首页 > 最新文献

Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)最新文献

英文 中文
IDEA THE GRAND DESIGN DAN SUPER FEDERATION DALAM PEMBENTUKAN THE GREATER MALAYSIA 大马来西亚超级联盟的宏伟设计
Pub Date : 2022-12-22 DOI: 10.51200/jba.v7i1.4125
Allan Leonard Kho
Artikel ini membincangkan idea asas pembentukan The Greater Malaysia sebelum penubuhannya pada 16 September 1963. Dasar dekolonialisme British di rantau Asia Tenggara merupakan strategi British melancarkan pembentukan The Greater Malaysia. Strategi ini adalah untuk menggabungan wilayah-wilayah jajahan British di samping memberikan mereka tanggungjawab baharu untuk mencapai matlamat tersebut di rantau Asia Tenggara. Rancangan penggabungan wilayah ini merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara. Rancangan ini kemudiannya dikenali sebagai The Grand Design. Malcom MacDonald telah memperkenalkan idea Grand Design kepada Tunku Abdul Rahman pada tahun 1958 yang telah membawa kepada peristiwa pengucapan rasmi Tunku mengenai gagasan Persekutuan Malaysia pada 27 Mei 1961 kepada Persatuan Wartawan Asing di Singapura. Perkembangan idea Grand Design seterusnya telah membawa kepada idea Super Federation. Dalam idea Super Federation beberapa bentuk penggabungan wilayah telah dicadangkan oleh Tunku dan Malcom MacDonald untuk mencapai matlamat akhir Grand Design. Percanggahan idea telah berlaku antara Tunku dan Malcom MacDonald disebabkan pihak Kerajaan British mempunyai rancangan tersendiri untuk memberikan wilayah Borneo kuasa berkerajaan sendiri melalui penubuhan Persekutuan Borneo.
{"title":"IDEA THE GRAND DESIGN DAN SUPER FEDERATION DALAM PEMBENTUKAN THE GREATER MALAYSIA","authors":"Allan Leonard Kho","doi":"10.51200/jba.v7i1.4125","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.4125","url":null,"abstract":"Artikel ini membincangkan idea asas pembentukan The Greater Malaysia sebelum penubuhannya pada 16 September 1963. Dasar dekolonialisme British di rantau Asia Tenggara merupakan strategi British melancarkan pembentukan The Greater Malaysia. Strategi ini adalah untuk menggabungan wilayah-wilayah jajahan British di samping memberikan mereka tanggungjawab baharu untuk mencapai matlamat tersebut di rantau Asia Tenggara. Rancangan penggabungan wilayah ini merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara. Rancangan ini kemudiannya dikenali sebagai The Grand Design. Malcom MacDonald telah memperkenalkan idea Grand Design kepada Tunku Abdul Rahman pada tahun 1958 yang telah membawa kepada peristiwa pengucapan rasmi Tunku mengenai gagasan Persekutuan Malaysia pada 27 Mei 1961 kepada Persatuan Wartawan Asing di Singapura. Perkembangan idea Grand Design seterusnya telah membawa kepada idea Super Federation. Dalam idea Super Federation beberapa bentuk penggabungan wilayah telah dicadangkan oleh Tunku dan Malcom MacDonald untuk mencapai matlamat akhir Grand Design. Percanggahan idea telah berlaku antara Tunku dan Malcom MacDonald disebabkan pihak Kerajaan British mempunyai rancangan tersendiri untuk memberikan wilayah Borneo kuasa berkerajaan sendiri melalui penubuhan Persekutuan Borneo.","PeriodicalId":223392,"journal":{"name":"Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)","volume":"34 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-12-22","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"124999405","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
KEPIMPINAN TUAI RUMAH DALAM PERUBAHAN POLITIK DI SARAWAK, 1963-2021
Pub Date : 2022-12-22 DOI: 10.51200/jba.v7i1.4134
Philip Beginda, Bilcher Bala
Perubahan politik di Sarawak telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sistem kepimpinan rumah panjang orang Iban di Sarawak. Perkembangan politik sejak merdeka (1963) hingga politik kontemporari (2021) telah banyak mencorakkan perubahan terhadap kepimpinan tuai rumah (ketua rumah panjang), yakni dari segi peranan dan tingkah laku. Kajian ini cuba melihat perbandingan di corak kepimpinan tuai rumah pada masa lampau dan masa kini agar perubahan yang telah berlaku dapat dikenal pasti. Peristiwa Ming Court 1987 dan kebangkitan Dayakisme yang dicetuskan oleh PBDS telah mengheret penyertaan tuai rumah ke dalam kancah politik. Hal ini telah mewujudkan suatu kesedaran kepada kerajaan pada masa itu bahawa institusi tuai rumah perlu dikawal selia. Persoalannya, apakah bentuk perubahan dan strategi kawal selia yang telah dilakukan terhadap kepimpinan tuai rumah? Kajian ini penting agar permasalahan yang melanda kepimpinan tuai rumah dapat dikenal pasti supaya kelestarian sistem kehidupan berumah panjang dalam kalangan orang Iban di Sarawak terus kekal relevan dan signifikan.
