Pub Date : 2022-06-30DOI: 10.55057/jdpg.2022.4.2.3
Fenomena baharu akibat pandemik COVID-19 menyebabkan penggunaan meluas teknologi digital dan internet untuk membolehkan lebih banyak organisasi terlibat dalam pengaturan kerja yang lebih fleksibel, dengan majoriti daripada mereka bekerja dari rumah (BDR). Kajian ini bertujuan mengkaji Tekanan Teknologi dan BDR serta memberi impak terhadap anjakan norma baru terhadap budaya organisasi semasa krisis pandemik ini. Lima puluh pekerja dari Malaysia Barat (Borneo) telah mengambil bahagian dalam suatu temubual berstruktur dan penemuan kajian menunjukkan bahawa tekanan teknologi dan BDR merupakan norma baru melaksanakan tugasan kerja harian. Walaupun BDR mungkin menjadi suatu penyelesaikan kepada isu kelangsungan perniagaan, kaedah ini masih mempunyai kelemahan yang boleh menpengaruhi prodiktiviti dan kesejahteraan pekerja. Perkara-perkara yang paling dikhuatiri oleh kajian ini ialah kebimbangan kerja yang berteraskan misi (fokus kepada penyelesaian kerja dan pencapaian sasaran prestasi) dan tiada sempadan masa antara kerja dan kehidupan serta beban kerja yang bertimbun semasa BDR. BDR dan tekanan teknologi dikaitkan dengan peningkatan kemurungan dan kebimbangan yang disebabkan oleh pandemik ini. Walaupun BDR boleh menyelesaikan isu kelangsungan perniagaan, kesannya adalah impak negatif terhadap pekerja dan kesejahteraan mereka.
{"title":"Tekanan Teknologi Semasa Pandemik Covid-19 Terhadap Norma Baru Bekerja Dari Rumah","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.2.3","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.2.3","url":null,"abstract":"Fenomena baharu akibat pandemik COVID-19 menyebabkan penggunaan meluas teknologi digital dan internet untuk membolehkan lebih banyak organisasi terlibat dalam pengaturan kerja yang lebih fleksibel, dengan majoriti daripada mereka bekerja dari rumah (BDR). Kajian ini bertujuan mengkaji Tekanan Teknologi dan BDR serta memberi impak terhadap anjakan norma baru terhadap budaya organisasi semasa krisis pandemik ini. Lima puluh pekerja dari Malaysia Barat (Borneo) telah mengambil bahagian dalam suatu temubual berstruktur dan penemuan kajian menunjukkan bahawa tekanan teknologi dan BDR merupakan norma baru melaksanakan tugasan kerja harian. Walaupun BDR mungkin menjadi suatu penyelesaikan kepada isu kelangsungan perniagaan, kaedah ini masih mempunyai kelemahan yang boleh menpengaruhi prodiktiviti dan kesejahteraan pekerja. Perkara-perkara yang paling dikhuatiri oleh kajian ini ialah kebimbangan kerja yang berteraskan misi (fokus kepada penyelesaian kerja dan pencapaian sasaran prestasi) dan tiada sempadan masa antara kerja dan kehidupan serta beban kerja yang bertimbun semasa BDR. BDR dan tekanan teknologi dikaitkan dengan peningkatan kemurungan dan kebimbangan yang disebabkan oleh pandemik ini. Walaupun BDR boleh menyelesaikan isu kelangsungan perniagaan, kesannya adalah impak negatif terhadap pekerja dan kesejahteraan mereka.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"18 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-06-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"114300335","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2022-06-01DOI: 10.55057/jdpg.2022.4.2.1
Dinamika politik di Malaysia sudah pun wujud sebelum kemerdekaan lagi. Perubahan politik di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan boleh dilihat dengan melihat kepada tindakan dan partisipasi rakyat menetang penjajahan. Kajian ini menelusuri dinamika perubahan budaya dan pembangunan politik di Malaysia. Kajian ini meneliti dinamika politik Malaysia dan melihat kepada perubahan yang wujud serta juga faktor yang menyebabkan perubahan ini berlaku. Perubahan budaya politik di Malaysia boleh dijelaskan selari dengan perkembangan semasa. Perubahan yang ketara berlaku selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 yang mana politik demokrasi mencorak politik Malaysia pasca-Kemerdekaan. Selain itu, corak pemerintahan juga mengalami perubahan dengan lahir system kerajaan yang dilpilih oleh rakyat disamping mengekalkan insitusi beraja di Malaysia. Selepas lebih daripada 60 tahun merdeka, Malaysia mengalami beberapa fasa perubahan dinamika budaya politik yang mana ianya memberikan kesan secara langsung kepada rakyat di negara ini. Perubahan politik yang berlaku jika dilihat bukan sahaja terjadi di Malaysia, bahkan ianya menjadi fenomena dunia terutama kesan daripada pendemokrasian yang berlaku di negara-negara eropah dan juga negara-negara lain.
