{"title":"Kecerdasan Emosi Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran di Melaka","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.7","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Kecerdasan emosi adalah satu daripada elemen penting yang menjadi penentu kejayaan seseorang guru. Pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh guru pendidikan khas semasa membimbing dan mendidik murid berkeperluan khas yang terdiri daripada pelbagai kategori dan ianya dapat mempengaruhi emosi guru. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran peringkat sekolah rendah di Melaka berdasarkan demografi guru, iaitu jantina dan pengalaman mengajar. Pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan digunakan dalam pelaksanaan kajian ini. Penyelidikan ini menggunakan Teori Kecerdasan Emosi Golemen sebagai dasar. Sampel kajian adalah 250 orang guru PPKI Masalah Pembelajaran peringkat sekolah rendah di Melaka. Kaedah persampelan rawak mudah telah digunakan untuk memilih sampel kajian. Soal selidik yang diadaptasi daripada Instrumen Kecerdasan Emosi (EQ) yang dibina oleh Supardi et al. dengan nilai pekali Alpha Cronbach α = 0.94 digunakan untuk mengumpul data. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26 diaplikasikan untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi guru adalah tinggi. Analisis Ujian T mendapati tidak terdapat perbezaan antara kecerdasan emosi guru berdasarkan jantina. Analisis ANOVA sehala pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan pengalaman mengajar. Dapat disimpulkan bahawa kecerdasan emosi responden kajian tidak dipengaruhi oleh jantina dan pengalaman mengajar. Penambahbaikan yang boleh dibuat adalah mengambil kira demografi lain yang berkemungkinan mempunyai kesan terhadap kecerdasan emosi guru seperti status perkahwinan dan lokasi sekolah. Diharapkan dengan memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, guru berkemampuan melaksanakan tanggungjawab dengan baik dalam memastikan kemenjadian murid.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"49 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-03-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.7","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Kecerdasan emosi adalah satu daripada elemen penting yang menjadi penentu kejayaan seseorang guru. Pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh guru pendidikan khas semasa membimbing dan mendidik murid berkeperluan khas yang terdiri daripada pelbagai kategori dan ianya dapat mempengaruhi emosi guru. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran peringkat sekolah rendah di Melaka berdasarkan demografi guru, iaitu jantina dan pengalaman mengajar. Pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan digunakan dalam pelaksanaan kajian ini. Penyelidikan ini menggunakan Teori Kecerdasan Emosi Golemen sebagai dasar. Sampel kajian adalah 250 orang guru PPKI Masalah Pembelajaran peringkat sekolah rendah di Melaka. Kaedah persampelan rawak mudah telah digunakan untuk memilih sampel kajian. Soal selidik yang diadaptasi daripada Instrumen Kecerdasan Emosi (EQ) yang dibina oleh Supardi et al. dengan nilai pekali Alpha Cronbach α = 0.94 digunakan untuk mengumpul data. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26 diaplikasikan untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi guru adalah tinggi. Analisis Ujian T mendapati tidak terdapat perbezaan antara kecerdasan emosi guru berdasarkan jantina. Analisis ANOVA sehala pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan pengalaman mengajar. Dapat disimpulkan bahawa kecerdasan emosi responden kajian tidak dipengaruhi oleh jantina dan pengalaman mengajar. Penambahbaikan yang boleh dibuat adalah mengambil kira demografi lain yang berkemungkinan mempunyai kesan terhadap kecerdasan emosi guru seperti status perkahwinan dan lokasi sekolah. Diharapkan dengan memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, guru berkemampuan melaksanakan tanggungjawab dengan baik dalam memastikan kemenjadian murid.