{"title":"KEPIMPINAN TUAI RUMAH DALAM PERUBAHAN POLITIK DI SARAWAK, 1963-2021","authors":"Philip Beginda, Bilcher Bala","doi":"10.51200/jba.v7i1.4134","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.4134","url":null,"abstract":"Perubahan politik di Sarawak telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sistem kepimpinan rumah panjang orang Iban di Sarawak. Perkembangan politik sejak merdeka (1963) hingga politik kontemporari (2021) telah banyak mencorakkan perubahan terhadap kepimpinan tuai rumah (ketua rumah panjang), yakni dari segi peranan dan tingkah laku. Kajian ini cuba melihat perbandingan di corak kepimpinan tuai rumah pada masa lampau dan masa kini agar perubahan yang telah berlaku dapat dikenal pasti. Peristiwa Ming Court 1987 dan kebangkitan Dayakisme yang dicetuskan oleh PBDS telah mengheret penyertaan tuai rumah ke dalam kancah politik. Hal ini telah mewujudkan suatu kesedaran kepada kerajaan pada masa itu bahawa institusi tuai rumah perlu dikawal selia. Persoalannya, apakah bentuk perubahan dan strategi kawal selia yang telah dilakukan terhadap kepimpinan tuai rumah? Kajian ini penting agar permasalahan yang melanda kepimpinan tuai rumah dapat dikenal pasti supaya kelestarian sistem kehidupan berumah panjang dalam kalangan orang Iban di Sarawak terus kekal relevan dan signifikan.","PeriodicalId":223392,"journal":{"name":"Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)","volume":"353 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-12-22","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"115920722","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
SEJARAH PEMBANGUNAN EKONOMI SABAH: CABARAN PELAKSANAAN 2 YEARS EXIT PROGRAMME (2YEP) SEBAGAI STRATEGI PEMBASMIAN KEMISKINAN
Pub Date : 2022-12-22 DOI: 10.51200/jba.v7i1.4222
Joshua anak Jalin, Marsitah Mohd Radzi
Dalam sejarah pembangunan ekonomi sejak mula bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, banyak cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dan masyarakat dalam membangunkan ekonomi negeri Sabah. Walaupun pelbagai isu sering dipolitikkan dan diperdebatkan khususnya dalam hal yang berkaitan dengan perbezaan jurang pembangunan ekonomi masyarakat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak menjadi gabungan dalam pembentukan Malaysia, Sabah masih tetap berdiri sebagai sebuah negeri yang berdaulat sehingga hari ini. Dalam mendepani perbezaan jurang ekonomi dalam kalangan masyarakat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar pembangunan yang berteraskan kepada pembasmian kemiskinan serta meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Pelaksanaan dasar-dasar ini tidak dinafikan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan nasional secara umum, iaitu insiden kemiskinan mutlak negara terus menurun setiap tahun daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 12.4 peratus pada tahun 1992 dan seterusnya kepada 6 peratus pada tahun 2002, dan 5.6 peratus pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, penurunan ini tidak menggambarkan keadaan sebenar pembangunan ekonomi masyarakat di Sabah. Hal ini terbukti apabila direkodkan bahawa Sabah mempunyai kadar kemiskinan negara tertinggi sejak 2004 hingga 2019. Sabah juga merupakan negeri yang mempunyai jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tertinggi sejak 2010 hingga 2015. Senario ini seolah-olah menggambarkan bahawa program pembangunan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan tidak mendatangkan kesan ketara kepada taraf hidup masyarakat Sabah. Justeru, artikel ini membincangkan cabaran dalam dasar pembangunan ekonomi masyarakat di Sabah melalui pelaksanaan 2 Years Exit Programme (2YEP) sebagai strategi pembasmian kemiskinan di Sabah oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Matlamat program ini adalah untuk membantu penerima bantuan menerapkan kesedaran untuk berubah dan berusaha menjana pendapatan serta hidup berdikari tanpa bergantung pada bantuan kerajaan sebagai sara hidup. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif kajian kes. Hasil kajian ini mendapati terdapat tiga cabaran dalam menjayakan 2YEP di Sabah iaitu, cabaran organisasi cabaran dalaman dan cabaran luaran. 