{"title":"Dinamika Perubahan Budaya dan Pembangunan Politik di Malaysia: Satu Analysis Kritikal","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.2.1","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.2.1","url":null,"abstract":"Dinamika politik di Malaysia sudah pun wujud sebelum kemerdekaan lagi. Perubahan politik di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan boleh dilihat dengan melihat kepada tindakan dan partisipasi rakyat menetang penjajahan. Kajian ini menelusuri dinamika perubahan budaya dan pembangunan politik di Malaysia. Kajian ini meneliti dinamika politik Malaysia dan melihat kepada perubahan yang wujud serta juga faktor yang menyebabkan perubahan ini berlaku. Perubahan budaya politik di Malaysia boleh dijelaskan selari dengan perkembangan semasa. Perubahan yang ketara berlaku selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 yang mana politik demokrasi mencorak politik Malaysia pasca-Kemerdekaan. Selain itu, corak pemerintahan juga mengalami perubahan dengan lahir system kerajaan yang dilpilih oleh rakyat disamping mengekalkan insitusi beraja di Malaysia. Selepas lebih daripada 60 tahun merdeka, Malaysia mengalami beberapa fasa perubahan dinamika budaya politik yang mana ianya memberikan kesan secara langsung kepada rakyat di negara ini. Perubahan politik yang berlaku jika dilihat bukan sahaja terjadi di Malaysia, bahkan ianya menjadi fenomena dunia terutama kesan daripada pendemokrasian yang berlaku di negara-negara eropah dan juga negara-negara lain.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-06-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"126452115","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2022-06-01DOI: 10.55057/jdpg.2022.4.2.2
Sejarah keagungan kerajaan Melayu Kedah Tua sarat dengan misteri dan masih banyak yang belum terungkai. Bukti-bukti teks Melayu lama antaranya seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Tarikh Negeri Kedah, Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Tarikh Fathani banyak menceritakan perihal Kedah Tua. Bukti-bukti tersebut saling dirujuk silang dengan pelbagai catatan dari luar negara yang jelas menunjukkan keagungan tamadun Kedah Tua. Antaranya mengenai kehidupan sosio budaya masyarakat, corak pemerintahan para Raja serta perhubungan diplomatik antara tamadun Kedah Tua dengan tamadun-tamadun dunia sepanjang abad ke 6 hingga ke 11 yang selari dengan tamadun dunia ketika itu seperti Parsi, Arab, China, India, Siam dan lain-lain kerajaan Melayu di nusantara seperti Sriwijaya dan Dharmasraya. Setiap penceritaan dalam teks-teks klasik dan bukti-bukti arkeologi mempunyai petunjuk tertentu dan perlu terus dikaji agar dapat merungkai perkara-perkara yang dianggap misteri dan mitos seterusnya dapat mengungkap kehebatan tamadun Kedah dan negara kita.
