Pub Date : 2023-04-30DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.1.57
Perkembangan motor halus merupakan keupayaan yang sangat penting bagi kanak-kanak yang baru menginjak ke alam persekolahan. Kemahiran ini dianggap antara kebolehan terpenting dan perlu diterapkan bagi melatih kanak-kanak menggunakan otot-otot kecil di jari kecil mereka beserta koordinasi mata dan tangan. Kajian tinjauan ini melihat tahap amalan guru mengenai motor halus berdasarkan lokasi dibandar dan luar bandar. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan seramai 80 orang guru yang mengajar di pra sekolah di sekitar Negeri Selangor dipilih sebagai responden kajian ini. Borang kaji selidik menggunakan skala likert 5 mata sebagai instrumen kajian mengukur tahap amalan dan pengalaman guru di pra sekolah sekitar Selangor. Analisis kajian menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 20.0. Analisis deskriptif, analisis frekuansi dan Kolerasi Pearson digunakan bagi memperlihatkan dapatan yang dipaparkan dalam bentuk jadual dan min, peratusan, sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian dan hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan guru berada pada tahap yang tinggi. Kekerapan guru melaksanakan aktiviti motor halus menunjukkan guru menjalankan aktiviti setiap hari (35%), seminggu 2-3 kali (43.8%) dan sangat kurang dilaksanakan (21.3%). Manakala, bagi analisis ketiga dapatan menunjukkan hasil yang positif dan signifikan di antara guru yang pernah berkursus dan kekerapan menjalankan aktiviti motor halus di dalam kelas dengan nilai r = 0.308** dan nilai p ialah 0.05. Dengan ini terdapat perkaitan diantara guru berpengetahuan dan kekerapan melaksanakan aktiviti motor halus di dalam bilik darjah. Dengan ini Ho2 nol berjaya ditolak. Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi batu atas kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kesediaan guru dan pengetahuan guru dalam penerapan motor halus di peringkat prsekolah bendar dan luar bandar. Manakala dari sudut ilmiah ianya dapat menjadikan bahan rujukan pada penyelidik akan datang untuk mengkaji dan memperhalusi ilmu berkaitan perkembangan motor halus kanak-kanak.
{"title":"Pengalaman Guru Dan Pelaksanaan Aktiviti Motor Halus Kanak-Kanak Di Pra Sekolah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.57","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.57","url":null,"abstract":"Perkembangan motor halus merupakan keupayaan yang sangat penting bagi kanak-kanak yang baru menginjak ke alam persekolahan. Kemahiran ini dianggap antara kebolehan terpenting dan perlu diterapkan bagi melatih kanak-kanak menggunakan otot-otot kecil di jari kecil mereka beserta koordinasi mata dan tangan. Kajian tinjauan ini melihat tahap amalan guru mengenai motor halus berdasarkan lokasi dibandar dan luar bandar. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan seramai 80 orang guru yang mengajar di pra sekolah di sekitar Negeri Selangor dipilih sebagai responden kajian ini. Borang kaji selidik menggunakan skala likert 5 mata sebagai instrumen kajian mengukur tahap amalan dan pengalaman guru di pra sekolah sekitar Selangor. Analisis kajian menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 20.0. Analisis deskriptif, analisis frekuansi dan Kolerasi Pearson digunakan bagi memperlihatkan dapatan yang dipaparkan dalam bentuk jadual dan min, peratusan, sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian dan hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan guru berada pada tahap yang tinggi. Kekerapan guru melaksanakan aktiviti motor halus menunjukkan guru menjalankan aktiviti setiap hari (35%), seminggu 2-3 kali (43.8%) dan sangat kurang dilaksanakan (21.3%). Manakala, bagi analisis ketiga dapatan menunjukkan hasil yang positif dan signifikan di antara guru yang pernah berkursus dan kekerapan menjalankan aktiviti motor halus di dalam kelas dengan nilai r = 0.308** dan nilai p ialah 0.05. Dengan ini terdapat perkaitan diantara guru berpengetahuan dan kekerapan melaksanakan aktiviti motor halus di dalam bilik darjah. Dengan ini Ho2 nol berjaya ditolak. Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi batu atas kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kesediaan guru dan pengetahuan guru dalam penerapan motor halus di peringkat prsekolah bendar dan luar bandar. Manakala dari sudut ilmiah ianya dapat menjadikan bahan rujukan pada penyelidik akan datang untuk mengkaji dan memperhalusi ilmu berkaitan perkembangan motor halus kanak-kanak.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"51 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-04-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"121199761","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2023-04-30DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.1.51