{"title":"SEJARAH PEMBANGUNAN EKONOMI SABAH: CABARAN PELAKSANAAN 2 YEARS EXIT PROGRAMME (2YEP) SEBAGAI STRATEGI PEMBASMIAN KEMISKINAN","authors":"Joshua anak Jalin, Marsitah Mohd Radzi","doi":"10.51200/jba.v7i1.4222","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.4222","url":null,"abstract":"Dalam sejarah pembangunan ekonomi sejak mula bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, banyak cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dan masyarakat dalam membangunkan ekonomi negeri Sabah. Walaupun pelbagai isu sering dipolitikkan dan diperdebatkan khususnya dalam hal yang berkaitan dengan perbezaan jurang pembangunan ekonomi masyarakat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak menjadi gabungan dalam pembentukan Malaysia, Sabah masih tetap berdiri sebagai sebuah negeri yang berdaulat sehingga hari ini. Dalam mendepani perbezaan jurang ekonomi dalam kalangan masyarakat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar pembangunan yang berteraskan kepada pembasmian kemiskinan serta meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Pelaksanaan dasar-dasar ini tidak dinafikan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan nasional secara umum, iaitu insiden kemiskinan mutlak negara terus menurun setiap tahun daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 12.4 peratus pada tahun 1992 dan seterusnya kepada 6 peratus pada tahun 2002, dan 5.6 peratus pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, penurunan ini tidak menggambarkan keadaan sebenar pembangunan ekonomi masyarakat di Sabah. Hal ini terbukti apabila direkodkan bahawa Sabah mempunyai kadar kemiskinan negara tertinggi sejak 2004 hingga 2019. Sabah juga merupakan negeri yang mempunyai jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tertinggi sejak 2010 hingga 2015. Senario ini seolah-olah menggambarkan bahawa program pembangunan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan tidak mendatangkan kesan ketara kepada taraf hidup masyarakat Sabah. Justeru, artikel ini membincangkan cabaran dalam dasar pembangunan ekonomi masyarakat di Sabah melalui pelaksanaan 2 Years Exit Programme (2YEP) sebagai strategi pembasmian kemiskinan di Sabah oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Matlamat program ini adalah untuk membantu penerima bantuan menerapkan kesedaran untuk berubah dan berusaha menjana pendapatan serta hidup berdikari tanpa bergantung pada bantuan kerajaan sebagai sara hidup. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif kajian kes. Hasil kajian ini mendapati terdapat tiga cabaran dalam menjayakan 2YEP di Sabah iaitu, cabaran organisasi cabaran dalaman dan cabaran luaran. ","PeriodicalId":223392,"journal":{"name":"Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)","volume":"6 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-12-22","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"121674694","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
PELANCONGAN WARISAN BINA: BANDARAYA KOTA KINABALU (1881-2021)
Pub Date : 2022-12-22 DOI: 10.51200/jba.v7i1.4128
Zainuddin Baco
Prospek pembangunan pelancongan warisan khususnya warisan bina yang kurang ditonjol dan ditekankan oleh pihak berkepentingan sering menyebabkan produk warisan hanya dilihat sebagai salah sebuah produk sampingan atau produk pelengkap semata-mata. Oleh itu, kajian ini akan mengupas dan mengetengahkan aspek penting berkaitan pelancongan warisan khususnya pelancongan warisan bina yang berada di Kota Kinabalu seperti hubung kait pelancongan dengan warisan, sumber warisan bina, perancangan pembangunan pelancongan dan perkembangan pelancongan warisan bina dari tahun 1990 sehingga 2021. Pendekatan yang digunakan adalah empirikal dan deskriptif bagi menjelaskan aspek produk pelancongan warisan. Hasil penelitian ini diharap berupaya untuk mengetengahkan prospek pelancongan warisan di Sabah seiring dengan produk pelancongan lain di Sabah.
{"title":"PELANCONGAN WARISAN BINA: BANDARAYA KOTA KINABALU (1881-2021)","authors":"Zainuddin Baco","doi":"10.51200/jba.v7i1.4128","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.4128","url":null,"abstract":"Prospek pembangunan pelancongan warisan khususnya warisan bina yang kurang ditonjol dan ditekankan oleh pihak berkepentingan sering menyebabkan produk warisan hanya dilihat sebagai salah sebuah produk sampingan atau produk pelengkap semata-mata. Oleh itu, kajian ini akan mengupas dan mengetengahkan aspek penting berkaitan pelancongan warisan khususnya pelancongan warisan bina yang berada di Kota Kinabalu seperti hubung kait pelancongan dengan warisan, sumber warisan bina, perancangan pembangunan pelancongan dan perkembangan pelancongan warisan bina dari tahun 1990 sehingga 2021. Pendekatan yang digunakan adalah empirikal dan deskriptif bagi menjelaskan aspek produk pelancongan warisan. Hasil penelitian ini diharap berupaya untuk mengetengahkan prospek pelancongan warisan di Sabah seiring dengan produk pelancongan lain di Sabah.","PeriodicalId":223392,"journal":{"name":"Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)","volume":"16 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-12-22","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"124289726","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
PERUBAHAN KEDUDUKAN MASYARAKAT MELAYU BRUNEI DALAM BANCI PENDUDUK DI SABAH (1891-2010): SATU TINJAUAN AWAL
Pub Date : 2022-12-22 DOI: 10.51200/jba.v7i1.4126
Maizatul Izzah Rosley, Dg. Junaidah Binti Awang Jambol
Artikel ini membincangkan perubahan kedudukan masyarakat Melayu Brunei dalam banci penduduk dari tahun 1891 sehingga tahun 2010. Artikel ini juga mengupas sejauh mana kedudukan masyarakat Melayu Brunei dalam banci penduduk semasa zaman pentadbiran penjajah iaitu British North Borneo Chartered Company (BNBC), Kolonial British dan Sabah selepas merdeka. Artikel ini turut membincangkan tentang perubahan status kedudukan masyarakat Melayu Brunei dalam banci penduduk bermula daripada laporan banci pertama yang dikeluarkan oleh penjajah pada tahun 1891 sehinggalah tahun 2010. Perbincangan ini juga akan memperlihatkan perbandingan dan perubahan status kedudukan masyarakat Melayu Brunei dari segi penggunaan istilah Brunei yang awalnya dikategorikan secara tunggal dalam kalangan kaum peribumi, namun telah berubah ke dalam kategori status bumiputera lain-lain di Sabah.