{"title":"Pengkisahan Raja-Raja Kedah Tua Berdasarkan Bukti Dokumentasi dan Arkeologi (630 hingga 1136 masihi)","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.2.2","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.2.2","url":null,"abstract":"Sejarah keagungan kerajaan Melayu Kedah Tua sarat dengan misteri dan masih banyak yang belum terungkai. Bukti-bukti teks Melayu lama antaranya seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Tarikh Negeri Kedah, Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Tarikh Fathani banyak menceritakan perihal Kedah Tua. Bukti-bukti tersebut saling dirujuk silang dengan pelbagai catatan dari luar negara yang jelas menunjukkan keagungan tamadun Kedah Tua. Antaranya mengenai kehidupan sosio budaya masyarakat, corak pemerintahan para Raja serta perhubungan diplomatik antara tamadun Kedah Tua dengan tamadun-tamadun dunia sepanjang abad ke 6 hingga ke 11 yang selari dengan tamadun dunia ketika itu seperti Parsi, Arab, China, India, Siam dan lain-lain kerajaan Melayu di nusantara seperti Sriwijaya dan Dharmasraya. Setiap penceritaan dalam teks-teks klasik dan bukti-bukti arkeologi mempunyai petunjuk tertentu dan perlu terus dikaji agar dapat merungkai perkara-perkara yang dianggap misteri dan mitos seterusnya dapat mengungkap kehebatan tamadun Kedah dan negara kita.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"4 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-06-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"117036952","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2022-05-01DOI: 10.55057/jdpg.2022.4.1.10
Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan perkaitan antara konflik kerjakeluarga dan sokongan sosial keluarga dengan depresi dalam kalangan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah di Selangor. Seramai 336 anggota polis yang bekerja di Jabatan Jenayah telah dipilih sebagai responden kajian ini. Borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden telah digunakan untuk mengumpul data. Skala Work-Family Conflict Scale dan Family-Work Conflict Scale oleh Netemeyer, Boles & McMurrian (1996) digunakan untuk mengukur tahap konflik kerja-keluarga. Sokongan sosial keluarga (emosi dan instrumental) pula telah diukur dengan menggunakan Family Support Inventory for Workers oleh King, Mattimore, King & Adams (1995). Tahap depresi diukur dengan menggunakan skala Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21) oleh Lovibond & Lovibond (1995). Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara konflik kerja-keluarga, sokongan emosi dan sokongan instrumental dengan depresi responden. Kajian ini juga mendapati sokongan instrumental merupakan faktor peramal yang paling mempengaruhi depresi responden. Kajian ini menyimpulkan bahawa sokongan sosial keluarga dan persekitaran kerja-keluarga perlu diberi penekanan dalam sebarang program intervensi depresi anggota polis.
{"title":"Konflik Kerja-Keluarga, Sokongan Sosial Keluarga Dengan Depresi Dalam Kalangan Anggota Polis Di Jabatan Siasatan Jenayah Di Selangor","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.1.10","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.1.10","url":null,"abstract":"Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan perkaitan antara konflik kerjakeluarga dan sokongan sosial keluarga dengan depresi dalam kalangan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah di Selangor. Seramai 336 anggota polis yang bekerja di Jabatan Jenayah telah dipilih sebagai responden kajian ini. Borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden telah digunakan untuk mengumpul data. Skala Work-Family Conflict Scale dan Family-Work Conflict Scale oleh Netemeyer, Boles & McMurrian (1996) digunakan untuk mengukur tahap konflik kerja-keluarga. Sokongan sosial keluarga (emosi dan instrumental) pula telah diukur dengan menggunakan Family Support Inventory for Workers oleh King, Mattimore, King & Adams (1995). Tahap depresi diukur dengan menggunakan skala Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21) oleh Lovibond & Lovibond (1995). Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan antara konflik kerja-keluarga, sokongan emosi dan sokongan instrumental dengan depresi responden. Kajian ini juga mendapati sokongan instrumental merupakan faktor peramal yang paling mempengaruhi depresi responden. Kajian ini menyimpulkan bahawa sokongan sosial keluarga dan persekitaran kerja-keluarga perlu diberi penekanan dalam sebarang program intervensi depresi anggota polis.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"27 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-05-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"121810674","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2022-05-01DOI: 10.55057/jdpg.2022.4.1.7
Komunikasi merupakan interaksi untuk menyampaikan maklumat. Komunikasi diperlukan dalam organisasi sebagai satu medium menyampaikan maklumat dan menerima maklumat agar pengurusan organisasi menjadi lancar. Islam menekankan bahawa bentuk komunikasi dalam kehidupan sosial manusia dapat mewarnai proses komunikasi sehingga melahirkan suasana kedamaian dan tidak kepada permusuhan. Komunikasi boleh berlaku dalam tiga dimensi iaitu komunikasi menegak, komunikasi mendatar dan komunikasi ke bawah. Ketiga-tiga dimensi komunikasi ini memberi impak terhadap keharmonian organisasi bergantung kepada bentuk lakuan bahasa yang diujarkan. Lakuan bahasa merupakan satu aksi sosial yang menunjukkan niat ujaran penutur dalam komunikasi. Kertas konsep ini meninjau impak lakuan bahasa dalam komunikasi sesuatu organisasi. Lakuan bahasa yang harmoni dalam komunikasi dapat mengekalkan suasana damai dan kesejahteraan emosi warga kerja dalam sesebuah organisasi.