Motivasi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi keberkesanan sesuatu proses pembelajaran Sejarah dalam kalangan pelajar. Ini disebabkan motivasi pelajar sering dipengaruhi oleh aktiviti pembelajaran yang mereka ceburi dalam suasana kelas. Ini kerana motivasi pelajar yang tinggi dapat menyumbang kepada matlamat kurikulum Sejarah yang bertujuan memberi kefahaman tentang masyarakat, negara dan dunia dengan memupuk dan memperkukuh jati diri serta taat setia kepada negara sebagai warganegara Malaysia. Dorongan sosio budaya mempengaruhi motivasi pembelajaran murid. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan dorongan sosio budaya dengan motivasi pembelajaran Sejarah murid. Kajian mendapati bahawa hasil analisis bagi aspek dorongan sosiobudaya nilai inferensi mempunyai nilai yang tinggi manakala bagi motivasi pembelajaran Sejarah juga mempunyai nilai yang tinggi. Hubungan antara dorongan sosiobudaya dengan motivasi pembelajaran Sejarah berada pada tahap yang tinggi. Melalui kajian ini juga, pengkaji mengenalpasti hubungan dorongan sosio budaya dengan motivasi pembelajaran Sejarah dalam kalangan murid di salah sebuah sekolah menengah di Lembah Klang.
{"title":"Hubungan Dorongan Sosio Budaya Dengan Motivasi Pembelajaran Sejarah","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.51","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.51","url":null,"abstract":"Motivasi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi keberkesanan sesuatu proses pembelajaran Sejarah dalam kalangan pelajar. Ini disebabkan motivasi pelajar sering dipengaruhi oleh aktiviti pembelajaran yang mereka ceburi dalam suasana kelas. Ini kerana motivasi pelajar yang tinggi dapat menyumbang kepada matlamat kurikulum Sejarah yang bertujuan memberi kefahaman tentang masyarakat, negara dan dunia dengan memupuk dan memperkukuh jati diri serta taat setia kepada negara sebagai warganegara Malaysia. Dorongan sosio budaya mempengaruhi motivasi pembelajaran murid. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan dorongan sosio budaya dengan motivasi pembelajaran Sejarah murid. Kajian mendapati bahawa hasil analisis bagi aspek dorongan sosiobudaya nilai inferensi mempunyai nilai yang tinggi manakala bagi motivasi pembelajaran Sejarah juga mempunyai nilai yang tinggi. Hubungan antara dorongan sosiobudaya dengan motivasi pembelajaran Sejarah berada pada tahap yang tinggi. Melalui kajian ini juga, pengkaji mengenalpasti hubungan dorongan sosio budaya dengan motivasi pembelajaran Sejarah dalam kalangan murid di salah sebuah sekolah menengah di Lembah Klang.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"103 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-04-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"125852487","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2023-04-30DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.1.53
Kepuasan kerja seseorang individu datangnya daripada individu yang sentiasa ingin menyumbang kepada yang berupaya untuk menjayakan sesebuah institusi. Kepuasan kerja para guru perlu bagi menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek termasuklah beban kerja, tanggungjawab serta untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kepuasan kerja guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) masalah pembelajaran sekolah menengah di Utara Sarawak. Untuk itu, satu kajian telah dijalankan bagi mengkaji perbezaan kepuasan kerja berdasarkan jantina, umur, taraf pendidikan serta pengalaman mengajar dalam kalangan guru program pendidikan khas integrasi (PPKI) masalah pembelajaran bagi sekolah menengah di utara Sarawak. Popuasi kajian adalah 65 orang guru PPKI di Utara Sarawak dan sampel sebanyak 59 orang dipilih secara rawak. Selidik ini menggunakan kaedah kuantitatif bertinjauan serta menggunakan intrumen kajian sebagai borang soal selidik. Data kajian disemak menggunakan perisian SPSS dan kaedah deskriptif seperti min, sisihan piawai, kekerapan dan analisis peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keceriaan bekerja dalam kalangan pengajar PPKI adalah tinggi, dan ciri demografi tidak memberi kesan kepada kepuasan kerja guru. Tahap puas hati kerja guru yang tinggi adalah petunjuk utama untuk memastikan kesejahteraan guru dan perkembangan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).