本文讨论了从 1891 年到 2010 年文莱马来社区在人口中所占地位的变化。本文还探讨了在殖民统治时期,即英国北婆罗洲特许公司(BNBC)、英国殖民统治时期和独立后的沙巴时期,文莱马来族在人口中的地位程度。本文还讨论了从殖民者于 1891 年发布的第一份娘娘腔报告开始到 2010 年文莱马来族在娘娘腔人口中地位的变化。该讨论还将从文莱一词的使用方面展示文莱马来人群体地位的比较和变化,文莱一词最初被单独归类为peribumi,但在沙巴州已变为其他bumiputera地位类别。
{"title":"PERUBAHAN KEDUDUKAN MASYARAKAT MELAYU BRUNEI DALAM BANCI PENDUDUK DI SABAH (1891-2010): SATU TINJAUAN AWAL","authors":"Maizatul Izzah Rosley, Dg. Junaidah Binti Awang Jambol","doi":"10.51200/jba.v7i1.4126","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.4126","url":null,"abstract":"Artikel ini membincangkan perubahan kedudukan masyarakat Melayu Brunei dalam banci penduduk dari tahun 1891 sehingga tahun 2010. Artikel ini juga mengupas sejauh mana kedudukan masyarakat Melayu Brunei dalam banci penduduk semasa zaman pentadbiran penjajah iaitu British North Borneo Chartered Company (BNBC), Kolonial British dan Sabah selepas merdeka. Artikel ini turut membincangkan tentang perubahan status kedudukan masyarakat Melayu Brunei dalam banci penduduk bermula daripada laporan banci pertama yang dikeluarkan oleh penjajah pada tahun 1891 sehinggalah tahun 2010. Perbincangan ini juga akan memperlihatkan perbandingan dan perubahan status kedudukan masyarakat Melayu Brunei dari segi penggunaan istilah Brunei yang awalnya dikategorikan secara tunggal dalam kalangan kaum peribumi, namun telah berubah ke dalam kategori status bumiputera lain-lain di Sabah.","PeriodicalId":223392,"journal":{"name":"Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-12-22","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"129898778","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 1
THE ADAPTATION OF NATURE IN IBAN CULTURAL ARTEFACT 伊班文化器物对自然的适应
Pub Date : 2022-12-22 DOI: 10.51200/jba.v7i1.4133
N. Tugang, Gregory Kiyai @ Keai
Iban or also known as Sea Dayak has inhabited the island of Borneo for hundreds of years. From the previous timeline, the Iban community has adapted to their surrounding nature in developing their culture which is consisted of customs based on the foundation of ancestral beliefs. As a result, the development of Iban culture became more creative and innovative in producing cultural artifacts referring on surrounding nature. Incidentally, the cultural developed by the early Iban have become a legacy and identity for the modern Iban society today. Therefore, this paper is an ethnographic studies emphasis on human artifacts. Therefore, the scope of this studies discussed the researcher's proposed theory of the role of nature that has contribute to shaped human cultural artifacts, particularly the Iban cultural artifacts. This study applied qualitative methods and the research findings have concluded that nature have a significant function as a driving force to influenced early human culture and experience changes based on relevance and human preferences.