{"title":"Impak Lakuan Bahasa Dalam Komunikasi Organisasi: Satu Tinjauan","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.1.7","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.1.7","url":null,"abstract":"Komunikasi merupakan interaksi untuk menyampaikan maklumat. Komunikasi diperlukan dalam organisasi sebagai satu medium menyampaikan maklumat dan menerima maklumat agar pengurusan organisasi menjadi lancar. Islam menekankan bahawa bentuk komunikasi dalam kehidupan sosial manusia dapat mewarnai proses komunikasi sehingga melahirkan suasana kedamaian dan tidak kepada permusuhan. Komunikasi boleh berlaku dalam tiga dimensi iaitu komunikasi menegak, komunikasi mendatar dan komunikasi ke bawah. Ketiga-tiga dimensi komunikasi ini memberi impak terhadap keharmonian organisasi bergantung kepada bentuk lakuan bahasa yang diujarkan. Lakuan bahasa merupakan satu aksi sosial yang menunjukkan niat ujaran penutur dalam komunikasi. Kertas konsep ini meninjau impak lakuan bahasa dalam komunikasi sesuatu organisasi. Lakuan bahasa yang harmoni dalam komunikasi dapat mengekalkan suasana damai dan kesejahteraan emosi warga kerja dalam sesebuah organisasi.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"109 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-05-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"124240846","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2022-05-01DOI: 10.55057/jdpg.2022.4.1.9
Pengeluaran minyak sawit mentah akan dimurnikan menjadi minyak sawit RBD (refined, bleached, and deodorized), kemudian diproses menjadi minyak sawit RBD stearin dan RBD olein atau minyak masak sawit. Apabila harga minyak sawit mentah meningkat, harga minyak sawit RBD olein turut meningkat. Ini menyebabkan kerajaan menurunkan 30 peratus subsidi pengeluaran minyak masak sawit dalam pasaran bagi mengelakkan ketirisan di dalam industri. Faktor terbesar pasaran domestik adalah harga sawit mentah dan RBD olein di pasaran dunia, di mana pada tahun 2021 harga purata tahunan meningkat sebanyak 67 peratus berbanding harga purata pada tahun 2016, menyebabkan peningkatan kos input pengeluaran. Objektif utama kajian adalah untuk menganalisis implikasi perubahan harga minyak masak sawit terhadap kos input pengeluaran sektor utama di Malaysia menggunakan jadual input-output Malaysia tahun 2015. Oleh itu, kenaikan harga minyak masak sawit mempengaruhi peningkatan perbelanjaan dalam sektor pengeluaran di sektor 21, iaitu pembuatan minyak dan lemak sayuran dan haiwan. Secara spesifikasi, sektor 21 melibatkan pembuatan minyak sawit mentah, minyak kelapa sawit, minyak isirung sawit, minyak sayuran mentah dan halus, minyak kelapa, lemak memasak sebatian, serta minyak dan lemak haiwan yang dikaitkan dengan kenaikan harga terhadap pengeluaran sektor lain. Melalui analisis input-output, model harga digunakan ke atas kesemua 124 sektor di Malaysia. Pengasingan agregat dibuat dengan mengkhususkan 2 sektor utama iaitu pembuatan dan perkhidmatan dengan pengasingan agregat melibatkan 23 sektor pengeluaran iaitu 16 sektor pembuatan yang melibatkan 74 subsektor dan 7 sektor perkhidmatan melibatkan 26 subsektor. Secara keseluruhan, kenaikan dalam semua sektor ialah 9.2 peratus dalam harga domestik, dan kenaikan sektor tertinggi ialah 5.3 peratus dalam 11 sektor utama.
