi guru-guru tadika di sekitar daerah Kota Bharu, Kelantan. Instrumen kajian ini adalah diadaptasikan daripada kajian lepas. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan guru tadika terhadap kanak-kanak berkeperluan khas berada pada tahap sederhana tinggi. Ini menunjukkan pentingnya guru-guru tadika mengikuti latihan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas bagi meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan dalam perancangan pembelajaran yang lebih sesuai untuk semua murid, termasuklah mereka yang berkeperluan khas. Pelbagai pihak yang berkaitan boleh memberi sokongan dari aspek-aspek yang berbeza, seperti latihan, kemahiran, kemudahan asas, untuk membantu guru-guru tadika dalam pengajaran mereka, justeru meningkatkan tahap penerimaan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.