伊班人,也被称为海达亚克人,已经在婆罗洲岛上居住了数百年。从之前的时间线来看,伊班社区已经适应了他们周围的自然环境,发展了他们的文化,这些文化由基于祖先信仰的习俗组成。因此,伊班文化的发展在生产参考周围自然的文化制品方面变得更具创造性和创新性。顺便说一句,早期伊班人发展的文化已经成为今天现代伊班社会的遗产和身份。因此,本文是一项以人类文物为重点的民族志研究。因此,本研究的范围讨论了研究者提出的自然作用理论,该理论有助于塑造人类文化文物,特别是伊班文化文物。本研究采用定性方法,研究结果表明,自然作为一种驱动力,对早期人类文化和基于相关性和人类偏好的经验变化具有重要影响。
{"title":"THE ADAPTATION OF NATURE IN IBAN CULTURAL ARTEFACT","authors":"N. Tugang, Gregory Kiyai @ Keai","doi":"10.51200/jba.v7i1.4133","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.4133","url":null,"abstract":"Iban or also known as Sea Dayak has inhabited the island of Borneo for hundreds of years. From the previous timeline, the Iban community has adapted to their surrounding nature in developing their culture which is consisted of customs based on the foundation of ancestral beliefs. As a result, the development of Iban culture became more creative and innovative in producing cultural artifacts referring on surrounding nature. Incidentally, the cultural developed by the early Iban have become a legacy and identity for the modern Iban society today. Therefore, this paper is an ethnographic studies emphasis on human artifacts. Therefore, the scope of this studies discussed the researcher's proposed theory of the role of nature that has contribute to shaped human cultural artifacts, particularly the Iban cultural artifacts. This study applied qualitative methods and the research findings have concluded that nature have a significant function as a driving force to influenced early human culture and experience changes based on relevance and human preferences.","PeriodicalId":223392,"journal":{"name":"Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)","volume":"70 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-12-22","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"124412161","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 3
PERKEMBANGAN PENANAMAN GETAH: SATU TINJAUAN AWAL TERHADAP PERANAN LEMBAGA TABUNG GETAH SABAH (LTGS) 1991-1994
Pub Date : 2022-12-22 DOI: 10.51200/jba.v7i1.4132
Nur Liyana Zahidah Juri
Artikel ini akan membincangkan perkembangan Lembaga Tabung Getah Sabah (LTGS) dari tahun 1991 sehingga 1994. Dalam konteks kajian ini, pengkaji akan menerangkan peranan LTGS dalam membantu perkembangan penanaman getah di Sabah. Menerusi kajian ini, didapati bahawa LTGS telah membelanjakan lebih kurang 65 juta ringgit untuk menjalankan kerja-kerja menanam semula, menyediakan latihan dan memberikan kemudahan memproses melalui pusat pemprosesan getah secara berkelompok. Hal ini secara tidak langsung telah mempengaruhi harga dan permintaan getah dalam pasaran tempatan. Kajian ini akan memfokuskan kepada peranan LTGS yang merangkumi bahagian kemajuan pekebun kecil, bahagian skim penempatan getah, dan bahagian operasi perindustrian. Oleh itu, dasar dan strategi yang dilaksanakan oleh LTGS menerusi pembukaan banyak projek berskala besar telah dapat menggalakkan pekebun kecil meningkatkan taraf ekonomi. Penyertaan pekebun kecil dalam projek yang disediakan ini mampu mewujudkan punca pendapatan yang tetap, peluang pekerjaan dan kemudahan pemasaran.
{"title":"PERKEMBANGAN PENANAMAN GETAH: SATU TINJAUAN AWAL TERHADAP PERANAN LEMBAGA TABUNG GETAH SABAH (LTGS) 1991-1994","authors":"Nur Liyana Zahidah Juri","doi":"10.51200/jba.v7i1.4132","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.4132","url":null,"abstract":"Artikel ini akan membincangkan perkembangan Lembaga Tabung Getah Sabah (LTGS) dari tahun 1991 sehingga 1994. Dalam konteks kajian ini, pengkaji akan menerangkan peranan LTGS dalam membantu perkembangan penanaman getah di Sabah. Menerusi kajian ini, didapati bahawa LTGS telah membelanjakan lebih kurang 65 juta ringgit untuk menjalankan kerja-kerja menanam semula, menyediakan latihan dan memberikan kemudahan memproses melalui pusat pemprosesan getah secara berkelompok. Hal ini secara tidak langsung telah mempengaruhi harga dan permintaan getah dalam pasaran tempatan. Kajian ini akan memfokuskan kepada peranan LTGS yang merangkumi bahagian kemajuan pekebun kecil, bahagian skim penempatan getah, dan bahagian operasi perindustrian. Oleh itu, dasar dan strategi yang dilaksanakan oleh LTGS menerusi pembukaan banyak projek berskala besar telah dapat menggalakkan pekebun kecil meningkatkan taraf ekonomi. Penyertaan pekebun kecil dalam projek yang disediakan ini mampu mewujudkan punca pendapatan yang tetap, peluang pekerjaan dan kemudahan pemasaran.","PeriodicalId":223392,"journal":{"name":"Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)","volume":"37 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-12-22","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"123088048","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
MENGKABONG DALAM PENSEJARAHAN
Pub Date : 2022-12-22 DOI: 10.51200/jba.v7i1.4131
Fatmah Sidek, Bilcher Bala
Artikel ini mengenai Mengkabong di Borneo Utara (Sabah). Nama Mengkabong sudah wujud dalam pensejarahan sebelum abad ke-19, iaitu bermula sebagai sebuah wilayah jajahan di bawah pentadbiran kerajaan Kesultanan Brunei. Pada penghujung abad ke-19, wilayah ini telah bertukar tangan kepada pentadbiran kerajaan Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Hal ini menyebabkan berlaku perubahan ke atas persempadanan Sungai Mengkabong. Perubahan yang utama ialah kewujudan geran tanah Karambunai yang diasingkan daripada wilayah Mengkabong. Kesan perubahan tersebut ialah kontroversi tuntutan hak pemilikan Karambunai sehingga kini. Kajian ini akan menjelaskan perkembangan pensejarahan tentang perubahan yang berlaku dalam tempoh tiga zaman pemerintahan yang berbeza. Pendekatan kualitatif berasaskan sumber primer berbentuk manuskrip dan dokumen rasmi seperti surat wasiat Sultan Brunei (1851), geran tanah WCL No 228 (1905), surat perjanjian pajakan Brunei-SBUB (1877-1898) daripada Arkib Negeri Sabah dan Pusat Sejarah Brunei, serta dokumen mahkamah daripada koleksi persendirian. Dapatan kajian amat penting kepada usaha pembangunan bidang pensejarahan Sabah, khususnya Mengkabong dan Karambunai dari segi asal usul, perubahan pentadbiran dan kesannya.