{"title":"Kesan Kos Input Pengeluaran Terhadap Perubahan Harga Minyak Masak Sawit di Malaysia","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.1.9","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.1.9","url":null,"abstract":"Pengeluaran minyak sawit mentah akan dimurnikan menjadi minyak sawit RBD (refined, bleached, and deodorized), kemudian diproses menjadi minyak sawit RBD stearin dan RBD olein atau minyak masak sawit. Apabila harga minyak sawit mentah meningkat, harga minyak sawit RBD olein turut meningkat. Ini menyebabkan kerajaan menurunkan 30 peratus subsidi pengeluaran minyak masak sawit dalam pasaran bagi mengelakkan ketirisan di dalam industri. Faktor terbesar pasaran domestik adalah harga sawit mentah dan RBD olein di pasaran dunia, di mana pada tahun 2021 harga purata tahunan meningkat sebanyak 67 peratus berbanding harga purata pada tahun 2016, menyebabkan peningkatan kos input pengeluaran. Objektif utama kajian adalah untuk menganalisis implikasi perubahan harga minyak masak sawit terhadap kos input pengeluaran sektor utama di Malaysia menggunakan jadual input-output Malaysia tahun 2015. Oleh itu, kenaikan harga minyak masak sawit mempengaruhi peningkatan perbelanjaan dalam sektor pengeluaran di sektor 21, iaitu pembuatan minyak dan lemak sayuran dan haiwan. Secara spesifikasi, sektor 21 melibatkan pembuatan minyak sawit mentah, minyak kelapa sawit, minyak isirung sawit, minyak sayuran mentah dan halus, minyak kelapa, lemak memasak sebatian, serta minyak dan lemak haiwan yang dikaitkan dengan kenaikan harga terhadap pengeluaran sektor lain. Melalui analisis input-output, model harga digunakan ke atas kesemua 124 sektor di Malaysia. Pengasingan agregat dibuat dengan mengkhususkan 2 sektor utama iaitu pembuatan dan perkhidmatan dengan pengasingan agregat melibatkan 23 sektor pengeluaran iaitu 16 sektor pembuatan yang melibatkan 74 subsektor dan 7 sektor perkhidmatan melibatkan 26 subsektor. Secara keseluruhan, kenaikan dalam semua sektor ialah 9.2 peratus dalam harga domestik, dan kenaikan sektor tertinggi ialah 5.3 peratus dalam 11 sektor utama.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"36 4","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-05-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"114094314","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2022-05-01DOI: 10.55057/jdpg.2022.4.1.11
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap tekanan dengan prestasi kerja dalam kalangan pendidik di Politeknik Malaysia semasa pandemik Covid 19. Skop kajian melibatkan 196 orang responden pensyarah daripada pelbagai jabatan daripada beberapa Politeknik di Malaysia. Kajian adalah berbentuk kuantitatif di mana data diperolehi melalui pengedaran borang soal selidik kepada responden dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 19.0. Data di analisis menggunakan peratusan, skor min, ujian t, dan korelasi pearson. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap tekanan di kalangan tenaga pengajar Politeknik berada di tahap sederhana dengan nilai skor min 2.64 manakala tahap prestasi kalangan tenaga pengajar pula hanya pada tahap tinggi dengan nilai skor min 3.96. Ujian T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap tekanan mengikut jantina (lelaki/perempuan) dengan nilai p > 0.05. Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan negatif yang rendah terhadap tekanan dan prestasi kerja.