{"title":"Kepuasan Kerja Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran Sekolah Menengah di Utara Sarawak","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.53","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.53","url":null,"abstract":"Kepuasan kerja seseorang individu datangnya daripada individu yang sentiasa ingin menyumbang kepada yang berupaya untuk menjayakan sesebuah institusi. Kepuasan kerja para guru perlu bagi menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek termasuklah beban kerja, tanggungjawab serta untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kepuasan kerja guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) masalah pembelajaran sekolah menengah di Utara Sarawak. Untuk itu, satu kajian telah dijalankan bagi mengkaji perbezaan kepuasan kerja berdasarkan jantina, umur, taraf pendidikan serta pengalaman mengajar dalam kalangan guru program pendidikan khas integrasi (PPKI) masalah pembelajaran bagi sekolah menengah di utara Sarawak. Popuasi kajian adalah 65 orang guru PPKI di Utara Sarawak dan sampel sebanyak 59 orang dipilih secara rawak. Selidik ini menggunakan kaedah kuantitatif bertinjauan serta menggunakan intrumen kajian sebagai borang soal selidik. Data kajian disemak menggunakan perisian SPSS dan kaedah deskriptif seperti min, sisihan piawai, kekerapan dan analisis peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keceriaan bekerja dalam kalangan pengajar PPKI adalah tinggi, dan ciri demografi tidak memberi kesan kepada kepuasan kerja guru. Tahap puas hati kerja guru yang tinggi adalah petunjuk utama untuk memastikan kesejahteraan guru dan perkembangan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-04-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"129698178","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2023-04-30DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.1.63
Antara faktor penentu kejayaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah perspektif positif terhadap pelaksanaan program ini di sekolah. Kajian ini adalah mengenai perspektif ibu bapa dari aspek pengetahuan terhadap pendidikan inklusif secara am, di mana perspektif ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya dan anak tipikal menjadi fokus utama. Kajian ini merupakan sebuah tinjauan kuantitatif melalui keratan rentas yang melibatkan seramai 100 orang ibu bapa dalam daerah Bintulu, Sarawak. Mereka terdiri daripada 50 orang ibu bapa kepada murid berkeperluan pendidikan khas dan 50 orang ibu bapa murid tipikal yang dipilih secara persampelan rawak mudah untuk menjawab edaran soal selidik secara hibrid iaitu dalam bentuk Google Form dan secara bertulis. Maklum balas responden dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk menghasilkan data deskriptif merangkumi kekerapan, peratusan, dan min. Dapatan kajian menunjukkan min pengetahuan umum (min = 2.55) dan pengetahuan impak (min = 2.68) ibu bapa terhadap program pendidikan inklusif adalah sederhana. Kesimpulannya, ibu bapa harus memerlukan bimbingan daripada pelbagai pihak berkepentingan agar maklumat yang komprehensif boleh membantu mereka memahami implikasi tindakan mereka.
