{"title":"Pembelajaran Terbeza Dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Sekolah Rendah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.17","DOIUrl":null,"url":null,"abstract":"Dalam mendepani arus teknologi dan komunikasi, dunia pendidikan yang dinamik menuntut perubahan pendekatan pengajaran seperti pembelajaran terbeza. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah. Selain itu, matlamat kajian ini juga untuk mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan dan pelaksanaan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar.Seramai 172 orang guru bahasa Melayu di zon Bintulu yang melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu dan Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh telah menjadi responden kajian. Satu kajian rintis telah dilaksanakan terhadap 30 orang guru Bahasa Melayu yang tidak terlibat dalam kajian sebenar bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan 20 item soal selidik menunjukkan nilai yang tinggi, iaitu alpha Cronbach = 0.856. Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25.0 digunakan bagi menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru mempunyai min yang tinggi manakala analisis ujian t dan ANOVA sehala memaparkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru bagi aspek jantina dan pengalaman mengajar. Implikasi kajian ini agar dapat memberi manfaat kepada guru bahasa Melayu untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran kemahiran membaca yang lebih efektif dan merapatkan jurang pencapaian murid di bandar mahupun luar bandar.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"66 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0000,"publicationDate":"2023-03-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":"0","resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":null,"PeriodicalName":"Jurnal Dunia Pendidikan","FirstCategoryId":"1085","ListUrlMain":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.17","RegionNum":0,"RegionCategory":null,"ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":null,"EPubDate":"","PubModel":"","JCR":"","JCRName":"","Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
Abstract
Dalam mendepani arus teknologi dan komunikasi, dunia pendidikan yang dinamik menuntut perubahan pendekatan pengajaran seperti pembelajaran terbeza. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah. Selain itu, matlamat kajian ini juga untuk mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan dan pelaksanaan guru bahasa Melayu terhadap pembelajaran terbeza dalam pengajaran kemahiran membaca sekolah rendah berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar.Seramai 172 orang guru bahasa Melayu di zon Bintulu yang melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu dan Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh telah menjadi responden kajian. Satu kajian rintis telah dilaksanakan terhadap 30 orang guru Bahasa Melayu yang tidak terlibat dalam kajian sebenar bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan 20 item soal selidik menunjukkan nilai yang tinggi, iaitu alpha Cronbach = 0.856. Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25.0 digunakan bagi menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru mempunyai min yang tinggi manakala analisis ujian t dan ANOVA sehala memaparkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan guru bagi aspek jantina dan pengalaman mengajar. Implikasi kajian ini agar dapat memberi manfaat kepada guru bahasa Melayu untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran kemahiran membaca yang lebih efektif dan merapatkan jurang pencapaian murid di bandar mahupun luar bandar.