本文介绍的是位于北婆罗洲(沙巴州)的孟卡蓬(Mengkabong)。孟加蓬(Mengkabong)这一名称在 19 世纪之前的历史上就已存在,最初是文莱苏丹国皇家管理下的殖民地。到 19 世纪末,该地区易手为英属婆啰王朝(SBUB)管理。这改变了人们对 Sungai Mengkabong 的看法。主要的变化是实现了从孟加蓬地区分离出来的卡兰布奈(Karambunai)土地。这些变化所产生的影响就是直到现在有关卡兰布奈所有权的争议。本研究将解释三个不同政府时期发生的变化的历史发展。本研究采用定性方法,以手稿和官方文件等形式的原始资料为基础,如文莱苏丹的遗嘱(1851 年)、WCL 第 228 号土地批文(1905 年)、Arkib Negeri Sabah 和文莱历史中心的文莱-SBUB 税收协议(1877-1898 年)以及私人收藏的法院文件。Dapatan kajian amat penting kepada usaha pembangunan bidang pensejarahan Sabah, khususnya Mengkabong dan Karambunai dari segi asal origin, perubahan pentadbiran dan kesannya.
{"title":"MENGKABONG DALAM PENSEJARAHAN","authors":"Fatmah Sidek, Bilcher Bala","doi":"10.51200/jba.v7i1.4131","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.4131","url":null,"abstract":"Artikel ini mengenai Mengkabong di Borneo Utara (Sabah). Nama Mengkabong sudah wujud dalam pensejarahan sebelum abad ke-19, iaitu bermula sebagai sebuah wilayah jajahan di bawah pentadbiran kerajaan Kesultanan Brunei. Pada penghujung abad ke-19, wilayah ini telah bertukar tangan kepada pentadbiran kerajaan Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Hal ini menyebabkan berlaku perubahan ke atas persempadanan Sungai Mengkabong. Perubahan yang utama ialah kewujudan geran tanah Karambunai yang diasingkan daripada wilayah Mengkabong. Kesan perubahan tersebut ialah kontroversi tuntutan hak pemilikan Karambunai sehingga kini. Kajian ini akan menjelaskan perkembangan pensejarahan tentang perubahan yang berlaku dalam tempoh tiga zaman pemerintahan yang berbeza. Pendekatan kualitatif berasaskan sumber primer berbentuk manuskrip dan dokumen rasmi seperti surat wasiat Sultan Brunei (1851), geran tanah WCL No 228 (1905), surat perjanjian pajakan Brunei-SBUB (1877-1898) daripada Arkib Negeri Sabah dan Pusat Sejarah Brunei, serta dokumen mahkamah daripada koleksi persendirian. Dapatan kajian amat penting kepada usaha pembangunan bidang pensejarahan Sabah, khususnya Mengkabong dan Karambunai dari segi asal usul, perubahan pentadbiran dan kesannya.","PeriodicalId":223392,"journal":{"name":"Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)","volume":"58 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-12-22","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"133650991","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
SIMBOLIK MOTIF-MOTIF TATU TRADISIONAL MASYARAKAT KAUM IBAN DI LUBOK ANTU, SRI AMAN, SARAWAK
Pub Date : 2022-12-21 DOI: 10.51200/jba.v7i1.4137
Sylvia Saging, Zainuddin Baco
Tatu tradisional Iban dianggap sebagai simbol suci yang dapat menghubungkan kaum Iban dengan petara (Tuhan) dan melindungi mereka daripada gangguan roh jahat. Pada zaman dahulu, masyarakat Iban menerima tatu sebagai ganjaran dan ilustrasi perjalanan hidup mereka. Tatu sebenarnya merupakan sebahagian daripada ritual tradisional kaum Iban di Sarawak yang mempunyai hubungan kuat dengan adat dan kesenian. Tatu berada pada tubuh secara kekal sehingga menjadi penandaan yang tidak dapat dihilangkan sehingga kematian. Makalah ini memfokuskan tentang simbolik motif-motif tatu tradisional kaum Iban di Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif di mana tiga jenis kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan menerusi temu bual, kaedah kepustakaan, dan melayari laman web. Hasil kajian ini mendapati bahawa kepelbagaian motif tatu tradisional Iban pada zaman dahulu bukan sahaja diukir sekadar hiasan semata-mata, namun setiap corak motif tersebut digunakan untuk tujuan tertentu dan mempunyai maksud yang tersendiri di mana setiap motif tersebut pada dasarnya mempunyai simbolik dan syarat-syarat khusus dari segi pemilikannya yang tidak boleh diukir secara sesuka hati. Walau bagaimanapun, peredaran zaman telah menyebabkan berlaku inovasi terhadap tatu tradisional di mana tatu Iban pada era moden ini tidak lagi diritualisasikan dan berhubung kait dengan unsur kepercayaan tradisi (animisme) seperti yang diamalkan pada zaman dahulu. Pada masa kini, kebanyakan masyarakat Iban terutamanya dalam kalangan generasi muda tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sejarah tatu tradisional kaum mereka. Pengetahuan tentang dunia tatu kaum Iban pada masa kini menjadi penting kerana menjadi satu-satunya cara untuk memahami dan mendedahkan keindahan budaya kaum Iban, sama ada dari segi kepercayaan mahupun gaya hidup sebenar masyarakat Iban pada zaman dahulu.