{"title":"Perspektif Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Inklusif Di Sekolah Rendah Bahagian Bintulu, Sarawak","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.63","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.63","url":null,"abstract":"Antara faktor penentu kejayaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah perspektif positif terhadap pelaksanaan program ini di sekolah. Kajian ini adalah mengenai perspektif ibu bapa dari aspek pengetahuan terhadap pendidikan inklusif secara am, di mana perspektif ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya dan anak tipikal menjadi fokus utama. Kajian ini merupakan sebuah tinjauan kuantitatif melalui keratan rentas yang melibatkan seramai 100 orang ibu bapa dalam daerah Bintulu, Sarawak. Mereka terdiri daripada 50 orang ibu bapa kepada murid berkeperluan pendidikan khas dan 50 orang ibu bapa murid tipikal yang dipilih secara persampelan rawak mudah untuk menjawab edaran soal selidik secara hibrid iaitu dalam bentuk Google Form dan secara bertulis. Maklum balas responden dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk menghasilkan data deskriptif merangkumi kekerapan, peratusan, dan min. Dapatan kajian menunjukkan min pengetahuan umum (min = 2.55) dan pengetahuan impak (min = 2.68) ibu bapa terhadap program pendidikan inklusif adalah sederhana. Kesimpulannya, ibu bapa harus memerlukan bimbingan daripada pelbagai pihak berkepentingan agar maklumat yang komprehensif boleh membantu mereka memahami implikasi tindakan mereka.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"10 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-04-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"129865783","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2023-04-30DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.1.56
Dasar berkenaan pendidikan inklusif menggalakkan penempatan kanak-kanak berkeperluan khas bersama rakan sebaya yang lain di peringkat tadika. Kejayaan pendidikan inklusif bergantung kepada penerimaan guru tadika bagi memudahkan suasana pembelajaran yang baik untuk semua kanak-kanak. Rasa diterima membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas merasakan diri mereka tidak berbeza dengan kanak-kanak lain. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penerimaan guru tadika daripada segi pengetahuan, sikap dan amalan mereka terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan kaedah kuantitatif. Teknik persampelan rawak mudah digunakan untuk mendapatkan 80 orang responden daripada populasi guru-guru tadika di sekitar daerah Kota Bharu, Kelantan. Instrumen kajian ini adalah diadaptasikan daripada kajian lepas. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan guru tadika terhadap kanak-kanak berkeperluan khas berada pada tahap sederhana tinggi. Ini menunjukkan pentingnya guru-guru tadika mengikuti latihan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas bagi meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan dalam perancangan pembelajaran yang lebih sesuai untuk semua murid, termasuklah mereka yang berkeperluan khas. Pelbagai pihak yang berkaitan boleh memberi sokongan dari aspek-aspek yang berbeza, seperti latihan, kemahiran, kemudahan asas, untuk membantu guru-guru tadika dalam pengajaran mereka, justeru meningkatkan tahap penerimaan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.