{"title":"Tekanan Dan Prestasi Kerja Semasa Pandemik Covid 19: Satu Kajian Kes Di Politeknik Malaysia","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.1.11","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.1.11","url":null,"abstract":"Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap tekanan dengan prestasi kerja dalam kalangan pendidik di Politeknik Malaysia semasa pandemik Covid 19. Skop kajian melibatkan 196 orang responden pensyarah daripada pelbagai jabatan daripada beberapa Politeknik di Malaysia. Kajian adalah berbentuk kuantitatif di mana data diperolehi melalui pengedaran borang soal selidik kepada responden dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 19.0. Data di analisis menggunakan peratusan, skor min, ujian t, dan korelasi pearson. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap tekanan di kalangan tenaga pengajar Politeknik berada di tahap sederhana dengan nilai skor min 2.64 manakala tahap prestasi kalangan tenaga pengajar pula hanya pada tahap tinggi dengan nilai skor min 3.96. Ujian T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap tekanan mengikut jantina (lelaki/perempuan) dengan nilai p > 0.05. Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan negatif yang rendah terhadap tekanan dan prestasi kerja.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-05-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"134158941","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2022-05-01DOI: 10.55057/jdpg.2022.4.1.8
Isu tanah terbiar terutamanya kategori pertanian memberi impak kepada kapasiti pengeluaran bahan makanan serta penggunaan tanah yang terbaik. Kerajaan Malaysia lazimnya menggunakan kaedah diplomasi untuk menangani isu tanah terbiar melalui penyediaan bantuan modal, infrastruktur dan input tanaman bagi mendorong pemilik tanah membangunkan tanah milik mereka yang terbiar. Namun, penelitian praktis di peringkat antarabangsa mendapati terdapat beberapa negara yang telah mengambil pendekatan bersifat desakan iaitu melalui pengenaan cukai tanah terbiar. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kaedah pelaksanaan cukai tanah terbiar yang telah dilaksanakan oleh sembilan negara. Bagi mengetahui elemen utama berkaitan pelaksanaan cukai tanah terbiar, data sekunder dianalisis menggunakan analisis tematik dan analisis perbandingan. Lima elemen asas telah dikenal pasti dalam kajian ini sebagai elemen yang penting dalam pelaksanaan cukai tanah terbiar. Berdasarkan penemuan ini, Malaysia mempunyai pilihan baru untuk penguatkuasaan tanah terbiar yang mungkin boleh dipertimbangkan di masa akan datang apabila pendekatan diplomasi tidak lagi memberi kesan dalam usaha Malaysia menangani isu tanah pertanian terbiar.
农业类别中的 "土地"(tanah terbiar terutamanya)问题影响到粮食生产能力以及土地的最佳利用。马来西亚王国通常采用外交手段来解决土地退化问题,通过提供资金援助、基础设施和作物投入来鼓励土地所有者开发土地。然而,国际层面的实际研究发现,有几个国家采取了紧急措施,即征收土地税。因此,本研究旨在考察九个国家实施土地消费税的方法。为了找出与征收土地税相关的主要因素,我们采用了专题分析和比较分析的方法对二手数据进行了分析。本研究将五个基本要素确定为实施土地税的重要因素。根据这些研究结果,如果外交途径不再对马来西亚处理农业用地 terbiar 问题的努力产生影响,马来西亚在执行 cukai tanah terbiar 方面有了一个新的选择,将来可以考虑采用。
{"title":"Kaedah Pelaksanaan Cukai Tanah Terbiar Bagi Merancakkan Pembangunan Tanah Terbiar","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.1.8","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.1.8","url":null,"abstract":"Isu tanah terbiar terutamanya kategori pertanian memberi impak kepada kapasiti pengeluaran bahan makanan serta penggunaan tanah yang terbaik. Kerajaan Malaysia lazimnya menggunakan kaedah diplomasi untuk menangani isu tanah terbiar melalui penyediaan bantuan modal, infrastruktur dan input tanaman bagi mendorong pemilik tanah membangunkan tanah milik mereka yang terbiar. Namun, penelitian praktis di peringkat antarabangsa mendapati terdapat beberapa negara yang telah mengambil pendekatan bersifat desakan iaitu melalui pengenaan cukai tanah terbiar. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kaedah pelaksanaan cukai tanah terbiar yang telah dilaksanakan oleh sembilan negara. Bagi mengetahui elemen utama berkaitan pelaksanaan cukai tanah terbiar, data sekunder dianalisis menggunakan analisis tematik dan analisis perbandingan. Lima elemen asas telah dikenal pasti dalam kajian ini sebagai elemen yang penting dalam pelaksanaan cukai tanah terbiar. Berdasarkan penemuan ini, Malaysia mempunyai pilihan baru untuk penguatkuasaan tanah terbiar yang mungkin boleh dipertimbangkan di masa akan datang apabila pendekatan diplomasi tidak lagi memberi kesan dalam usaha Malaysia menangani isu tanah pertanian terbiar.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"238 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-05-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"131587797","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2022-04-01DOI: 10.55057/jdpg.2022.4.1.6
Antara tahun 2013-2017, terdapat sebanyak 1,218 kes gangguan seksual di Malaysia yang melibatkan 961 mangsa wanita dan 257 mangsa lelaki. Dari jumlah ini, 1,187 kes sedang disiasat manakala 31 kes telah dituduh. Agak sukar untuk menentukan jumlah sebenar kes gangguan seksual kerana ramai mangsa yang tidak melaporkannya. Ada kajian yang mengatakan 80 peratus wanita tidak melaporkan kes gangguan seksual yang berlaku ke atas mereka. Menurut statistik UN Women, satu daripada tiga wanita pernah mengalami gangguan seksual sekali dalam seumur hidupnya. Rasa malu dan takutkan stigma masyarakat adalah dua punca utama mengapa mangsa tidak melaporkan kes gangguan seksual yang dialami. Di tempat kerja pula, kes-kes seumpama ini tidak dilaporkan kerana mangsa takutkan akibatnya seperti tidak mendapat kenaikan pangkat atau mangsa percaya bahawa perkara itu tidak akan ke mana sekiranya dilaporkan sekalipun, malah sebaliknya mangsa mungkin akan kehilangan pekerjaan kerana melaporkan kejadian tersebut. Pertimbangan untuk melapor atau tidak melaporkan kes gangguan seksual ini akan menjadi lebih sukar jika pelakunya adalah ketua mangsa di pejabat. Dalam situasi seperti ini, menghindari gangguan seksual adalah jauh lebih baik daripada menanganinya. Makalah ini akan melihat garis panduan Islam dalam menghindari gangguan seksual, khususnya di tempat kerja. Untuk itu, saranan-saranan daripada al-Qur’an dan hadith mengenai perkara ini akan dianalisa untuk mengenalpasti garis panduan tersebut. Kajian ini mendapati bahawa Islam memiliki etika pergaulan antara lelaki dan perempuannya yang tersendiri, yang jika diamalkan, mampu menghindari gangguan seksual.
{"title":"Garis Panduan Islam Dalam Menghindari Gangguan Seksual Di Tempat Kerja","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.1.6","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.1.6","url":null,"abstract":"Antara tahun 2013-2017, terdapat sebanyak 1,218 kes gangguan seksual di Malaysia yang melibatkan 961 mangsa wanita dan 257 mangsa lelaki. Dari jumlah ini, 1,187 kes sedang disiasat manakala 31 kes telah dituduh. Agak sukar untuk menentukan jumlah sebenar kes gangguan seksual kerana ramai mangsa yang tidak melaporkannya. Ada kajian yang mengatakan 80 peratus wanita tidak melaporkan kes gangguan seksual yang berlaku ke atas mereka. Menurut statistik UN Women, satu daripada tiga wanita pernah mengalami gangguan seksual sekali dalam seumur hidupnya. Rasa malu dan takutkan stigma masyarakat adalah dua punca utama mengapa mangsa tidak melaporkan kes gangguan seksual yang dialami. Di tempat kerja pula, kes-kes seumpama ini tidak dilaporkan kerana mangsa takutkan akibatnya seperti tidak mendapat kenaikan pangkat atau mangsa percaya bahawa perkara itu tidak akan ke mana sekiranya dilaporkan sekalipun, malah sebaliknya mangsa mungkin akan kehilangan pekerjaan kerana melaporkan kejadian tersebut. Pertimbangan untuk melapor atau tidak melaporkan kes gangguan seksual ini akan menjadi lebih sukar jika pelakunya adalah ketua mangsa di pejabat. Dalam situasi seperti ini, menghindari gangguan seksual adalah jauh lebih baik daripada menanganinya. Makalah ini akan melihat garis panduan Islam dalam menghindari gangguan seksual, khususnya di tempat kerja. Untuk itu, saranan-saranan daripada al-Qur’an dan hadith mengenai perkara ini akan dianalisa untuk mengenalpasti garis panduan tersebut. Kajian ini mendapati bahawa Islam memiliki etika pergaulan antara lelaki dan perempuannya yang tersendiri, yang jika diamalkan, mampu menghindari gangguan seksual.