{"title":"SIMBOLIK MOTIF-MOTIF TATU TRADISIONAL MASYARAKAT KAUM IBAN DI LUBOK ANTU, SRI AMAN, SARAWAK","authors":"Sylvia Saging, Zainuddin Baco","doi":"10.51200/jba.v7i1.4137","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.4137","url":null,"abstract":"Tatu tradisional Iban dianggap sebagai simbol suci yang dapat menghubungkan kaum Iban dengan petara (Tuhan) dan melindungi mereka daripada gangguan roh jahat. Pada zaman dahulu, masyarakat Iban menerima tatu sebagai ganjaran dan ilustrasi perjalanan hidup mereka. Tatu sebenarnya merupakan sebahagian daripada ritual tradisional kaum Iban di Sarawak yang mempunyai hubungan kuat dengan adat dan kesenian. Tatu berada pada tubuh secara kekal sehingga menjadi penandaan yang tidak dapat dihilangkan sehingga kematian. Makalah ini memfokuskan tentang simbolik motif-motif tatu tradisional kaum Iban di Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif di mana tiga jenis kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan menerusi temu bual, kaedah kepustakaan, dan melayari laman web. Hasil kajian ini mendapati bahawa kepelbagaian motif tatu tradisional Iban pada zaman dahulu bukan sahaja diukir sekadar hiasan semata-mata, namun setiap corak motif tersebut digunakan untuk tujuan tertentu dan mempunyai maksud yang tersendiri di mana setiap motif tersebut pada dasarnya mempunyai simbolik dan syarat-syarat khusus dari segi pemilikannya yang tidak boleh diukir secara sesuka hati. Walau bagaimanapun, peredaran zaman telah menyebabkan berlaku inovasi terhadap tatu tradisional di mana tatu Iban pada era moden ini tidak lagi diritualisasikan dan berhubung kait dengan unsur kepercayaan tradisi (animisme) seperti yang diamalkan pada zaman dahulu. Pada masa kini, kebanyakan masyarakat Iban terutamanya dalam kalangan generasi muda tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sejarah tatu tradisional kaum mereka. Pengetahuan tentang dunia tatu kaum Iban pada masa kini menjadi penting kerana menjadi satu-satunya cara untuk memahami dan mendedahkan keindahan budaya kaum Iban, sama ada dari segi kepercayaan mahupun gaya hidup sebenar masyarakat Iban pada zaman dahulu.","PeriodicalId":223392,"journal":{"name":"Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)","volume":"37 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-12-21","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"115702291","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
DEKOLONISASI BRITISH DI MALAYA DAN BORNEO MENUJU JALAN PENUBUHAN MALAYSIA, 1955-1963
Pub Date : 2022-12-21 DOI: 10.51200/jba.v7i1.4123
Ally Rachel Yunus
Dasar British terhadap tanah-tanah jajahannya dilihat telah mengalami perubahan semenjak Perang Dunia Kedua tercetus. Dasar dekolonisasi British yang diperkenalkan oleh pihak British didapati turut berlaku di Malaya termasuk Singapura serta tiga wilayah kekuasaannya di Borneo. Artikel ini membincangkan dekolonisasi British terhadap Malaya dan Borneo yang akhirnya membentuk Persekutuan Malaysia selepas Perang Dunia Kedua. Idea dekolonisasi oleh pihak British dilihat memberi peluang kemerdekaan kepada Malaya. Melalui kemerdekaan Malaya pula, satu dasar penyatuan dalam pembentukan persekutuan dilihat telah berlaku ke atas Singapura dan tiga lagi wilayah kekuasaan British di Borneo. Grand Design dan seterusnya Greater Malaysia yang diperkenalkan oleh pihak British dilihat hampir sempurna dalam menyatukan lima wilayah kekuasaannya di Asia Tenggara untuk membentuk persekutuan negara Malaysia. Artikel ini bersandarkan sumber pejabat tanah jajahan “colonial office” serta sumber ilmiah seperti artikel dan buku.