{"title":"Penerimaan Guru Tadika Terhadap Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Di Kota Bharu, Kelantan","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.56","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.56","url":null,"abstract":"Dasar berkenaan pendidikan inklusif menggalakkan penempatan kanak-kanak berkeperluan khas bersama rakan sebaya yang lain di peringkat tadika. Kejayaan pendidikan inklusif bergantung kepada penerimaan guru tadika bagi memudahkan suasana pembelajaran yang baik untuk semua kanak-kanak. Rasa diterima membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas merasakan diri mereka tidak berbeza dengan kanak-kanak lain. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penerimaan guru tadika daripada segi pengetahuan, sikap dan amalan mereka terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan kaedah kuantitatif. Teknik persampelan rawak mudah digunakan untuk mendapatkan 80 orang responden daripada populasi guru-guru tadika di sekitar daerah Kota Bharu, Kelantan. Instrumen kajian ini adalah diadaptasikan daripada kajian lepas. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan guru tadika terhadap kanak-kanak berkeperluan khas berada pada tahap sederhana tinggi. Ini menunjukkan pentingnya guru-guru tadika mengikuti latihan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas bagi meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan dalam perancangan pembelajaran yang lebih sesuai untuk semua murid, termasuklah mereka yang berkeperluan khas. Pelbagai pihak yang berkaitan boleh memberi sokongan dari aspek-aspek yang berbeza, seperti latihan, kemahiran, kemudahan asas, untuk membantu guru-guru tadika dalam pengajaran mereka, justeru meningkatkan tahap penerimaan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"4 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-04-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"124217041","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2023-04-30DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.1.49
Emosi adalah merupakan elemen penting dalam sesebuah proses pembelajaran. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap emosi positif, tahap emosi negatif dan tahap memori murid serta bagi melihat perhubungan di antara emosi positif dan emosi negatif dengan memori murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan terhadap 200 orang murid tahun lima di sekolah-sekolah rendah sekitar daerah Pasir Gudang, Johor. Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan instrumen Soal Selidik Emosi Pencapaian (AEQ) dan Soal Selidik Memori (Q-MEM). Dapatan analisis data deskriptif menunjukkan bahawa tahap emosi positif murid adalah tinggi (M=3.84, SP=0.64), manakala tahap emosi negatif (M=2.12, SP=0.69) dan tahap memori (M=2.53, SP=0.70) kedua-duanya adalah berada pada tahap rendah semasa menjalani pembelajaran Bahasa Melayu. Dapatan analisis inferensi pula mendapatkan korelasi negatif yang signifikan di antara emosi positif dengan memori murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu pada tahap sederhana (r= 0-.313, p<0.05). Sebaliknya, korelasi positif yang signifikan dapat dilihat di antara emosi negatif murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu dengan memori iaitu pada tahap yang tinggi (r=0.651, p<0.05). Dapatan ini menunjukkan bahawa kedua-dua emosi positif dan negatif memberi pengaruh yang signifikan terhadap memori murid terutamanya dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh demikian, guru perlu memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan tidak menghalang perkembangan emosi murid serta memastikan bahawa persekitaran bilik darjah adalah selamat bagi murid-murid untuk menonjolkan emosi mereka, sama ada positif atau negatif.
{"title":"Emosi Murid Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dan Hubungannya Dengan Memori","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.49","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.49","url":null,"abstract":"Emosi adalah merupakan elemen penting dalam sesebuah proses pembelajaran. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap emosi positif, tahap emosi negatif dan tahap memori murid serta bagi melihat perhubungan di antara emosi positif dan emosi negatif dengan memori murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan terhadap 200 orang murid tahun lima di sekolah-sekolah rendah sekitar daerah Pasir Gudang, Johor. Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan dengan menggunakan instrumen Soal Selidik Emosi Pencapaian (AEQ) dan Soal Selidik Memori (Q-MEM). Dapatan analisis data deskriptif menunjukkan bahawa tahap emosi positif murid adalah tinggi (M=3.84, SP=0.64), manakala tahap emosi negatif (M=2.12, SP=0.69) dan tahap memori (M=2.53, SP=0.70) kedua-duanya adalah berada pada tahap rendah semasa menjalani pembelajaran Bahasa Melayu. Dapatan analisis inferensi pula mendapatkan korelasi negatif yang signifikan di antara emosi positif dengan memori murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu pada tahap sederhana (r= 0-.313, p<0.05). Sebaliknya, korelasi positif yang signifikan dapat dilihat di antara emosi negatif murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu dengan memori iaitu pada tahap yang tinggi (r=0.651, p<0.05). Dapatan ini menunjukkan bahawa kedua-dua emosi positif dan negatif memberi pengaruh yang signifikan terhadap memori murid terutamanya dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh demikian, guru perlu memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan tidak menghalang perkembangan emosi murid serta memastikan bahawa persekitaran bilik darjah adalah selamat bagi murid-murid untuk menonjolkan emosi mereka, sama ada positif atau negatif.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"58 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-04-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"114940512","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2023-04-30DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.1.58