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"127 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-04-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"121313391","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2022-03-01DOI: 10.55057/jdpg.2022.4.1.1
Etika dan isu perundangan penjawat awam merupakan salah satu cabang perbincangan akademik yang khusus bagi pengurusan tanggungjawab profesional dalam kalangan penjawat awam di Malaysia. Etika dan isu perundangan ini lebih menjurus ke arah pembentukan prinsip-prinsip yang menentukan tingkah laku beretika serta amalan terbaik demi kemenjadian seorang penjawat awam. Kajian ini dijalankan bagi memperincikan dapatan temubual dan kajian keperpustakaan berhubung etika dan isu perundangan pegawai Bomba serta berpandukan kepada analisa undang-undang terhadap akta-akta, peraturan-peraturan dan kes undang-undang yang terpakai dalam Perkhidmatan Awam. Sumber utama kajian ini ialah seorang pegawai Bomba (Pegawai Penolong Pesuruhjaya Bomba: Ketua Cawangan Keselamatan, Piawaian dan Latihan) yang sudah disahkan jawatan dan bertugas di Bahagian Udara, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa masih terdapat banyak perkara yang perlu diberikan perhatian terhadap kajian-kajian berkaitan isu utama etika dan perundangan pegawai bomba. Kesimpulannya, kajian-kajian seterusnya berkaitan etika dan isu perundangan pegawai bomba perlu dijalankan bagi memenuhi agenda perubahan dalam dunia perkhidmatan awam. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan bagi pengkaji akan datang bagi melakukan kajian lanjutan.
{"title":"Amalan Etika Dan Isu Perundangan Dalam Kalangan Pegawai Bomba Di Malaysia","authors":"","doi":"10.55057/jdpg.2022.4.1.1","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.1.1","url":null,"abstract":"Etika dan isu perundangan penjawat awam merupakan salah satu cabang perbincangan akademik yang khusus bagi pengurusan tanggungjawab profesional dalam kalangan penjawat awam di Malaysia. Etika dan isu perundangan ini lebih menjurus ke arah pembentukan prinsip-prinsip yang menentukan tingkah laku beretika serta amalan terbaik demi kemenjadian seorang penjawat awam. Kajian ini dijalankan bagi memperincikan dapatan temubual dan kajian keperpustakaan berhubung etika dan isu perundangan pegawai Bomba serta berpandukan kepada analisa undang-undang terhadap akta-akta, peraturan-peraturan dan kes undang-undang yang terpakai dalam Perkhidmatan Awam. Sumber utama kajian ini ialah seorang pegawai Bomba (Pegawai Penolong Pesuruhjaya Bomba: Ketua Cawangan Keselamatan, Piawaian dan Latihan) yang sudah disahkan jawatan dan bertugas di Bahagian Udara, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa masih terdapat banyak perkara yang perlu diberikan perhatian terhadap kajian-kajian berkaitan isu utama etika dan perundangan pegawai bomba. Kesimpulannya, kajian-kajian seterusnya berkaitan etika dan isu perundangan pegawai bomba perlu dijalankan bagi memenuhi agenda perubahan dalam dunia perkhidmatan awam. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan bagi pengkaji akan datang bagi melakukan kajian lanjutan.","PeriodicalId":326535,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pengurusan","volume":"50 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-03-01","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"123037444","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}