{"title":"Perspektif Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Inklusif Di Sekolah Rendah Bahagian Bintulu, Sarawak","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.63","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Antara faktor penentu kejayaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah perspektif positif terhadap pelaksanaan program ini di sekolah. Kajian ini adalah mengenai perspektif ibu bapa dari aspek pengetahuan terhadap pendidikan inklusif secara am, di mana perspektif ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya dan anak tipikal menjadi fokus utama. Kajian ini merupakan sebuah tinjauan kuantitatif melalui keratan rentas yang melibatkan seramai 100 orang ibu bapa dalam daerah Bintulu, Sarawak. Mereka terdiri daripada 50 orang ibu bapa kepada murid berkeperluan pendidikan khas dan 50 orang ibu bapa murid tipikal yang dipilih secara persampelan rawak mudah untuk menjawab edaran soal selidik secara hibrid iaitu dalam bentuk Google Form dan secara bertulis. Maklum balas responden dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk menghasilkan data deskriptif merangkumi kekerapan, peratusan, dan min. Dapatan kajian menunjukkan min pengetahuan umum (min = 2.55) dan pengetahuan impak (min = 2.68) ibu bapa terhadap program pendidikan inklusif adalah sederhana. Kesimpulannya, ibu bapa harus memerlukan bimbingan daripada pelbagai pihak berkepentingan agar maklumat yang komprehensif boleh membantu mereka memahami implikasi tindakan mereka.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"10 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-04-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.63","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Antara faktor penentu kejayaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah perspektif positif terhadap pelaksanaan program ini di sekolah. Kajian ini adalah mengenai perspektif ibu bapa dari aspek pengetahuan terhadap pendidikan inklusif secara am, di mana perspektif ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya dan anak tipikal menjadi fokus utama. Kajian ini merupakan sebuah tinjauan kuantitatif melalui keratan rentas yang melibatkan seramai 100 orang ibu bapa dalam daerah Bintulu, Sarawak. Mereka terdiri daripada 50 orang ibu bapa kepada murid berkeperluan pendidikan khas dan 50 orang ibu bapa murid tipikal yang dipilih secara persampelan rawak mudah untuk menjawab edaran soal selidik secara hibrid iaitu dalam bentuk Google Form dan secara bertulis. Maklum balas responden dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk menghasilkan data deskriptif merangkumi kekerapan, peratusan, dan min. Dapatan kajian menunjukkan min pengetahuan umum (min = 2.55) dan pengetahuan impak (min = 2.68) ibu bapa terhadap program pendidikan inklusif adalah sederhana. Kesimpulannya, ibu bapa harus memerlukan bimbingan daripada pelbagai pihak berkepentingan agar maklumat yang komprehensif boleh membantu mereka memahami implikasi tindakan mereka.