Dalam era digital, golongan remaja merupakan kumpulan pengguna telefon pintar yang paling aktif dan berpotensi terdedah kepada penggunaan telefon pintar yang bermasalah. Kajian ini berhasrat untuk mengkaji pengaruh kesepian dan harga diri terhadap penggunaan telefon pintar yang bermasalah. Selanjutnya, kajian ini juga cuba mengenalpasti perbezaan jantina dalam penggunaan telefon pintar bermasalah dalam kalangan remaja di Malaysia. Dalam kajian ini, seramai 386 peserta telah direkruit melalui pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah bukan kebarangkalian bagi persampelan kemudahan. Tinjauan soal selidik dalam talian mempunyai empat bahagian:1. Maklumat demografi, 2. Skala kesepian, 3. Skala harga diri, 4. Skala penggunaan telefon pintar yang bermasalah. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua peramal kesepian dan harga diri boleh meramalkan penggunaan telefon pintar bermasalah dengan ketara, di mana kesepian meramalkan secara positif penggunaan telefon pintar bermasalah dan harga diri meramalkan secara negatif penggunaan telefon pintar bermasalah. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan jantina yang ketara diperhatikan dalam penggunaan telefon pintar yang bermasalah dalam kalangan remaja. Dari segi sumbangan praktikal, penemuan ini bermanfaat bagi profesional kesihatan mental dan pihak berkuasa bukan kerajaan dalam penggubalan modul dan program berkaitan untuk membantu golongan remaja yang mempunyai permasalahan penggunaan telefon pintar.
{"title":"Pengaruh Kesepian dan Harga Diri Terhadap Permasalahan Penggunaan Telefon Pintar Dalam Kalangan Remaja","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.58","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.58","url":null,"abstract":"Dalam era digital, golongan remaja merupakan kumpulan pengguna telefon pintar yang paling aktif dan berpotensi terdedah kepada penggunaan telefon pintar yang bermasalah. Kajian ini berhasrat untuk mengkaji pengaruh kesepian dan harga diri terhadap penggunaan telefon pintar yang bermasalah. Selanjutnya, kajian ini juga cuba mengenalpasti perbezaan jantina dalam penggunaan telefon pintar bermasalah dalam kalangan remaja di Malaysia. Dalam kajian ini, seramai 386 peserta telah direkruit melalui pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah bukan kebarangkalian bagi persampelan kemudahan. Tinjauan soal selidik dalam talian mempunyai empat bahagian:1. Maklumat demografi, 2. Skala kesepian, 3. Skala harga diri, 4. Skala penggunaan telefon pintar yang bermasalah. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua peramal kesepian dan harga diri boleh meramalkan penggunaan telefon pintar bermasalah dengan ketara, di mana kesepian meramalkan secara positif penggunaan telefon pintar bermasalah dan harga diri meramalkan secara negatif penggunaan telefon pintar bermasalah. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan jantina yang ketara diperhatikan dalam penggunaan telefon pintar yang bermasalah dalam kalangan remaja. Dari segi sumbangan praktikal, penemuan ini bermanfaat bagi profesional kesihatan mental dan pihak berkuasa bukan kerajaan dalam penggubalan modul dan program berkaitan untuk membantu golongan remaja yang mempunyai permasalahan penggunaan telefon pintar.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"160 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-04-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"114676338","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2023-04-30DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.1.48
Perkaitan yang kuat antara kemahiran membaca dengan menulis, serta pengaruh aktiviti membaca terhadap hasil penulisan pelajar telah dibuktikan oleh banyak kajian lampau, serta disokong oleh sarjana. Namun begitu, dalam konteks pembelajaran bahasa Arab di Malaysia, kajian terhadap hubungan antara kedua-dua kemahiran ini masih kurang diberikan perhatian. Pada masa yang sama, dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar bahasa Arab pada peringkat sekolah menengah masih kurang mahir untuk menulis struktur ayat bahasa Arab dengan tepat dan gramatis, walaupun mereka telah mendapat pendedahan dalam penulisan asas binaan struktur ayat, serta teknik pengembangan ayat. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menganalisis pengaruh aktiviti membaca terhadap penulisan struktur ayat pelajar. Kajian ini telah menggunakan aktiviti pemahaman-bacaan teks, dan penulisan karangan pendek berdasarkan model Cooperative Integrated Reading and Composition (CIRC) bagi dua kumpulan pelajar tingkatan empat pelbagai aras pencapaian. Hasil dapatan dijangkakan dapat membantu untuk meningkatkan kualiti penulisan pelajar melalui aktiviti membaca.
