{"title":"Pelaksanaan Penskoran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Melayu Sekolah Rendah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.37","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kajian dilaksanakan untuk mendalami proses pelaksanaan penskoran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Melayu sekolah rendah. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan perbezaan kaedah pelaksanaan penskoran Tahap Penguasaan (TP) murid bagi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan guru luar bandar dan pedalaman. Kajian ini merupakan kajian kes berbentuk kualitatif. Peserta kajian terdiri daripada 2 orang guru dari sekolah luar bandar dan pedalaman di daerah Beluran, Sabah. Kajian ini melibatkan kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual bagi pengumpulan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua peserta kajian melaksanakan penskoran PBD bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Melayu mengikut garis panduan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun begitu, terdapat perbezaan dari aspek pengetahuan, pemahaman dan pelaksanaan penskoran PBD bagi kedua-dua peserta kajian. Hal ini disebabkan kurangnya pengetahuan dan pemahaman peserta-peserta kajian dalam melaksanakan PBD terutamanya dari aspek Standard Prestasi (SPi) kemahiran mendengar dan bertutur yang merupakan indikator utama dalam menentukan TP murid-murid. Melalui kajian ini, diharapkan lebih banyak latihan dan kursus diberikan kepada guru-guru secara langsung mengenai penskoran PBD kemahiran mendengar dan bertutur bagi memastikan matlamat kurikulum pendidikan di Malaysia tercapai.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"21 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-03-31","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.37","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kajian dilaksanakan untuk mendalami proses pelaksanaan penskoran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Melayu sekolah rendah. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan perbezaan kaedah pelaksanaan penskoran Tahap Penguasaan (TP) murid bagi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan guru luar bandar dan pedalaman. Kajian ini merupakan kajian kes berbentuk kualitatif. Peserta kajian terdiri daripada 2 orang guru dari sekolah luar bandar dan pedalaman di daerah Beluran, Sabah. Kajian ini melibatkan kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual bagi pengumpulan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua peserta kajian melaksanakan penskoran PBD bagi kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Melayu mengikut garis panduan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun begitu, terdapat perbezaan dari aspek pengetahuan, pemahaman dan pelaksanaan penskoran PBD bagi kedua-dua peserta kajian. Hal ini disebabkan kurangnya pengetahuan dan pemahaman peserta-peserta kajian dalam melaksanakan PBD terutamanya dari aspek Standard Prestasi (SPi) kemahiran mendengar dan bertutur yang merupakan indikator utama dalam menentukan TP murid-murid. Melalui kajian ini, diharapkan lebih banyak latihan dan kursus diberikan kepada guru-guru secara langsung mengenai penskoran PBD kemahiran mendengar dan bertutur bagi memastikan matlamat kurikulum pendidikan di Malaysia tercapai.