{"title":"DEKOLONISASI BRITISH DI MALAYA DAN BORNEO MENUJU JALAN PENUBUHAN MALAYSIA, 1955-1963","authors":"Ally Rachel Yunus","doi":"10.51200/jba.v7i1.4123","DOIUrl":"https://doi.org/10.51200/jba.v7i1.4123","url":null,"abstract":"Dasar British terhadap tanah-tanah jajahannya dilihat telah mengalami perubahan semenjak Perang Dunia Kedua tercetus. Dasar dekolonisasi British yang diperkenalkan oleh pihak British didapati turut berlaku di Malaya termasuk Singapura serta tiga wilayah kekuasaannya di Borneo. Artikel ini membincangkan dekolonisasi British terhadap Malaya dan Borneo yang akhirnya membentuk Persekutuan Malaysia selepas Perang Dunia Kedua. Idea dekolonisasi oleh pihak British dilihat memberi peluang kemerdekaan kepada Malaya. Melalui kemerdekaan Malaya pula, satu dasar penyatuan dalam pembentukan persekutuan dilihat telah berlaku ke atas Singapura dan tiga lagi wilayah kekuasaan British di Borneo. Grand Design dan seterusnya Greater Malaysia yang diperkenalkan oleh pihak British dilihat hampir sempurna dalam menyatukan lima wilayah kekuasaannya di Asia Tenggara untuk membentuk persekutuan negara Malaysia. Artikel ini bersandarkan sumber pejabat tanah jajahan “colonial office” serta sumber ilmiah seperti artikel dan buku.","PeriodicalId":223392,"journal":{"name":"Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)","volume":"11 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2022-12-21","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"121772323","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
引用次数: 0
期刊
Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)
全部 Acc. Chem. Res. ACS Applied Bio Materials ACS Appl. Electron. Mater. ACS Appl. Energy Mater. ACS Appl. Mater. Interfaces ACS Appl. Nano Mater. ACS Appl. Polym. Mater. ACS BIOMATER-SCI ENG ACS Catal. ACS Cent. Sci. ACS Chem. Biol. ACS Chemical Health & Safety ACS Chem. Neurosci. ACS Comb. Sci. ACS Earth Space Chem. ACS Energy Lett. ACS Infect. Dis. ACS Macro Lett. ACS Mater. Lett. ACS Med. Chem. Lett. ACS Nano ACS Omega ACS Photonics ACS Sens. ACS Sustainable Chem. Eng. ACS Synth. Biol. Anal. Chem. BIOCHEMISTRY-US Bioconjugate Chem. BIOMACROMOLECULES Chem. Res. Toxicol. Chem. Rev. Chem. Mater. CRYST GROWTH DES ENERG FUEL Environ. Sci. Technol. Environ. Sci. Technol. Lett. Eur. J. Inorg. Chem. IND ENG CHEM RES Inorg. Chem. J. Agric. Food. Chem. J. Chem. Eng. Data J. Chem. Educ. J. Chem. Inf. Model. J. Chem. Theory Comput. J. Med. Chem. J. Nat. Prod. J PROTEOME RES J. Am. Chem. Soc. LANGMUIR MACROMOLECULES Mol. Pharmaceutics Nano Lett. Org. Lett. ORG PROCESS RES DEV ORGANOMETALLICS J. Org. Chem. J. Phys. Chem. J. Phys. Chem. A J. Phys. Chem. B J. Phys. Chem. C J. Phys. Chem. Lett. Analyst Anal. Methods Biomater. Sci. Catal. Sci. Technol. Chem. Commun. Chem. Soc. Rev. CHEM EDUC RES PRACT CRYSTENGCOMM Dalton Trans. Energy Environ. Sci. ENVIRON SCI-NANO ENVIRON SCI-PROC IMP ENVIRON SCI-WAT RES Faraday Discuss. Food Funct. Green Chem. Inorg. Chem. Front. Integr. Biol. J. Anal. At. Spectrom. J. Mater. Chem. A J. Mater. Chem. B J. Mater. Chem. C Lab Chip Mater. Chem. Front. Mater. Horiz. MEDCHEMCOMM Metallomics Mol. Biosyst. Mol. Syst. Des. Eng. Nanoscale Nanoscale Horiz. Nat. Prod. Rep. New J. Chem. Org. Biomol. Chem. Org. Chem. Front. PHOTOCH PHOTOBIO SCI PCCP Polym. Chem.
×
引用
GB/T 7714-2015
复制
MLA
复制
APA
复制
导出至
BibTeX EndNote RefMan NoteFirst NoteExpress
×
0
微信
客服QQ
Book学术公众号 扫码关注我们
反馈
×
意见反馈
请填写您的意见或建议
请填写您的手机或邮箱
×
提示
您的信息不完整,为了账户安全,请先补充。
现在去补充
×
提示
您因"违规操作"
具体请查看互助需知
我知道了
×
提示
现在去查看 取消
×
提示
确定
Book学术官方微信
Book学术文献互助
Book学术文献互助群
群 号:481959085
Book学术
文献互助 智能选刊 最新文献 互助须知 联系我们:info@booksci.cn
Book学术提供免费学术资源搜索服务,方便国内外学者检索中英文文献。致力于提供最便捷和优质的服务体验。
Copyright © 2023 Book学术 All rights reserved.
ghs 京公网安备 11010802042870号 京ICP备2023020795号-1