{"title":"Bagaimanakah Aktiviti Membaca Mempengaruhi Penulisan Bahasa Arab Pelajar?","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.48","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.48","url":null,"abstract":"Perkaitan yang kuat antara kemahiran membaca dengan menulis, serta pengaruh aktiviti membaca terhadap hasil penulisan pelajar telah dibuktikan oleh banyak kajian lampau, serta disokong oleh sarjana. Namun begitu, dalam konteks pembelajaran bahasa Arab di Malaysia, kajian terhadap hubungan antara kedua-dua kemahiran ini masih kurang diberikan perhatian. Pada masa yang sama, dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar bahasa Arab pada peringkat sekolah menengah masih kurang mahir untuk menulis struktur ayat bahasa Arab dengan tepat dan gramatis, walaupun mereka telah mendapat pendedahan dalam penulisan asas binaan struktur ayat, serta teknik pengembangan ayat. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menganalisis pengaruh aktiviti membaca terhadap penulisan struktur ayat pelajar. Kajian ini telah menggunakan aktiviti pemahaman-bacaan teks, dan penulisan karangan pendek berdasarkan model Cooperative Integrated Reading and Composition (CIRC) bagi dua kumpulan pelajar tingkatan empat pelbagai aras pencapaian. Hasil dapatan dijangkakan dapat membantu untuk meningkatkan kualiti penulisan pelajar melalui aktiviti membaca.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"1 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-04-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"115916886","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2023-04-30DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.1.55
Pendidikan ialah satu proses pembelajaran untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian manusia bagi mewujudkan modal insan yang berketrampilan dalam kepelbagaian etnik di seantero dunia. Justeru, tanpa pendidikan sesuatu etnik akan dianggap mundur dalam kehidupan seharian. Pencapaian akademik di Sarawak didapati amat rendah dan jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain termasuk pencapaian TIMSS dan PISA terutamanya dalam aspek kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran kreatif dan inovasi. Oleh demikian, satu penelitian perlu dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti tahap minda usahawan murid pelbagai etnik sekolah menengah di Kuching,Sarawak berdasarkan gender. Seramai 300 murid sekolah menengah telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen bagi pengumpulan data kajian. Data dianalisis melalui dua jenis kaedah iaitu analisis deskriptif yang bertujuan untuk mendapatkan tahap minda usahawan sementara analisis inferensi pula digunakan untuk menganalisis perbezaan minda usahawan murid pelbagai etnik berdasarkan gender. Hasil kajian mendapati tahap minda usahawan murid pelbagai etnik adalah pada aras sederhana. Etnik yang memiliki min minda usahawan yang tertinggi antara etnik adalah Bidayuh .Hasil kajian juga mendapati dua etnik mempunyai perbezaan yang signifikan antara gender adalah etnik Cina dan Melanau sahaja. Implikasi dapatan kajian ialah elemen-elemen minda usahawan perlu didedahkan secara teori dan praktikal kepada murid agar mereka lebih menguasai serta menghayati elemen tersebut. Dengan cara ini, dipercayai dapat meningkatkan tahap minda usahawan dan mempraktikkan tingkah laku keusahawanan murid dalam menjalani kehidupan seharian.
{"title":"Minda Usahawan Murid Pelbagai Etnik Sekolah Menengah di Kuching, Sarawak berdasarkan Gender","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.55","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.55","url":null,"abstract":"Pendidikan ialah satu proses pembelajaran untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian manusia bagi mewujudkan modal insan yang berketrampilan dalam kepelbagaian etnik di seantero dunia. Justeru, tanpa pendidikan sesuatu etnik akan dianggap mundur dalam kehidupan seharian. Pencapaian akademik di Sarawak didapati amat rendah dan jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain termasuk pencapaian TIMSS dan PISA terutamanya dalam aspek kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran kreatif dan inovasi. Oleh demikian, satu penelitian perlu dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti tahap minda usahawan murid pelbagai etnik sekolah menengah di Kuching,Sarawak berdasarkan gender. Seramai 300 murid sekolah menengah telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen bagi pengumpulan data kajian. Data dianalisis melalui dua jenis kaedah iaitu analisis deskriptif yang bertujuan untuk mendapatkan tahap minda usahawan sementara analisis inferensi pula digunakan untuk menganalisis perbezaan minda usahawan murid pelbagai etnik berdasarkan gender. Hasil kajian mendapati tahap minda usahawan murid pelbagai etnik adalah pada aras sederhana. Etnik yang memiliki min minda usahawan yang tertinggi antara etnik adalah Bidayuh .Hasil kajian juga mendapati dua etnik mempunyai perbezaan yang signifikan antara gender adalah etnik Cina dan Melanau sahaja. Implikasi dapatan kajian ialah elemen-elemen minda usahawan perlu didedahkan secara teori dan praktikal kepada murid agar mereka lebih menguasai serta menghayati elemen tersebut. Dengan cara ini, dipercayai dapat meningkatkan tahap minda usahawan dan mempraktikkan tingkah laku keusahawanan murid dalam menjalani kehidupan seharian.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"2017 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-04-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"123702696","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}
Pub Date : 2023-04-30DOI: 10.55057/jdpd.2023.5.1.59
The purpose of this study is to examine the use of the Malay language in management and administration in schools in Sri Aman district, Sarawak. The study that uses this survey design has used questionnaires as research instruments. Respondents consisted of 140 school administrators consisting of principals, head teachers, senior assistant teachers, senior subject teachers and chief administrative assistants. Structured interviews involved ten informants consisting of administrators selected based on their experience as administrators for at least 3 years. Data analysis is done descriptively displayed in the form of frequency and percentage. It is hoped that this study will be able to be a reference for Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) to form a Malay language guideline for management and administration matters.
{"title":"Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Pengurusan Dan Pentadbiran Di Sekolah-Sekolah Daerah Sri Aman, Sarawak","authors":"","doi":"10.55057/jdpd.2023.5.1.59","DOIUrl":"https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.59","url":null,"abstract":"The purpose of this study is to examine the use of the Malay language in management and administration in schools in Sri Aman district, Sarawak. The study that uses this survey design has used questionnaires as research instruments. Respondents consisted of 140 school administrators consisting of principals, head teachers, senior assistant teachers, senior subject teachers and chief administrative assistants. Structured interviews involved ten informants consisting of administrators selected based on their experience as administrators for at least 3 years. Data analysis is done descriptively displayed in the form of frequency and percentage. It is hoped that this study will be able to be a reference for Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) to form a Malay language guideline for management and administration matters.","PeriodicalId":445845,"journal":{"name":"Jurnal Dunia Pendidikan","volume":"7 1","pages":"0"},"PeriodicalIF":0.0,"publicationDate":"2023-04-30","publicationTypes":"Journal Article","fieldsOfStudy":null,"isOpenAccess":false,"openAccessPdf":"","citationCount":null,"resultStr":null,"platform":"Semanticscholar","paperid":"114987137","PeriodicalName":null,"FirstCategoryId":null,"ListUrlMain":null,"RegionNum":0,"RegionCategory":"","ArticlePicture":[],"TitleCN":null,"AbstractTextCN":null,"PMCID":"","EPubDate":null,"PubModel":null,"JCR":null,"JCRName":null,"Score":null,"Total":0}